10/11/2026
TAHU TAK? SEBAGAI ANAK GUAMAN, ANDA JUGA MEMPUNYAI HAK! ⚖️
Apabila melantik peguam untuk menguruskan kes anda, penting untuk mengetahui bahawa anda bukan sekadar menyerahkan urusan kes kepada peguam. Anda juga mempunyai hak yang perlu dihormati sepanjang proses tersebut.
Antara hak anda sebagai anak guaman ialah:
✅ Hak Mendapatkan Maklumat – Anda berhak mengetahui perkembangan dan status terkini kes.
✅ Hak Menyemak Dokumen – Anda berhak melihat dokumen penting berkaitan kes anda.
✅ Hak Terhadap Kos dan Yuran Guaman – Anda berhak mendapatkan penjelasan tentang caj guaman dan penyata perbelanjaan.
✅ Hak Membuat Keputusan – Anda berhak menerima atau menolak tawaran penyelesaian kes.
✅ Hak Menukar Peguam – Anda boleh menamatkan khidmat peguam dan melantik peguam baharu mengikut prosedur yang ditetapkan.
✅ Hak Kerahsiaan – Maklumat dan perbincangan sulit antara anda dengan peguam mendapat perlindungan undang-undang, tertakluk kepada pengecualian yang berkenaan.
Ingat! Fahami hak anda supaya anda lebih yakin dan tidak mudah keliru sepanjang proses pengurusan kes.
📌 Simpan dan kongsikan perkongsian ini supaya lebih ramai tahu tentang hak mereka sebagai anak guaman!
📞 Perlukan maklumat lanjut? Hubungi kami:
011-2862 1544