Peguam Syarie Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan

Peguam Syarie Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan TETUAN AZHAR SITI & ASSOCIATES : Menawarkan khidmat guaman dan perundangan syariah.

Cara kiraan tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan dalam keadaan suci (masih didatangi haid)Ramai yang tersalah faham ...
03/07/2026

Cara kiraan tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan dalam keadaan suci (masih didatangi haid)

Ramai yang tersalah faham apabila mendengar iddah perceraian ; 3 kali suci.

Ramai menyangka ia bermaksud perlu menunggu sehingga 3 kali haid selesai, sedangkan kata kunci dalam hukum tersebut ialah “suci”, bukan “haid”.

Sebagai contoh, seorang wanita diceraikan ketika berada dalam keadaan suci.

Keadaan suci ketika lafaz cerai diucapkan dikira sebagai suci yang pertama.

Selepas itu beliau didatangi haid pertama. Apabila haid tersebut tamat, beliau memasuki suci yang kedua.

Kemudian datang haid kedua. Setelah haid kedua tamat, beliau memasuki suci yang ketiga.

Apabila datangnya haid ketiga, tempoh iddah telah tamat.

Maksudnya, wanita tersebut tidak perlu menunggu sehingga haid ketiga selesai kerana iddah berakhir sebaik sahaja haid ketiga bermula.

Sebab itu hukum menyebut “3 kali suci” dan bukannya “3 kali haid”.

Ramai yang tersilap mengira tempoh iddah menjadi lebih panjang kerana menyangka perlu menunggu tiga kali haid selesai, sedangkan kiraan sebenar adalah berdasarkan tiga tempoh suci.

03/07/2026

ALASAN TIDAK BERNIAT LAFAZ TALAK 3

Alasan yang diberi oleh suami bahawa tidak berniat untuk menceraikan isteri talak 3 dalam lafaz yang sorih adalah TIDAK DITERIMA.

Mahkamah akan menyiasat fakta-fakta berkaitan seperti alasan didesak/dipaksa untuk melafazkan, melafazkan dalam keadaan marah, melafazkan dalam keadaan terlalu penat dan lain-lain.

Alasan DIDESAK/DIPAKSA perlu disokong oleh apa-apa keterangan yang boleh memuaskan hati Mahkamah bahawa desakan atau paksaan tersebut mengakibatkan kemudaratan yang jelas terhadap pihak-pihak.

Manakala alasan dalam keadaan MARAH p**a akan diteliti tahap kemarahan tersebut. Kemarahan adalah perkara lazim berlaku di dalam perceraian. Oleh itu, Mahkamah biasanya tidak menerima alasan MARAH sebagai alasan yang boleh menolak sabitan talak 3.

Selanjutnya alasan TERLALU PENAT hingga melafazkan talak 3 tanpa niat antara alasan yang pernah diberikan di dalam perbicaraan.
Alasan ini tidak diterima Mahkamah melainkan telah dibuktikan dengan keterangan sokongan bahawa tahap kepenatan tersebut telah menghilangkan kawalan diri.

Oleh itu, berhati-hati dalam percakapan terutamanya dalam hal lafaz talak kerana implikasi lafaz tersebut memberi kesan jangka masa panjang kepada pihak-pihak.

Address

No. 7A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+60125821253

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share