Peguam Syarie Pahang

Peguam Syarie Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Syarie Pahang, Legal Service, LOT 18698 KAMPUNG TUALANG HILIR, Temerloh.

Peguam Syarie/Counsel berpengalaman mengendalikan kes-kes berkaitan: -

Perceraian
Cerai | Fasakh | Taklik | Pengesahan Lafaz

Tuntutan semasa/selepas Cerai
Muta'ah | Harta Sepencarian | Nafkah Iddah | Nafkah Anak
Hadhanah

Harta Pusaka Islam

10/05/2025

Topik 2 - 6 sebab gunakan wali hakim.

23/03/2022

Kebanyakkan masyarakat kita tidak mengetahui hak-hak yang meraka ada yang boleh mereka tuntut dari bekas suaminya.
Apakah Hak-Hak isteri selepas berlaku penceraian?

1) Nafkah Eddah
2) Nafkah Tertunggak
3) Mutaah/Saguhati slps perceraian
4) Hadhanah/Hak Jagaan Anak
5) Nafkah Anak
6) Harta Sepencarian
7) Hutang

Tapi adakah kita mohon je terus boleh dapat? Ada syarat-syarat dan elemen juga yang perlu dilihat dalam tuntutan hak-hak tersebut.

Semoga memberi manfaat kepada semua. Bak kata seorang ustaz di radio "Dulu blur, sekarang clear", haa begitu..


22/03/2022

PENCERAIAN

Perkataan ini adalah suatu kata-kata ngeri bagi orang yang mendirikan rumahtangga. Hal ini kerana semua orang yang mendirikan rumahtangga tidak mengimpikan mimpi ngeri ini berlaku dalam rumahtangga mereka. Namun, apabila sudah tiada jalan, apakah jenis penceraian yang mereka ada untuk keluar dari permasalahan?

Disini terdapat beberapa jenis penceraian yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak antaranya: -

𝟭. Cerai secara Talak
𝟮. Cerai secara Fasakh
𝟯. Cerai secara Taklik
𝟰. Cerai secara li'an
𝟱. Cerai secara khulu'

Namun, bagaimanakah pihak-pihak ingin membuat penentuan sesuatu elemen yang mereka lalui/alami dengan jenis penceraian yang sesuai bagi mereka??

HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)Siapakah yang lebih berhak untuk menjaga anak selepas berlakunya penceraian?Hadis yang diriway...
21/03/2022

HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)
Siapakah yang lebih berhak untuk menjaga anak selepas berlakunya penceraian?

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr apabila seorang wanita telah datang menemui Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.”

Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”

Dengan adanya dalil ini menjadi bukti bahawa hak jagaan anak yang masih kecil adalah dibawah Hak Jagaan IBU. Namun, adakah ianya mutlak dan berkekalan?

Jawapan: Tidak dan masih ada faktor-faktor yang boleh menghilangkan/menggugurkan hak ibu dalam menjaga anak. Antaranya ialah: -

📌jika si ibu berkahwin lain dengan seseorang yang tiada pertalian darah dengan anaknya dan jika hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan si anak
📌jika si ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
📌jika si ibu berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk menjauhkan anak daripada ayahnya
📌jika si ibu itu murtad
📌jika si ibu mengabaikan atau menganiaya anaknya

Faktor-faktor ini dinilai/ditimbangtara oleh Hakim sebelum membuat keputusan bagi menukar hak jagaan tersebut kepada yang lebih berhak. Namun? jika ibu sudah tiada hak jagaan, siapa p**a selain bapa yang layak mendapatkan hak jagaan??

Address

LOT 18698 KAMPUNG TUALANG HILIR
Temerloh
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601125606236

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Pahang:

Share

Category