Diari Seorang Peguam; Soal Jawab Sivil & Syariah

Diari Seorang Peguam; Soal Jawab Sivil & Syariah Kami menawarkan khidmat guaman sivil dan syariah untuk pelbagai aspek.

Suami Saya Bukan Jahat… Tapi Terlalu Nonchalant.Antara ayat yang pernah saya dengar daripada isteri bila menjalani sesi ...
07/08/2026

Suami Saya Bukan Jahat…
Tapi Terlalu Nonchalant.

Antara ayat yang pernah saya dengar daripada isteri bila menjalani sesi konsultasi dengan klien kami,

Dia tak pukul saya.
Dia tak curang.
Dia bagi nafkah..tapi dia macam tak peduli langsung perasaan saya.

Ramai orang sangka, kalau suami tak curang atau tak melakukan keganasan, bermakna rumah tangga itu baik-baik sahaja.

Hakikatnya, sesebuah perkahwinan bukan hanya hidup dengan nafkah, tetapi juga dengan perhatian, komunikasi dan kasih sayang.

Apa itu suami 'nonchalant'?

Bukan bermaksud dia seorang yang tenang.

Tetapi dia seolah-olah tidak memberi respons terhadap keperluan emosi isteri.

Contohnya…

Isteri menangis.

Dia diam.
Isteri meluahkan tekanan.
Jawapannya cuma,

“Biasalah.”
“Overlah awak ni.”
“Nanti okeylah.”

Bila bergaduh, dia memilih untuk menghilangkan diri daripada berbincang.

Bila isteri perlukan pelukan, dia beri alasan penat.

Bila isteri perlukan pendengaran, dia beri telefon.

Lama-kelamaan…

Yang letih bukan badan isteri.
Tetapi hati isteri.

Dari sudut Mahkamah Syariah

Dalam banyak kes yang saya kendalikan, isu sebenar bukan lagi soal siapa betul atau siapa salah.

Tetapi apabila komunikasi sudah mati, kasih sayang semakin hilang dan kedua-duanya hidup seperti orang asing di bawah satu bumbung…

Di situlah benih syiqaq mula terbentuk.

Perlu difahami,
Menjadi seorang yang pendiam bukanlah satu kesalahan.
Tidak romantik juga bukan satu kesalahan.

Tetapi apabila sikap itu menyebabkan pasangan terabai dari sudut emosi sehingga bertahun-tahun, akhirnya hubungan menjadi retak dan usaha perdamaian tidak lagi berhasil.

Islam tidak mewajibkan suami menjadi romantik setiap hari.

Tetapi Islam mengajar suami supaya bergaul dengan isteri secara makruf , dengan ihsan, hormat dan layanan yang baik.

Kadang-kadang…

Apa yang isteri perlukan bukanlah hadiah yang mahal.

Cukup sekadar satu ayat,
“Awak okey? Saya dengar.”

Kadang-kadang, satu ayat itu mampu menyelamatkan sebuah rumah tangga.


04/08/2026
*"Saya dah tawar hati."*Sebagai seorang peguam Syarie, itulah antara ayat yang paling kerap saya dengar daripada suami a...
29/07/2026

*"Saya dah tawar hati."*

Sebagai seorang peguam Syarie, itulah antara ayat yang paling kerap saya dengar daripada suami atau isteri yang datang mendapatkan nasihat.

Ironinya...

Ayat itu jarang lahir kerana satu pergaduhan.

Jarang juga kerana orang ketiga.

Selalunya ia lahir selepas bertahun-tahun hati dibiarkan sepi.

Balik kerja, masing-masing sibuk dengan telefon.

Duduk semeja, tetapi tiada lagi perbualan yang benar-benar didengari.

Bukan tak tinggal serumah.

Tetapi sudah lama tidak benar-benar "bersama".

Hubungan tidak selalunya musnah kerana satu kesilapan besar.

Ia perlahan-lahan retak apabila perhatian semakin berkurang, sentuhan semakin jarang dan penghargaan semakin hilang.

Sebab itu saya cukup s**a satu ayat ini...

"Sentuhlah pasanganmu lebih lama daripada kau menyentuh telefonmu."

Kadang-kadang...

Pasangan kita bukan perlukan hadiah yang mahal.

Dia cuma perlukan beberapa minit perhatian yang penuh.

Satu pelukan yang ikhlas.

Dan satu sentuhan yang membuatkan dia yakin...

"Aku masih dicintai."

Jangan tunggu sehingga pasangan sendiri mengucapkan...

"Saya dah tawar hati."

Kerana sebagai seorang peguam Syarie...

Saya boleh membantu menyelesaikan pertikaian di Mahkamah.

Tetapi saya lebih s**a melihat rumah tangga itu diselamatkan sebelum ia sampai ke pintu Mahkamah.

Semoga Allah SWT memelihara setiap rumah tangga dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Setiap fasa kehidupan pasti hadir dengan ujian dan keputusan yang besar.Sama ada berkaitan perkahwinan, perceraian, hak ...
24/07/2026

Setiap fasa kehidupan pasti hadir dengan ujian dan keputusan yang besar.

Sama ada berkaitan perkahwinan, perceraian, hak penjagaan anak (hadanah), tuntutan nafkah, harta sepencarian, hibah, faraid atau perancangan pusaka, biarlah ia diurus dengan ilmu, amanah dan mengikut lunas Syariah.

Di Tetuan Aniza Ammar & Associates, kami komited memberikan khidmat guaman Syarie yang profesional, telus dan penuh prihatin demi membantu anda mendapatkan penyelesaian terbaik.

Kerana setiap penyelesaian yang baik bermula dengan nasihat yang tepat.

Hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi. ⚖️✨

Address

Publika Solaris Dutamas
Kuala Lumpur
50480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Seorang Peguam; Soal Jawab Sivil & Syariah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Diari Seorang Peguam; Soal Jawab Sivil & Syariah:

Shortcuts

Share

Category