Puan Hazwani Zainal

Puan Hazwani Zainal Peguam Syarie | Perunding Keluarga Islam | Perancang Harta Pusaka Peguam Syarie Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor

28/08/2026

UBAH PERINTAH NAFKAH ANAK

Satu perintah nafkah anak tidak boleh diubah sesuka hati melainkan ada bukti perubahan matan (keadaan).

Jika tiada perubahan, maka agak sukar untuk diubah.
Matan yang dimaksudkan adalah:

✅ Matan anak
✅ Matan pendapatan ayah


Anak yang dilahirkan di luar nikah mempunyai kedudukan yang berbeza dari sudut nasab dan hak penjagaan.Walaupun terdapat...
28/08/2026

Anak yang dilahirkan di luar nikah mempunyai kedudukan yang berbeza dari sudut nasab dan hak penjagaan.

Walaupun terdapat hubungan biologi antara anak dan lelaki tersebut, ia tidak bermaksud lelaki itu secara automatik mempunyai hak penjagaan terhadap anak.

Bagi anak tidak sah taraf, hak penjagaan adalah pada ibu kandung dan saudara-mara sebelah ibu, tertakluk kepada hukum dan peruntukan undang-undang yang terpakai.

Hubungan biologi tidak semestinya menentukan hak penjagaan.


28/08/2026

SEBAB TERHALANG TERIMA PUSAKA
Dalam syarak , ada 3 sebab terhalang dari menerima harta pusaka

1️⃣ Murtad

2️⃣ Membunuh pemilik harta

3️⃣ Menjadi hamba

Belajar sesuatu ?



Tempoh perkahwinan bukan sekadar angka. Ia merupakan antara perkara yang boleh dipertimbangkan dalam menentukan kadar mu...
24/08/2026

Tempoh perkahwinan bukan sekadar angka. Ia merupakan antara perkara yang boleh dipertimbangkan dalam menentukan kadar mutaah yang berhak diterima oleh seorang wanita selepas perceraian.

Semakin lama sesebuah perkahwinan, semakin banyak keadaan dan perjalanan rumah tangga yang boleh menjadi sebahagian daripada pertimbangan dalam tuntutan mutaah.

Namun, setiap kes mempunyai keadaan yang berbeza dan kadar mutaah juga boleh berbeza.


17/08/2026

Tidak semua kes berakhir dengan perbicaraan. Ada keadaan di mana pihak-pihak memilih untuk menyelesaikan pertikaian atau menarik balik tuntutan.

Namun, penarikan balik kes tetap perlu dibuat melalui prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah dan bukan dengan hanya berhenti menghadiri prosiding.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh WhatsApp melalui link di bawah 👇

http://wasap.my/60135148978

17/08/2026

BEKAS SUAMI PERNAH LAFAZKAN RUJUK

Nikah cerai dan rujuk ni jangan dijadikan mainan. Ia akan berlaku walaupun dalam keadaan bergurau senda. Apabila timbul isu dari 3 perkara ni, segera buat pengesahan di mahkamah syariah supaya status diri tu boleh disahkan.

Jangan diabaikan.

Biarlah sekali je kita jahil, jangan ulang kejahilan sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya pasangan dan anak-anak kita sendiri.

Address

18A Hala Taman Meru 11, Pusat Komersial Taman Meru 2B
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60135148978

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Hazwani Zainal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Puan Hazwani Zainal:

Shortcuts

Share