Juara Travel Temerloh - Original

Call Directions Website Contact the practice

Juara Travel Temerloh - Original Visi JUARA adalah menguruskan Umrah, Haji & Pelancongan anda menjadi satu Ibadah/perjalanan yang terbaik & bermakna seumur hidup

(CO.REG : 320807-M) Bhd.

Wakil/ Agen Sah Juara Travel & Tour Sdn.

11/10/2026
24/09/2026
21/09/2026

YANG MASIH BELUM JELAS, BACA NI 👇

Ramai yang tertanya-tanya bila buka THiJARI dan nampak Tabung Am & Tabung Istito’ah.

“Duit saya masuk mana?”
“Kenapa ada dua tabung?”
“Boleh keluarkan duit Tabung Istito’ah?”

Jom faham secara mudah ⤵️

APA ITU ISTITO’AH?

Istito’ah bermaksud kemampuan untuk menunaikan ibadah haji ; termasuk persediaan dari segi kewangan, fizikal, mental dan rohani.

KENAPA ADA DUA TABUNG?

Sebenarnya, bukan dua akaun Tabung Haji. Ia masih satu akaun, cuma simpanan dipaparkan mengikut dua fungsi:

🔴 TABUNG AM
Simpanan utama. Duit daripada simpanan tunai, potongan gaji dan Direct Debit masuk ke sini. Pengeluaran juga dibuat dari Tabung Am.

🟢 TABUNG ISTITO’AH
Untuk membantu kita menyimpan secara lebih berdisiplin sebagai persediaan haji. Duit boleh dipindahkan dari Tabung Am ke Tabung Istito’ah.

Simpanan dalam Tabung Istito’ah tidak boleh dikeluarkan secara terus. Ia perlu dipindahkan semula ke Tabung Am dan tertakluk kepada tempoh hari yang ditetapkan.

SIAPA YANG ADA DUA TABUNG NI?

Semua pendeposit TH akan mempunyai Tabung Am & Tabung Istito’ah secara automatik, termasuk akaun kanak-kanak.

KENAPA RM15,000?

RM15,000 ialah paras minimum simpanan untuk Kelayakan Giliran Haji Automatik, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Bagi yang dah mendaftar haji, TH memberikan tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai simpanan minimum RM15,000 bagi mengekalkan kelayakan giliran haji sedia ada.

JADI, APA TUJUAN TABUNG ISTITO’AH?

✅ Asingkan simpanan haji
✅ Lebih disiplin menyimpan
✅ Capai sasaran RM15,000
✅ Buat persediaan haji dengan lebih terancang

Ok kan? Simpan sedikit demi sedikit. InsyaAllah, moga Allah mudahkan segalanya.

20/09/2026

21 SEPTEMBER 2026

Semoga esok, saat surat tawaran Haji mula dikeluarkan, Allah SWT menjemput mereka yang bangun bertahajud dan bersungguh-sungguh memohon kepada-Nya untuk menjadi Tetamu Allah bagi Haji 1448H / 2027M.

Aamiin Ya Rabbal ’Alamin.

InsyaAllah, nantikan Pakej Haji Juara Travel bagi musim 1448H tak lama lagi 🤲🏻

25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H | 2026🕌
Kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW membawa rahmat buat seluruh alam. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneladani akhlak Baginda dan memperbanyakkan selawat sebagai tanda cinta.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ✨

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab: 21)


Address

No 77(2) B, Bangunan LKNP, Jalan Ahmad Shah
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6092965625

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juara Travel Temerloh - Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Juara Travel Temerloh - Original:

Shortcuts

Share