The Chambers of Khadzar And Sharifah

The Chambers of Khadzar And Sharifah Sama ada anda sedang berdepan isu jenayah, pertikaian keluarga Syariah, pengurusan pusaka, dan/ atau urusan pemindahan hartanah, kami di sini untuk bantu.

Suami tak beri nafkah?Sampai bila isteri perlu bersabar?Ada isteri yang bertahan bukan sebulan dua, tetapi bertahun-tahu...
26/08/2026

Suami tak beri nafkah?
Sampai bila isteri perlu bersabar?

Ada isteri yang bertahan bukan sebulan dua, tetapi bertahun-tahun.

3 tahun. 5 tahun. Malah ada yang sampai 20 tahun.

Bila ditanya kenapa masih bertahan, jawapannya selalunya:

"Saya sabar sebab nak jaga rumah tangga."

Tetapi perlu difahami, nafkah bukan ihsan atau hadiah daripada suami. Nafkah adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

Di bawah Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, isteri boleh memohon perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah.

Nafkah yang tidak dibayar juga boleh menjadi hutang ke atas suami.

Satu lagi salah faham yang biasa berlaku di kalangan masyarakat bila isteri bekerja, suami merasakan tanggungjawab nafkah sudah gugur.

Tidak ya.

Isteri mempunyai pendapatan sendiri bukan bermaksud kewajipan nafkah suami terhapus.

Sabar itu mulia. Tetapi sabar tidak bermaksud seseorang isteri perlu terus membiarkan dirinya terabai.

Dalam rumah tangga, cinta dan kesetiaan mungkin diuji.

Tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

The Chambers of Khadzar and Sharifah
Peguambela & Peguamcara
Peguam Syarie

30/07/2026

MASUK ISLAM, PERKAHWINAN SIVIL AUTOMATIK TERBUBAR?

Anda bukan Islam.
Anda berkahwin dan perkahwinan didaftarkan di JPN.
Kemudian, anda atau pasangan anda memeluk agama Islam.
Apakah status perkahwinan anda?

Ramai mungkin menyangka apabila salah seorang pasangan memeluk Islam, perkahwinan sivil tersebut akan terbubar secara automatik.

Jawapannya: Tidak.

Perkahwinan sivil masih perlu dibubarkan melalui proses undang-undang di Mahkamah Sivil.

Selepas pindaan Seksyen 51 Akta 164 pada tahun 2017, sama ada pihak yang memeluk Islam atau pihak yang kekal bukan Islam boleh memohon perceraian.

Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai, mereka juga boleh memfailkan Petisyen Bersama di bawah Seksyen 52 Akta 164.

Bagaimana p**a jika ada anak?
Mahkamah juga boleh membuat perintah berkaitan hak penjagaan, pemeliharaan dan nafkah anak.

Jadi, pertukaran agama salah seorang pasangan bukan sekadar isu agama.

Status perkahwinan sivil dan perkara berkaitan anak juga perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang yang betul.

The Chambers of Khadzar and Sharifah

Penulisan ini untuk maklumat umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang bagi sesuatu kes tertentu.

HIBAH KEPADA ANAK TERTENTU SAHAJA — SAH ATAU BOLEH DICABAR?Ramai masih ingat bahawa ibu bapa wajib membahagikan harta se...
21/05/2026

HIBAH KEPADA ANAK TERTENTU SAHAJA — SAH ATAU BOLEH DICABAR?

Ramai masih ingat bahawa ibu bapa wajib membahagikan harta secara sama rata kepada semua anak semasa hidup.

Tetapi dari sudut undang-undang syariah dan keputusan Mahkamah, hibah kepada sebahagian anak sahaja BOLEH menjadi sah jika memenuhi syarat tertentu.

Dalam satu kes Mahkamah Rayuan Syariah, seorang bapa telah memindah milik 2 lot tanah kepada hanya 2 orang anaknya. Anak-anak lain kemudiannya mencabar hibah tersebut atas alasan:

i. Tidak dimaklumkan kepada semua adik-beradik
ii. Pemberi hibah berada dalam keadaan uzur
iii. Pembahagian tidak adil kerana tidak diberi sama rata

Namun Mahkamah memutuskan bahawa hibah tersebut tetap SAH kerana:

i. Pemberian dibuat secara rela hati
ii. Pemilik masih waras dan memahami tindakannya
iii. Pindah milik tanah telah sempurna dibuat
Iv. Hukum syarak tidak membatalkan hibah hanya kerana ia tidak sama rata antara anak-anak

Mahkamah menegaskan bahawa berlaku adil antara anak-anak memang digalakkan, namun ketidaksamaan pemberian tidak semestinya menjadikan hibah itu batal.

Sebab itu dokumentasi hibah, pindah milik, niat pemberian dan prosedur undang-undang sangat penting bagi mengelakkan pertikaian keluarga selepas kematian.

Jika anda ingin:
▪️ Menyediakan hibah yang sah
▪️ Mengurus pindah milik harta
▪️ Mencabar hibah yang meragukan
▪️ Mendapat nasihat berkaitan faraid & pusaka

Hubungi kami untuk konsultasi lanjut.

The Chambers of Khadzar and Sharifah
Bandar Baru Salak Tinggi
03-87054448

JANGAN ABAIKAN NOTIS MAHKAMAHRamai beranggapan bahawa tidak hadir ke mahkamah akan menyebabkan kes “senyap” atau selesai...
17/05/2026

JANGAN ABAIKAN NOTIS MAHKAMAH

Ramai beranggapan bahawa tidak hadir ke mahkamah akan menyebabkan kes “senyap” atau selesai dengan sendiri.

Hakikatnya, kegagalan hadir boleh memberi kesan serius terhadap kes anda dan tindakan tertentu masih boleh diteruskan tanpa kehadiran pihak terlibat.

Sekiranya anda menerima notis mahkamah, dapatkan nasihat guaman dengan segera agar hak dan kedudukan anda dapat dilindungi dengan sewajarnya.

THE CHAMBERS OF KHADZAR AND SHARIFAH
Peguambela & Peguamcara
Peguam Syarie / Shari’e Counsel

0387054448

SELAMAT HARI GURUThe Chambers of Khadzar and Sharifah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga p...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

The Chambers of Khadzar and Sharifah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan membentuk generasi masa depan negara.

📞 Hubungi kami sekarang:
03-87054448

📌 Promosi terhad untuk tempoh sebulan sahaja

Address

D-472 Jalan 6 WISMA KOSMOPLEKS BANDAR BARU SALAK TINGGI
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Chambers of Khadzar And Sharifah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share