Perunding Keluarga Islam & Guaman Syarie - Muhammad Syarafi

Perunding Keluarga Islam & Guaman Syarie - Muhammad Syarafi Perunding Keluarga Orang Islam Perkahwinan, Kekeluargaan & Khidmat Nasihat Guaman Syariah

Pengamal

Save the date!InsyaAllah esok kita berkongsi topik yang sentiasa menjadi perdebatan tak sudah pasangan bila dah bercerai...
21/01/2024

Save the date!

InsyaAllah esok kita berkongsi topik yang sentiasa menjadi perdebatan tak sudah pasangan bila dah bercerai saban hari,

Apa solusi terbaik permasalahan begini?

Jumpa esok! 😉

Muhammad Syarafi
S**a Kongsi Ilmu Sikit


Virgoun,Sebelum kamu mau terus berbicara soal sayang etc pada anak dan isteri kamu,Kamu harus tau ya,Dalam dunia ini,Nab...
26/05/2023

Virgoun,

Sebelum kamu mau terus berbicara soal sayang etc pada anak dan isteri kamu,

Kamu harus tau ya,

Dalam dunia ini,

Nabi sudah pesan ada tiga perkara yang walaupun kamu main² tetaplah bisa terjadi walaupun niat itu cuma bergurau aja,

Apa itu tiga perkara?

1. Nikah
2. Cerai
3. Rujuk

Gi mana gitu?

Gini ya,

Hal ini sudah dijelaskan Nabi kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Riwayat Abu Daud (2194)

Hadith di atas jelas menunjukkan larangan untuk bermain² dalam tiga perkara di atas. Hal ini kerana gurauan di dalam tiga perkara itu akan dihukumkan sebagai maksud asal perkataan tersebut tanpa mengira niat untuk bergurau. Oleh itu, kamu sebagai umat Islam juga perlu sedar dan tahu batas² gurauan di dalam Islam.

Kamu juga harus tahu ya,
Islam tidak sesekali melarang gurauan secara umumnya, namun setiap sesuatu itu perlu ada hadnya, dan tidak semua perkara boleh untuk kita bergurau senda.

Jadi gimana sih dengan situasi kamu ini?

Kamu usah bingung,
Lafaznya sudah dibuat jadinya tugas kamu adalah untuk sahkan lafaz itu dihadapan pengadilan syariah negara kamu.

Jika di Malaysia kita ada peruntukan berkaitan permohonan pengesahan lafaz talaq diluar Mahkamah.

Permohonan ini dijelaskan dalam Seksyen 57(1) Enakmen Undang² Keluarga Islam Negeri,

“(1)………seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.”

Tapi situasi kamu itu berlakunya di Indonesia jadinya saya yakin dan pasti disana juga punya undang² syariah yang perlu dipatuhi.

Kamu usah ribut² d**g,

Pergi aja ke kamar pengadilan disana dan serahkan urusan ini kepada Pak Hakim Syarie.

Sebab itu sebelum mau lafaz apa² kita kena fikir dulu kesannya kemudian hari.

Lafaz talaq ni bukan macam kita main pondok² ya boleh sesuka hati lafaz kendian tarik balik. 😌

Muhammad Syarafi
Bukan Ustaz Baru Nak Start




Tanggungjawab bapa ialah menyediakan nafkah mengikut kemampuannya.Taraf kemampuan bapa ni dibahagikan begini:1. Senang (...
27/04/2023

Tanggungjawab bapa ialah menyediakan nafkah mengikut kemampuannya.

Taraf kemampuan bapa ni dibahagikan begini:

1. Senang (T20)
2. Sederahana (M40)
3. Susah (B40)

Dan si bapa perlu sediakan nafkah anak merangkumi:

1. Makan minum
2. Pakaian
3. Tempat tinggal
4. Pendidikan
5. Perubatan

Bab nak sediakan nafkah anak ni, kita kena bezakan mana satu:

1. Keperluan
2 Kehendak

Terkadang si ibu terlupa nak bezakan dan masukkan hampir semua tu sebagai suatu keperluan anak.

Dan terkadang ada juga si bapa lupa nak laksanakan tanggungjawab atas alasan “aku dah cerai dengan mak dia”

Bapa² kena faham satu perkara,

Yang bercerai tu cuma pihak² (suami isteri) je,

Anak itu masih menjadi tanggungan si bapa walaupun anak itu tinggal dengan si ibu.

Jadinya bila berlaku perceraian dan ada anak,

Sebagai bapa yang bertanggungjawab,

Tunaikanlah hak anak semampunya kerana nafkah itu tanggungjawab yang akan disoal di akhirat kelak.

Muhammad Syarafi
Bekerja dalam mood raya




Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dari saya dan team Muhammad Syarafi & Partners.Mohon kemaafan kepada tuan puan se...
21/04/2023

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dari saya dan team Muhammad Syarafi & Partners.

Mohon kemaafan kepada tuan puan sepanjang mengenali saya dan juga ketelanjuran dalam menyampaikan ilmu yang sedikit untuk manfaat semua.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk bertemu kembali dengan ramadan pada tahun hadapan InsyaaAllah.

Sehubungan dengan itu juga dimaklumkan penutupan sementara operasi firma kami sempena menyambut hari lebaran.

Sebarang janjitemu @ apa² urusan rasmi boleh terus klik: www.msyarafipartners.my

Maaf Zahir & Batin.

Minal Aidil Walfaizin.

Muhammad Syarafi
Managing Director MSP



MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI SEMENTARA FIRMA MUHAMMAD SYARAFI & PARTNERS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.Sebarang urusan berk...
19/04/2023

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI SEMENTARA FIRMA MUHAMMAD SYARAFI & PARTNERS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

Sebarang urusan berkaitan tuan puan boleh terus ke laman sesawang kami:

www.msyarafipartners.my

Untuk maklumat lanjut dan penetapan janjitemu.

Terima kasih dan Salam Aidilfitri.

Majlis iftar team Muhammad Syarafi & Partners.Terima kasih pada yang sudi hadir.Tuan² puan² saya kenalkan mereka yang ba...
16/04/2023

Majlis iftar team Muhammad Syarafi & Partners.

Terima kasih pada yang sudi hadir.

Tuan² puan² saya kenalkan mereka yang banyak membantu saya di belakang tabir sepanjang sy membangunkan firma kecil ini.

Bersempena 10 malam terakhir bulan yang mulia ni,

Doakan semoga saya mampu lebarkan sayap ke seluruh Malaysia boleh? 🫡

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Muhammad Syarafi
Managing Director MSP



🔊🔊PENGUMUMAN!! 🔊🔊Saya ada satu pengumuman KHAS untuk WARGA NEGERI PAHANG khususnya dan warga pantai timur(Kelantan & Ter...
20/02/2023

🔊🔊PENGUMUMAN!! 🔊🔊

Saya ada satu pengumuman KHAS untuk WARGA NEGERI PAHANG khususnya dan warga pantai timur(Kelantan & Terengganu) amnya,

Jika anda sedang mengalami sebarang permasalahan berkaitan rumahtangga @ apa jua situasi yang menyebabkan kehidupan seharian daripada asalnya seorang yang ceria kemudian menjadi murung,

Anda dijemput untuk menghadiri sesi klinik guaman syarie yang dianjurkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia seperti ketetapan berikut:

Bila?
Saya kena check jadual takut sibuk dengan aktiviti rukun tetangga,

24 Februari 2023

Masa?
Sebelah pagi saya kena ke klinik buat medical check up anak,

Bermula jam 08:00 pagi sehingga jam 03:00 petang

Kat mana?
Kalau jauh sangat nanti takde orang nak hantar pulak,

Tak jauh tuan puan, tempatnya di Auditorium Tuanku Canselor Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)

Nak datang kena buat appointment tak?

Tuan puan yang berhasrat nak dapatkan slot janji temu boleh hubungi no urusetia dibawah untuk confirmation

Apa yang pasti insyaaAllah tarikh tu saya akan turut serta berada di sana menjayakan klinik guaman syarie ni untuk rakyat Pahang.

Nak tanya pasal faraid banyak² pun boleh yang penting tuan puan bantu sebarkan poster ni macam kita dok bercerita sesama bestie pasal anak mak leha jiran sebelah beli kereta axia baru tu bawak balik kampung gittewww.

Kita jumpa kat sana okay? 😉

Ali,Ali kena faham,Bila arwah abang meninggal dunia hari tu,Dan arwah ada isteri DAN anak lelaki,Orang yang paling berha...
19/02/2023

Ali,

Ali kena faham,

Bila arwah abang meninggal dunia hari tu,

Dan arwah ada isteri DAN anak lelaki,

Orang yang paling berhak untuk uruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya,

Cumanya dalam situasi ni,

Ali pun tahu,

Anak lelaki arwah abang masih dibawah umur,

Mengikut undang² kita ada mesti lantik Pemegang Amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu,

Dalam situasi ni,

Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai Pemegang Amanah untuk uruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri,

Ali juga kena tahu,

Walaupun urusan faraid masih belum selesai,

Ali kena bagi laluan kepada balu si mati dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai,

Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati,

Habis tu bahagian mak macam mana mana?

Ali jangan risau,

Bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang tu,

Cuma bahagian mak ni tak banyak,

Cuma 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal tu,

Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang,

Sebab apa?

Sebab anak lelaki ni dia akan menjadi penghalang kepada waris² selain dari:

1. Mak
2. Ayah
3. Suami
4. Isteri
5. Anak perempuan
6. Anak lelaki

Untuk terima bahagian faraid si mati,

Ali jangan buat susah camni,

Kita faham je dalam bahagian mak yang 1/6 tu ada bahagian ali jugak tapi bahagian tu sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si mati terima,

Ibarat kata kalau rumah tu dinilaikan berjumlah RM1 juta,

Bahagian mak cuma RM166K+- shj dan balance tu semua ada lagi RM834K+- akan pergi kepada isteri dan anak si mati,

👆🏻ni cuma contoh kiraan je Ali jangan ambil serius pulak,

Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah ye,

Jangan kita memandai pulak buat nilaian sendiri,

Cuma nak pesan kat Ali,

Walaupun urusan faraid masih belum selesai,

Rumah tu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di Mahkamah,

Sebab apa?

Sebab Allah dah bagitahu dalam surah Al-Baqarah:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ

Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.

(Al-Baqarah: 234)

Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat.

Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:

امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ

Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan.

Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204)

Ali baca tak hadis nabi ni?

Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal disitu,

Berkenaan arahan Mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60K tu itu kes lain, dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar ye,

Jangan tangguh² takut nanti kena contempt of court pulak.

Senang cerita macam ni la Ali,

Kita semua faham je Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang tu,

Cumanya dalam situasi macam ni ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni,

Nak cerita bab harta ni Ali,

Kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas Manusia ni,

Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik InsyaaAllah akan membawa kita sampai ke syurga.

Toksah nak panjang bicara sangat,

Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,

Selesai masalah.

Muhammad Syarafi
Lama Tak Celoteh Panjang




MARI SEBARKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN ‼️‼️‼️*BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS) UNTUK B40*ANDA ADA KES DIMAHKAMAH SYARI...
10/02/2023

MARI SEBARKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN ‼️‼️‼️

*BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS) UNTUK B40*

ANDA ADA KES DI
MAHKAMAH SYARIAH?

ANDA TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK
MELANTIK PEGUAM SYARIE MEWAKILI ANDA?

ATAU ANDA INGIN MEMFAILKAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH & INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT GUAMAN?

ANDA GOLONGAN B40?

InshaAllah Pusat Bantuan Guaman Syarie (Syariah Legal Aid Centre) atau ringkasnya “BAGUS” di bawah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) boleh membantu anda.

BAGUS menawarkan dua (2) perkhidmatan asas sebagaimana berikut :

1. *Memberikan khidmat nasihat undang-undang (Legal Advice)* – kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah.

2. *Menyediakan khidmat bantuan guaman (Advocacy Support)* – iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal sahaja) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum, yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu.

Lokasi BAGUS adalah di seluruh negara, di negeri-negeri yang mempunyai cawangan-cawangan PGSM Negeri.

Anda cuma perlu buat permohonan untuk khidmat di atas melalui link:

https://forms.gle/MM19JNf9uZMgrmye7

atau scan QR code berikut.

Mudah bukan??
Apa tunggu lagi??

Jika anda layak, kami akan menghubungi anda untuk temujanji anda dengan Peguam Syarie panel kami.






Sila share kepada ahli keluarga dan handai taulan.

Kita masih dalam mood topik perbincangan isu semasa kan? 😄Jemput tonton esok petang di TVAlhijrah secara langsung.Kita b...
19/01/2023

Kita masih dalam mood topik perbincangan isu semasa kan? 😄

Jemput tonton esok petang di TVAlhijrah secara langsung.

Kita berkongsi sedikit ilmu bersama Datuk Dr Prof Harlina.

Mudah @ mudarat?

Muhammad Syarafi
S**a Kongsi Ilmu Sikit




Selesai tugasan siang kita sambung tugasan malam pulak.Malam ni kita ada sembang santai sikit berkaitan isu yang tengah ...
15/01/2023

Selesai tugasan siang kita sambung tugasan malam pulak.

Malam ni kita ada sembang santai sikit berkaitan isu yang tengah hangat berlaku sekarang,

Ada suami serupa takde suami,

Nak buat apa?

Takkan nak meratap sepi sampai mati?

Anak menangis meronta minta diisi perutnya,

Tapi suami hilang entah ke mana,

Jom join sembang santai saya malam ni di Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Klik link ni: fb.me/kwim.official untuk tonton ya.




Address

No 5 Tingkat Atas Jalan Datuk Bahaman 3
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Keluarga Islam & Guaman Syarie - Muhammad Syarafi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perunding Keluarga Islam & Guaman Syarie - Muhammad Syarafi:

Share

Category

“Founder & Board Of The Director Muhammad Syarafi & Partners”


  • Tn. Muhammad Syarafi Bin Mohd Salleh
  • B.A (Hons) Syariah with Law (SIIUC)

    Dip In Syariah & Islamic Jurisprudence (SIIUC)

    2. Tn Muhammad Imran Bin Razali