02/10/2026
HANG DAH BUAT WASIAT BELUM?
Sedikit perkongsian oleh Dr Sharen Alzalip, Pengarah PennaWaris Sdn Bhd
Orang kita ramai yang ada harta. Ada rumah, tanah, simpanan, pelaburan, perniagaan dan macam-macam lagi. Ada yang bukan setakat cukup makan — malah kaya-raya.
Tapi bila masuk bab buat wasiat, ramai yang masih tangguh.
“Esoklah buat.”
“Belum sempat.”
“Masih muda lagi.”
“Tak ada apa-apa sangat pun.”
Sebenarnya, wasiat bukan semata-mata untuk orang yang kaya. Wasiat adalah tentang apa yang kita tinggalkan dan bagaimana kita mahu urusan harta kita diuruskan selepas kita tiada.
Kita bersusah payah mengumpul harta bertahun-tahun. Jangan sampai selepas kita pergi, waris p**a yang bersusah payah mencari, mengurus dan menyelesaikan apa yang kita tinggalkan.
Harta boleh diwariskan.
Tetapi perancangan itu perlu dibuat semasa kita masih ada.
Jadi, hang dah buat wasiat belum?
Kredit:—Latarbelakang diambil di Langkawi, Kedah Darul Aman sebagai ilustrasi semata-mata.
“Aman Di Sini, Tenang Di Sana”
PennaWaris Sdn Bhd
Ikon Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka Malaysia—Bisnes Sinar Awards 2026