Peguam Syarie As WR

Peguam Syarie As WR memberi penerangan secara santai dan mudah difahami berkenaan kes Mahkamah Syariah.

Alkisah 22 April 2025 🤗Mendengar teguran dari Yang Arif di Mahkamah Tinggi Syariah tentang pihak² yg pada awlnya tidak b...
22/04/2025

Alkisah 22 April 2025 🤗

Mendengar teguran dari Yang Arif di Mahkamah Tinggi Syariah tentang pihak² yg pada awlnya tidak berhasrat utk melantik peguam hingga diberikan tarikh Perbicaraan,tetapi pada tarikh Bicara,baru nk lantik Peguam 🫠

Perkara sebegini akn melambatkan proses sbb selalunya Peguam yg baru dilantik akn mohon utk meminda dokumen yg difailkan sebelumnya oleh pihak yg tak dpt nasihat guaman yg sepatutnya 🥲

Dan Yang Arif luluskan kos yg pihak saya mohon terhadap pihak lawan kerana melambatkan proses & kos perjalanan anakguam saya 🤗 itu antara kesan jika rasa nk handle kes sendiri di Mahkamah 🤗

Mungkin ada yg fikir dia mampu utk handle Bicara sendiri,tapi bila dh sampai harinya,baru tahu mcm mana rasanya 🫠 kalau tahu prosedur mahkamah,silakan handle sendiri,kalau tak tahu,sila dptkan khidmat nasihat yg sewajarnya 🤗

p/s: ada ibu² yg sudah berpisah bertanya saya berkaitan nafkah anak,tentang belanja hari raya yg baru² ini saja berlalu 🥲 anak xdpt nafkah utk berhari raya 🥹 mcm mana nk tuntut & mcm mana pengiraan nafkah?

Do pm me 😊

FAQ 》Boleh tak saya nk mtk rekod hak jagaan anak sekali dgn kes cerai?Kes Cerai 》Di Mahkamah Rendah Syariah ⚖️Mahkamah b...
21/11/2024

FAQ 》Boleh tak saya nk mtk rekod hak jagaan anak sekali dgn kes cerai?

Kes Cerai 》Di Mahkamah Rendah Syariah ⚖️

Mahkamah boleh rekod tp tak boleh nk berkuatkuasa

Sbb?

Hak Jagaan (Hadhanah) adalah dibawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah ⚖️

Nk rekod jugak boleh ka?

Boleh tp lps tu endorse di Mahkamah Tinggi 🏛️

Baru boleh berkuatKUASA ☺️ Jadi apa² boleh tuntut di Mahkamah yg berbidangkuasa 💪🏼

Alhamdulillah 'ala kulli hal 💓Berdebar utk dengar keputusan kes Fasakh pagi ini 🤗Dup dap,dup dap usah ckp la sbb saya yg...
11/08/2024

Alhamdulillah 'ala kulli hal 💓

Berdebar utk dengar keputusan kes Fasakh pagi ini 🤗

Dup dap,dup dap usah ckp la sbb saya yg handle kes dari A-Z (bicara penuh) 》senang ckp dari deraf dokumen sampai penghujahan 🫠

Selaku peguam yg mewakili Plaintif (isteri) berdoa sekiranya alasan² fasakh yg kami bentangkan relevan,sabitkan la kes ni ☺️

Masa Hakim baca keputusan,ayat² tu mcm kenai 😅 ayat dlm hujah saya tu 🙈 tp still tak mau over confident sgt ☺️ bila Hakim baca alasan² penghakiman dia & 3 alasan fasakh sabit,maka Mahkamah fasakhkan perkahwinan Plaintif & Defendan 💪🏼

p/s: Hakim juga mengambil kira pengakuan Defendan semasa sesi Soal Balas oleh Peguam Plaintif di mana Defendan mengakui 3 alasan fasakh sebagaimana yg difailkan dlm Tuntutan Plaintif

Antara alasan fasakh yg sabit:

》 Tiada nafkah lebih dari 3 bulan

Walaupun isteri keluar dari rumah tetapi isteri tidak pernah diisytiharkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah di Malaysia,isteri masih berhak utk mendapat nafkah dari suaminya 🤗

11 Ogos 2024 》SETTLED! ✅

Alhamdulillah,done for today 🥰Dalam perjalanan ke Mahkamah pagi ni,staf mahkamah call maklum kes utk keputusan hari ni x...
15/05/2024

Alhamdulillah,done for today 🥰

Dalam perjalanan ke Mahkamah pagi ni,staf mahkamah call maklum kes utk keputusan hari ni x dpt nk teruskan.suaranya kedengaran mcm bersalah sbb dia ingat saya ke mahkamah hari ni utk kes tersebut shj.

Saya maklum kt staf yg saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut sbb peguam Plaintif dh maklumkan sebelumnya ☺️ sengaja saya amk 1 tarikh,2 kes sekali jalan 😄 senang takyah pi mai berulang kali 😌

Walaupun keputusan kes tak boleh dgr hari ni,kes utk bicara masih diteruskan 🥰 settled soal balas Defendan & tarikh depan utk failkan Hujahan Bertulis 🖋️

p/s: ada lawyer tak puas hati kes Bicara panggil dulu,yg sebutan dlm "waiting list" 😅 nasib la ye kalau Bicara jalan dlu,jenuh la nk menunggu...bertabahla 😎

Puan,lepas ni saya dh tak perlu hadir ke Mahkamah ka?Itu yang anakguam saya tanya selepas selesai prosiding di hadapan H...
03/03/2024

Puan,lepas ni saya dh tak perlu hadir ke Mahkamah ka?

Itu yang anakguam saya tanya selepas selesai prosiding di hadapan Hakim Syarie 😄 bila kena dengan:

》Dokumennya
》Prosedurnya
》Kerjasama yang baik dari Defendan (Suami)

Insyaallah,selesai dengan sekali sahaja kehadiran ke Mahkamah ❤️

Defendan juga bersetuju untuk selesaikan pada hari yang sama memandangkan Defendan datang dari jauh ☺️ Dan yang bersyukurnya, Defendan juga bersetuju untuk merekodkan berkaitan nafkah anak, Alhamdulillah 🤲🏼

Sebelum hendak failkan kes,kena kaji dari pelbagai aspek supaya perjalanan kes lancar.

Sebagai contoh, nk fail kes perceraian persetujuan bersama,tapi suami tak setuju.memang takkan selesai la.namapun “PERSETUJUAN BERSAMA”,kalau seorang shj yg setuju,seorang lagi tak setuju atau tak hadir,memang tak kemana la kes tu.selalunya,hakim akan mtk utk tutup kes sahaja.

Sebab ada sesetengan orang awam merungut,kes tak selesai-selesai/suami tak hadir,kes tak boleh diteruskan/kes kena buang 😪

Sebab tak kena gaya 😎 sila rujuk kpd yg bertauliah sbb Hakim takkan "ajar"/"panduan" kpd org awam.jenuh Hakim kalau semua dia nk cover 😅

Assalamualaikum semua 🙋 rasanya tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2024 🎉 Antara azam tahun 2024...
04/01/2024

Assalamualaikum semua 🙋 rasanya tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2024 🎉 Antara azam tahun 2024,saya berusaha untuk lebih aktif di Page 💪

Sepanjang saya mengendalikan kes,kebanyakan saya bertindak sebagai Peguam Syarie bagi pihak Plaintif. Setelah pihak Plaintif berjaya membuat serahan dokumen [SAMAN & PERNYATAAN TUNTUTAN], Defendan perlu menfailkan satu dokumen yang disebut [PEMBELAAN/PEMBELAAN & TUNTUTAN BALAS] setelah menerima dokumen.

Tapi,yang saya perhatikan,kebanyakkan Defendan membuat Pembelaan/Pembelaan & Tuntutan Balas tidak mengikat format yang digariskan di dalam Enakmen.sebagai contoh,mcm kita buat karangan,mesti mengikut format yang ditetapkan.Kalau tidak,cikgu pangkah besar-besar 😅

Sama juga dengan dokumen yang hendak difailkan kepada Mahkamah…ada prosedur dan format yang perlu diikuti,tak boleh “ikut dan” ja (bak kata oghang utagha) 😎

Saya pernah mendapat Pembelaan yang ditulis tangan di atas kertas kajang,ada yang buat pembelaan berjela-jela,bermadah pon ada 😂

Antara kesan tidak mengikut format adalah dokumen berkenaan boleh diketepikan ❌

“bertanyalah kepada para ahli zikir,jika kamu tidak mengetahui”
[Surah Al-Anbiya’:7]

Oleh itu,rujuklah kepada pihak yang memang dalam bidang guaman syarie.Pembelaan / Pembelaan & Tuntutan Balas adalah dokumen yang “bercakap bagi pihak” Defendan.buatlah seperti yang sepatutnya.Defendan mempunyai hak untuk melantik Peguam Syarie atau mengendalikan kes sendiri.tetapi sekiranya tidak mahu melantik Peguam Syarie,pastikan membuat dokumen mengikut format ya 😉

Wallahu’alam ☺

Sila War²kanKonsultasi Percuma sempena Ramadhan
27/03/2023

Sila War²kan

Konsultasi Percuma sempena Ramadhan

Isteri Berkerjaya 💍👠👜Suami: isteri dh bekerja,buat apa nak bagi nafkah lagi? Dia dah ada duit sendiri 💰Adakah suami tida...
20/02/2022

Isteri Berkerjaya 💍👠👜

Suami: isteri dh bekerja,buat apa nak bagi nafkah lagi? Dia dah ada duit sendiri 💰

Adakah suami tidak perlu memberikan nafkah sekiranya isteri mempunyai sumber pendapatan? 🤔

Para ulama bersepakat (Ijma’) suami WAJIB memberi nafkah kepada isterinya. Malah, ianya termasuk juga sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan. Kewajipan nafkah tetap dipikul oleh suami.

Syeikh Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara iaitu, Makanan, Barang-barang dapur, Pakaian, tempat tinggal, Alat-alat untuk membersihkan diri, Barangan rumah, Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu.

Di dalam perbahasan nafkah suami terhadap isteri, para fuqaha’ membahagikan kepada tiga golongan suami, yang senang, sederhana dan susah.

Sekiranya suami merupakan orang susah, maka cukup sekadar mengeluarkan nafkah yang asas. Seperti mengeluarkan secupak beras berserta dengan lauk asas yang mengikut tradisi setempat. Kemudian, menyediakan pakaian asas untuk dipakai isteri mengikut pakaian yang dipakai masyarakat setempat sama ada ketika di rumah dan ketika keluar dari rumah, cukup sekadar menutup aurat serta mengikut budaya pakaian orang Islam setempat. Kemudian, menyediakan rumah mengikut kemampuan, tanpa disyaratkan untuk memiliki rumah tersebut, sudah memadai sekiranya menyewa. Sekiranya suami yang tidak berkemampuan ini menunaikan tanggungjawab dengan memberi nafkah asas ini, maka isteri tidak berhak untuk memohon fasakh.

Sekiranya suami berkemampuan tapi masih culas atau langsung tak bagi nafkah,isteri boleh menfailkan kes Nafkah Isteri di Mahkamah kerna ada peruntukan undang² berkaitan perkara tersebut 🤗

Seorang suami wajib memberikan nafkah tanpa mengira banyak ataupun sedikit kepada isterinya walaupun isterinya bekerja. Hal ini kerana tugas seorang suami adalah bertanggungjawab terhadap keperluan isteri dan anak-anaknya berdasarkan kemampuannya 👨

Kadang²,tak bagi nafkah bukan sebab tak mampu.dia nk tunggu Perintah dari Mahkamah Syariah dulu,baru nk bagi nafkah.Mungkin suami ni seangkatan dengan Haji Bakhil 😏

Yang Prihatin,
NOR SYAZWANI BINTI MD RASID
Peguam Syarie

Latest update 📢📢
01/07/2021

Latest update 📢📢

Bersama² kita doakan semoga kita dapat hidup & berurusan spt biasa slps ini...Stay safe 😷
14/06/2021

Bersama² kita doakan semoga kita dapat hidup & berurusan spt biasa slps ini...

Stay safe 😷

Bersama tangani keganasan rumah tangga semasa PKPSalurkan aduan di Talian Kasih 15999 📞atau WhatsApp 019-261 5999 📲Talia...
08/06/2021

Bersama tangani keganasan rumah tangga semasa PKP

Salurkan aduan di Talian Kasih 15999 📞

atau

WhatsApp 019-261 5999 📲

Talian bebas tol ini beroperasi 24jam

Jangan biarkan hidup anda diselebungi Derita & Penganiayaan 😉

Stay safe physically & mentally 🤗

Harap Maklum 🤗Stay safe everyone 😷
31/05/2021

Harap Maklum 🤗

Stay safe everyone 😷

Address

Alor Setar
05

Telephone

0133550087

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie As WR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category