Kamal Hisham Jaafar JFK

Directions

Kamal Hisham Jaafar JFK A MAN (LAWYER) WHO IS FIGHTING FOR PEOPLE'S RIGHTS . . . FIGHTING FOR RIGHTS OF COMMON PEOPLE AGAINST THE MONARCHY. PEOPLE POWER!!

Kenyataan Bagi Menjawab Kecaman di Media Sosial Berkaitan Mewakili 2 Orang Anggota Polis Yang Dikasari oleh DS ShuhailyD...
25/10/2026

Kenyataan Bagi Menjawab Kecaman di Media Sosial Berkaitan Mewakili 2 Orang Anggota Polis Yang Dikasari oleh DS Shuhaily

Dalam kes ini, saya hadir sebagai Peguam Pemerhati bagi memastikan perjalanan penyiasatan dan perbicaraan kes berjalan dengan telus dan pada masa yang sama, saya juga bertindak sebagai peguam cara dalam kes tuntutan sivil yang berkaitan. Peranan saya adalah atas dasar profesional dan bukannya atas dasar peribadi.

Serangan di media sosial tidak akan mengalih perhatian saya daripada tanggungjawab ini atau melemahkan semangat saya daripada membela orang orang berpangkat rendah yang telah menjadi mangsa buli orang yang berjawatan tinggi, terutama perbuatan si pelaku adalah merupakan perbuatan yang berulang tetapi sebelum ini telah dikaburkan dan terlepas begitu sahaja. Kes ini saya kendalikan secara Pro Bono (Percuma), dan sudah banyak kes lain juga dibuat secara Pro Bono oleh saya.

Segala kecaman terhadap saya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai seorang Peguam adalah merupakan suatu lumrah kehidupan bagi seorang yang berprinsip bahawa keadilan perlu ditegakkan tanpa rasa takut dan "without fear or favour".

Saya percaya bahawa keadilan hanya boleh ditentukan melalui Mahkamah, bukan melalui kecaman awam. Warganet perlu berfikiran terbuka dan tidak terlalu taksub dengan mempercayai kempen-kempen di media sosial yang tidak menggambarkan imej sebenar si pelaku serta dibuat untuk mengalihkan isu teras sebenar kes . Siasat dan kaji fakta dan bukti serta latarbelakang pelaku sebelum memberi pandangan.

Untuk memastikan pentadbiran keadilan dijalankan dengan adil dan saksama di Negara ini, saya anggap segala kecaman dan kritikan sebagai "satu hadiah untuk menjadi pembela kebenaran dan keadilan".

Berkaitan dengan isu yang lampau, saya menjunjung kasih kepada Baginda Sultan Ibrahim yang dengan penuh ihsan dan kebijaksanaan telah memberi Pengampunan Tanpa Syarat kepada saya dan ianya telah dicanangkan secara rasmi oleh Istana Johor. Jadi, perkara itu tidak sepatutnya disentuh atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak demi menjaga kemuliaan serta kebesaran KDYMM Tuanku dan ianya juga telah dianggap sebagai selesai. Kini, saya menjalankan tugas sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara secara aktif seperti biasa kerana saya tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan Jenayah seperti tohmahan palsu di media sosial. Jika ada sabitan Jenayah sudah pasti Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengeluarkan Sijil Amalan Guaman saya.

Selain daripada itu, pas**an guaman saya sedang mengumpul bukti-bukti kecaman, cercaan, fitnah serta kritikan yang melebihi garisan undang-undang untuk diambil tindakan sewajarnya.

Bertarikh pada 25 Oktober 2026

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Kamal Hisham Jaafar
(Peguam Bela & Peguam Cara)
No. Tel: 0197000006

tamat-

KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASEDDikeluarkan oleh: Peguam yang mewakili dua anggota PDRM, Cawangan KhasTarikh: 7 Oktober...
07/10/2026

KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASED

Dikeluarkan oleh: Peguam yang mewakili dua anggota PDRM, Cawangan Khas
Tarikh: 7 Oktober 2026

Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Subjek / Subject: Insiden Serangan Fizikal oleh Dato’ Seri Shuhaily terhadap Dua Anggota PDRM di KLIA1.

Latar Belakang / Background
Pada 28 Sept 2026, dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Khas, telah dikasari secara fizikal oleh Dato’ Seri Shuhaily, Ketua Pengarah AKPS, ketika menjalankan tugasan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perlu ditegaskan bahawa AKPS bukan sebahagian daripada PDRM dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tugasan polis di KLIA. Insiden berlaku di tempat awam, menyebabkan kedua‑dua mangsa cedera dan diaibkan.

2. Kesan / ImpactKedua‑dua mangsa mengalami kecederaan akibat tindakan kekerasan jenayah tersebut. Mereka turut diaibkan di hadapan orang awam, menjejaskan maruah sebagai penjawat awam. Perbuatan ini jelas menunjukkan unsur buli kuasa terhadap anggota berpangkat rendah.

3. Cubaan Mengalih Perhatian / MisrepresentationSelepas kejadian, Dato’ Suhaily telah menggunakan media sosial dan saluran rasmi Kerajaan untuk menggambarkan keadaan berbeza daripada fakta sebenar. Hal ini juga telah mengganggu siasatan pihak PDRM yang masih berjalan pada setiap masa yang material.

4. Menaikkan populariti peribadi dengan cuba memberikan gambaran seolah-olah mangsa bertindak sebagai “ulat” atau terlibat dengan “kaunter setting”.Tuduhan ini adalah tidak benar, kerana tugas kaunter adalah di bawah bidangkuasa Imigresen dan Kastam, bukan PDRM.

5 Implikasi Undang‑Undang / Legal Implications Perbuatan Dato’ Seri Shuhaily boleh terjumlah kepada kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan:

- Seksyen 186 – Menghalang penjawat awam menjalankan tugas; dan

- Seksyen 323 – Sengaja menyebabkan kecederaan.

Selain itu, kenyataan Dato' Seri Shuhaily di media rasmi dan media sosial telah secara langsung mengganggu proses siasatan pihak polis terhadap Beliau. Hal ini adalah merupakan suatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pegawai kanan kerajaan.

6 Kesan Sosial / Social Consequences jika tindakan buli fizikal oleh seorang pegawai kanan tidak dikenakan tindakan sewajarnya, ia akan memberi mesej salah kepada masyarakat, khususnya pelajar sekolah, bahawa perbuatan kekerasan jenayah adalah perkara biasa dan tidak salah. Ini amat berbahaya kepada norma sosial dan disiplin negara. Pembuli diangkat sebagai "Hero", manakala mangsa buli direndahkan maruah serendah-rendahnya.

7. Tuntutan & Harapan / Demands & Expectations Sebagai peguam yang mewakili mangsa, kami menuntut siasatan telus dan segera oleh pihak berkuasa. Tindakan undang‑undang sewajarnya terhadap Dato’ Seri Shuhaily. Penghentian segera sebarang kenyataan awam oleh beliau yang boleh menjejaskan siasatan. Perlindungan hak dan maruah anggota PDRM yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Penutup / Closing Statement Kami menyeru masyarakat untuk tidak terpedaya dengan naratif yang cuba mengalih perhatian daripada fakta sebenar. Mangsa adalah anggota polis yang sah menjalankan tugas, dan mereka berhak mendapat keadilan serta perlindungan undang‑undang.

“Tiada sesiapa pun, walau setinggi mana jawatan, boleh dibenarkan membuli atau mengasari penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.”

Maklumat KAMAL HISHAM BIN JAAFAR dari Firma KAMAL HISHAM AND ASSOCIATES
Advocate & Solicitor, High Court of Malaya
Tel: Number 0197000006
Email: [email protected]

ALHAMDULILLAH DIIZINKAN ALLAH swt  untuk berkunjung ke RUMAHNYA. Walauoun kunjungan yang pendek namun ianya AMAT BERMAKN...
01/10/2026

ALHAMDULILLAH DIIZINKAN ALLAH swt untuk berkunjung ke RUMAHNYA. Walauoun kunjungan yang pendek namun ianya AMAT BERMAKNA. ....Terima kasih Ya Allah hanya itu ucaoan yang mampu dilafazkan tanpa henti demi tanda kesyukuran dengan segala NIKMAT NIKMATMU.

BERMUSAFIR SAMBIL BERIBADAH..DI Dubai dan Makkah al Makaramah. Hampir setiap hari sibuk dengan urusan " DUNIA", masa unt...
26/09/2026

BERMUSAFIR SAMBIL BERIBADAH..DI Dubai dan Makkah al Makaramah. Hampir setiap hari sibuk dengan urusan " DUNIA", masa untuk bermusabah diri dan mendekatkan diri kepada ALLAH swt. Dunia ini jika kita kejar pasti rasa "tidak cukup". Jika kita kejar "AKHIRAT" , In Sha Allah, kita akan dapat kedua-duanya " DUNIA DAN AKHIRAT "

Semoga Allah swt permudahkan urusan serta Ibadah ini DAN menerima segala taubat dan ibadah diri ini.

Sahabat sahabat yang ada di Dubai dan Mekah, jika lapang kita boleh mengeteh sama.

BELIAU DIPUKUL DI ASRAMA PUSAT PENGAJIAN TINGGI pada tahun 2023 ,beliau ditekan untuk menarik laporan Polisnya dan lebih...
24/09/2026

BELIAU DIPUKUL DI ASRAMA PUSAT PENGAJIAN TINGGI pada tahun 2023 ,beliau ditekan untuk menarik laporan Polisnya dan lebih malang tiiada apa apa tindakan munasabah terhadap si Perlaku sebenar. Kami telah menyaman si Perlaku, Warden Asrama, Pentadbiran Pusat Pengajian Tinggi itu dan beberapa pihak berkaitan lain.

ALHAMDULILLAH , hari ini selesai dengan "Pampasan" dan cara yang menggembirakan Anak Guam kami. Kami telah bersedia untuk memulakan kes pagi ini , namun "tawaran" yang menarik menyebabkan Anak Guam menerimanya sebagai satu penyelesaian.

Saya bersyukur semuanya selesai dengan baik.

MENGHADIRI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN ARAB SAUDI DI MANDARIN ORIENTAL Hotel, Kuala Lumpur.In Sha Allah beberapa hari lagi ...
22/09/2026

MENGHADIRI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN ARAB SAUDI DI MANDARIN ORIENTAL Hotel, Kuala Lumpur.

In Sha Allah beberapa hari lagi saya akan ke Makkah , Arab Saudi untuk Solat Jumaat. Sudah teramat rindu untuk ke sana Semoga Allah Permudahkan perjalanan ke Tanah Suci itu nanti.

SAHABAT SEJATI WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA.. Di dalam hidup ini kita TIDAK perlu mempunyai jumlah kawan yang ram...
20/09/2026

SAHABAT SEJATI WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA.. Di dalam hidup ini kita TIDAK perlu mempunyai jumlah kawan yang ramai, apa yang kita perlukan adalah beberapa orang kawan sejati yang ikhlas senantiasa bersama sama di kala senang dan susah.

Kami terpisah sejak akhir tahun 1987 selepas tamat SPM di English College Johor Bahru. Masing masing mengejar masa depan untuk ke Pusat Pengajian Tinggi. Hilang berita dan tidak mudah berkomunikasi seperti zaman sekarang.

Apabila sedang "dilanda masalah" dan duduk di Dubai pada akhir tahun 2011, saya menerima message sahabat lama saya ini, namanya Inderajit Singh yang kerap bertanya khabar dan memberi semangat kepada saya untuk kuat berjuang MEMPERTAHANKAN kebenaran. Beliau kerap hubungi saya melalui messanger FB. Namun apa yang menghairankan saya, setiap kali saya menelefon atau membuat pesanan suara, beliau tidak pernah menjawabnya. Sebaliknya beliau akan jawab di dalam bentuk perkataan pesanan.

PERSOALAN INI TERJAWAP hari ini (SELEPAS hampir 40tahun). Saya menerima jemputan untuk Majlis Perkahwinan anak lelaki beliau di Grand Centro Ballroom Klang dan menghadirinya. ALANGKAH TERPERANJAT apabila saya lihat beliau lumpuh berkerusi roda dan tidak mampu bercakap untuk berkomunikasi. Beliau hanya mampu berkomunikasi menggunakan pembaris abjad tanpa sebarang suara. Rupa rupanya hampir 20 tahun lepas beliau kemalangan dan sewaktu rawatan terjadi kecuaian yang menyebabkan beliau cacat kekal.

SAYA AMAT SEDIH, dan menitiskan air mata di Majlis yang gemilang itu. Keadaan buat saya lebih terharu, apabila dengan menggunakan pembaris abjad beliau menerangkan kepada keluarganya bahawa dia bersahabat dengan saya sewaktu di bangku sekolah AMAT RAPAT bagai "ISI DENGAN KUKU". Dia mencium p**i saya dan saya mencium kepalanya sebagai tanda PERSAHABATAN IKHLAS KAMI.

BENARKAH PEGUAM MELINDUNGI ORANG YANG DIKETAHUI BERSALAH?PERANAN SAYA BUKAN UNTUK MENENTUKAN sama ada Anak Guam yang diw...
13/09/2026

BENARKAH PEGUAM MELINDUNGI ORANG YANG DIKETAHUI BERSALAH?

PERANAN SAYA BUKAN UNTUK MENENTUKAN sama ada Anak Guam yang diwakili itu BERSALAH atau TIDAK BERSALAH

TANGGUNG JAWAB itu terletak pada Hakim.Tugas saya ialah mewakili Anak Guam dengan penuh kecekapan dan profesionalisme – memastikan pihak PENDAKWAAN membuktikan setiap dakwaan mereka. Beban pembuktian adalah "beyond reasonable doubt" , dengan bukti yang sahih dan prosedur yang betul, TANPA sebarang jalan pintas.

Prinsip andaian bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah BUKANLAH satu " KEISTIMEWAAN yang diberikan HANYA kepada individu tertentu. Ia adalah jaminan Perlembagaan Malaysia yang terpakai kepada semua orang.

Prinsip ini akan hilang maknanya sekiranya Peguambela sendiri mula menentukan siapa yang layak mendapat pembelaan penuh dan siapa yang tidak.Jika itu berlaku, maka bukan lagi Mahkamah yang menentukan kesalahan, tetapi peguam. DAN keadaan itu jauh lebih berbahaya. Sudah tentu terdapat batasan yang jelas.

Saya tidak boleh mereka reka bukti. Saya tidak boleh mengemukakan saksi dengan pengetahuan bahawa saksi tersebut akan berbohong. Garis etika ini dipatuhi tegas dan tidak boleh dilanggar.

Namun, selain daripada itu – menimbulkan keraguan munasabah, menguji kekuatan kes pendakwaan, serta memastikan negara menunaikan beban pembuktian – bukan sahaja dibenarkan, malah merupakan kewajipan profesional.Itulah tugas seorang peguam. Dan saya tidak pernah berasa terganggu dengan kritikan di dalam melaksanakannya.
APAPUN saya sentiasa INGAT kepada Allah swt di dalam menjalankan setiap tugasan TANPA mengira Agama, Bangsa dan Taraf Hidup .

HUJUNG MINGGU SANTAI...SESEKALI PAKAI BAJU SAMA WARNA sedondon dengan warna kereta. Saya s**a warna TURQUOISE DAN banyak...
12/09/2026

HUJUNG MINGGU SANTAI...SESEKALI PAKAI BAJU SAMA WARNA sedondon dengan warna kereta. Saya s**a warna TURQUOISE DAN banyak pakaian dan barangan pribadi berwarna itu.
Warna ini buat saya rasa tenang dan yakin.

Address

Sepang
64000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamal Hisham Jaafar JFK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby law practices