Farid Izzati Ain & Co.

Call Directions Website Contact the practice

Farid Izzati Ain & Co. Legal Firm

Wang hilang dalam beberapa saat. Proses mendapatkannya semula mungkin jauh lebih rumit.Seorang pelanggan menerima notifi...
27/10/2026

Wang hilang dalam beberapa saat. Proses mendapatkannya semula mungkin jauh lebih rumit.

Seorang pelanggan menerima notifikasi bahawa RM18,000 telah dipindahkan daripada akaun simpanannya kepada penerima yang tidak dikenalinya.

Beliau segera menghubungi bank. Namun, pihak bank memaklumkan bahawa transaksi tersebut telah disahkan melalui aplikasi perbankan.

“Saya tidak membuat transaksi itu. Bukankah bank wajib p**angkan wang saya?”

Jawapannya tidak semestinya mudah.

Dalam pertikaian transaksi tanpa kebenaran, persoalannya bukan sekadar sama ada pelanggan mengenali penerima wang. Bank dan pelanggan juga perlu meneliti bagaimana transaksi itu dimulakan, kaedah pengesahan yang digunakan, sama ada pelanggan telah diperdaya untuk meluluskan arahan tertentu dan tindakan yang diambil selepas transaksi dikesan.

Tindakan pantas dan bukti yang lengkap boleh menjadi sangat penting. Pelanggan perlu segera menghubungi bank melalui saluran rasmi, menyekat akses yang terjejas, menyimpan semua komunikasi, menyediakan kronologi kejadian dan mendapatkan keputusan rasmi bank secara bertulis.

Jika tuntutan ditolak, adakah masih terdapat saluran pertikaian lain?

Baca artikel penuh di sini:

https://www.fiacojb.com/articles/banking-articles/wang-keluar-dari-akaun-saya-tanpa-kebenaran

A father leaves a Will naming his eldest daughter as executor. It clearly states how his house, savings and investments ...
23/10/2026

A father leaves a Will naming his eldest daughter as executor. It clearly states how his house, savings and investments should be distributed among his children.

After his death, the family presents the Will to the bank but the money remains frozen. The Land Office also informs them that further documents are required before the house can be transferred.

“If there is already a Will, why can’t we simply follow it?”

A Will records the deceased’s wishes, but it does not automatically transfer ownership or give beneficiaries immediate access to the assets.

For a non-Muslim estate, the executor will ordinarily need to obtain a Grant of Probate before banks, the Land Office and other institutions recognise the executor’s authority to administer the estate.

Even after probate is obtained, the executor must identify the assets and liabilities, settle debts and administration expenses, address any outstanding financing, and only then distribute the remaining estate.

A Will is an important starting point but it is not the final step in estate administration.

Read the full article here:

https://www.fiacojb.com/articles/estate-articles/there-is-a-will-why-is-the-estate-still-frozen

Anda jumpa rumah subsale yang sesuai dan bersetuju membeli pada harga RM400,000.RM12,000 dibayar sebagai deposit awal. B...
20/10/2026

Anda jumpa rumah subsale yang sesuai dan bersetuju membeli pada harga RM400,000.

RM12,000 dibayar sebagai deposit awal. Borang tawaran pembelian ditandatangani.

Tentang pinjaman, anda diberitahu:

“Boleh cuba dulu. Kalau tak lepas, nanti kita bincang.”

Dua minggu kemudian, permohonan pinjaman ditolak. Apabila deposit diminta semula, jawapannya p**a:

“Owner tak setuju refund. Dalam borang tak tulis pun pembelian tertakluk kepada loan.”

Adakah deposit itu boleh diperoleh semula?

Kegagalan mendapatkan pinjaman tidak semestinya memberi pembeli hak automatik untuk menerima semula semua wang. Pada masa yang sama, penjual juga tidak semestinya boleh terus melucutkan deposit tersebut.

Jawapannya bergantung pada borang tawaran, syarat pembiayaan, mesej yang dipertukarkan dan tindakan pihak-pihak.

Sebelum membayar booking rumah, pastikan anda juga memahami syarat untuk keluar daripada pembelian.

Baca artikel penuh di sini:

https://www.fiacojb.com/articles/conveyancing-articles/loan-tak-lepas-booking-rumah-saya-boleh-dapat-balik-tak

Jaga kesihatan, urus kewangan, lindungi keluarga.Sekitar penyertaan FIACO bersama Bank Islam Cawangan Nilai dalam progra...
16/10/2026

Jaga kesihatan, urus kewangan, lindungi keluarga.

Sekitar penyertaan FIACO bersama Bank Islam Cawangan Nilai dalam program “Money Health Check Up” untuk warga kerja Klinik Kesihatan Nilai pada 16 Oktober 2026.

Terima kasih atas peluang untuk berkongsi perspektif undang-undang dalam urusan harian serta kepentingan mendapatkan nasihat awal bagi menjaga kepentingan diri, harta dan keluarga.

Penghargaan kepada pihak Bank Islam dan Klinik Kesihatan Nilai atas jemputan serta sambutan mesra. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Your company receives a Letter of Demand claiming RM250,000 within seven days.Management believes the amount is wrong. S...
14/10/2026

Your company receives a Letter of Demand claiming RM250,000 within seven days.

Management believes the amount is wrong. Some invoices were disputed, the work was delayed and the company may have its own claim against the supplier.

One director wants to reply immediately. Another says:

“It’s only a letter. They haven’t sued us. Just ignore it.”

What should the company do?

A Letter of Demand is not a court judgment, and receiving one does not prove that the amount claimed is owed. However, ignoring it will not make the dispute disappear.

A carefully considered reply may preserve a defence, raise a set-off or open the door to settlement. A rushed response, however, may unintentionally admit liability or weaken the company’s position.

Before responding or deciding not to respond - review the claim, the relevant documents and the deadline.

Read the full article here:

https://www.fiacojb.com/articles/litigation-articles/i-received-a-letter-of-demand-should-i-reply-or-just-ignore-it

Makan tengah hari, bertukar cerita dan mengeratkan hubungan.Hari ini, pasukan FIACO Nilai meluangkan masa bersama wakil ...
08/10/2026

Makan tengah hari, bertukar cerita dan mengeratkan hubungan.

Hari ini, pasukan FIACO Nilai meluangkan masa bersama wakil Bank Islam, Cawangan Bandar Baru Nilai, dalam sesi luncheon yang santai dan mesra.

Terima kasih kepada pasukan Bank Islam Bandar Baru Nilai kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Kami menghargai peluang untuk saling mengenali dengan lebih dekat dan berharap hubungan baik ini terus berkembang. Jumpa lagi! 😊

“Mak masih duduk rumah itu. Tak payahlah urus pusaka ayah dulu.”Niat anak-anak baik. Mereka mahu mak terus tinggal di ru...
07/10/2026

“Mak masih duduk rumah itu. Tak payahlah urus pusaka ayah dulu.”

Niat anak-anak baik. Mereka mahu mak terus tinggal di rumah itu dan tidak mahu dilihat seperti sedang berebut harta.

Setahun berlalu. Kemudian lima tahun.

Nama pada geran masih nama arwah ayah. Dalam tempoh itu, salah seorang anak p**a meninggal dunia dan meninggalkan isteri serta anak-anaknya.

Apabila pusaka akhirnya mahu diuruskan, timbul persoalan:

“Kenapa isteri arwah abang perlu terlibat? Ini kan rumah ayah kita?”

Menangguhkan urusan pusaka tidak menyebabkan hak waris hilang. Sebaliknya, kematian berlapis boleh menambah waris dan menjadikan proses pembahagian semakin rumit.

Menguruskan pusaka juga tidak semestinya bermaksud rumah perlu dijual atau mak perlu keluar.

Ketahui mengapa pusaka wajar diuruskan lebih awal dan bagaimana hasrat keluarga untuk menjaga tempat tinggal mak boleh dipertimbangkan.

Baca artikel penuh di sini:

https://www.fiacojb.com/articles/estate-articles/mak-masih-duduk-rumah-itu-tak-payahlah-urus-pusaka-ayah-dulu

The team that made it happen.A good result in Court is never the work of one person.From reviewing years of documents, p...
06/10/2026

The team that made it happen.

A good result in Court is never the work of one person.

From reviewing years of documents, preparing the pleadings and witness statements, strategising for trial, conducting the hearing, and finally putting together the written submissions - every stage required preparation, teamwork and persistence.

Today, the Sessions Court in Kangar ruled in favour of our clients, including an order for the return of the original title within seven (7) days. The Defendant’s counterclaim was also dismissed, with costs awarded to our clients on both the main claim and the counterclaim.

A satisfying conclusion to a matter that has been a long time coming for our clients.

Well done, team. One file closed, and a result we can be proud of.

Two friends start a company together.One handles sales. The other manages operations. They invest the same amount and ea...
30/09/2026

Two friends start a company together.

One handles sales. The other manages operations. They invest the same amount and each owns 50% of the shares.

At first, the arrangement feels fair. Then the business starts making money.

One wants to open another outlet. The other wants to retain the cash. One wants higher salaries. The other wants to hire more staff.

Eventually, one says:

“If you don’t agree, I’ll just proceed myself.”

Can they?

Owning 50% of a company does not necessarily give either shareholder the final say. When an important decision requires approval and neither side will agree, the company may reach a deadlock.

A shareholders’ agreement can establish how major decisions, further funding, unresolved disagreements and a founder’s exit should be handled before the relationship breaks down.

Read the full article here:

https://www.fiacojb.com/articles/corporate-articles/we-own-the-company-50-50-what-happens-when-we-stop-agreeing

Ketika bertengkar, seorang isteri menerima WhatsApp daripada suaminya:“Aku ceraikan kau.”Beberapa minit kemudian, mesej ...
28/09/2026

Ketika bertengkar, seorang isteri menerima WhatsApp daripada suaminya:

“Aku ceraikan kau.”

Beberapa minit kemudian, mesej itu dipadam. Suami berkata dia hanya marah dan tidak berniat untuk bercerai. Isteri p**a tertanya-tanya sama ada talak sudah jatuh.

Bolehkah mereka menentukan sendiri status perkahwinan berdasarkan mesej itu?

Perkataan yang digunakan, keadaan ketika mesej dihantar dan bukti komunikasi semuanya boleh menjadi penting. Memadamkan mesej juga tidak semestinya menyelesaikan persoalan tersebut.

Dalam artikel ini, kami terangkan mengapa pasangan perlu mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah dan apakah langkah awal yang boleh diambil apabila lafaz cerai dibuat melalui WhatsApp.

Baca artikel penuh di sini:

https://www.fiacojb.com/articles/syariah-articles/suami-hantar-whatsapp-aku-ceraikan-kau-adakah-kami-sudah-bercerai

Address

No. 46-01 & 46-02, Jalan Cengkerik 2, Pusat Perdagangan Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+6072326181

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farid Izzati Ain & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farid Izzati Ain & Co.:

Shortcuts

Share

Category