Fahmi Ramli Official

Fahmi Ramli Official Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor
(2)

โ€œ๐’๐š๐ฒ๐š ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ก๐ฐ๐ข๐ง๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐›๐š๐ง๐ค๐š๐ง.โ€โ€œSaya ingatkan bersabar akan mengubah keadaan. Rupa...
13/08/2026

โ€œ๐’๐š๐ฒ๐š ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ก๐ฐ๐ข๐ง๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐›๐š๐ง๐ค๐š๐ง.โ€

โ€œSaya ingatkan bersabar akan mengubah keadaan. Rupanya, saya hanya semakin penatโ€ฆโ€

๐—œ๐˜๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐—บ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ.

Beliau seorang doktor di hospital swasta. Mempunyai kerjaya yang stabil, berdedikasi dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada keluarga.

Namun, di sebalik senyuman dan kejayaan kerjayanya, beliau memikul satu beban yang terlalu berat.

Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Nafkah diberi sekejap, kemudian terhenti berbulan-bulan.

Akhirnya, hampir semua perbelanjaan rumah tangga ditanggung oleh isteri.

๐Ÿ  Ansuran rumah.

๐Ÿš— Ansuran kereta.

๐ŸŽ’ Yuran persekolahan anak.

๐Ÿฝ๏ธ Perbelanjaan harian.

Malah, makan minum suami juga dibiayai oleh isteri.

Apabila dinasihatkan supaya berubah dan mencari pekerjaan yang lebih stabil, suami tetap enggan. Sikap ego dan kebergantungan kepada isteri akhirnya menjadi punca hubungan semakin renggang.

Pergaduhan semakin kerap berlaku.

Rumah yang dahulunya menjadi tempat mencari ketenangan, bertukar menjadi tempat yang dipenuhi tekanan.

Lebih menyedihkan, apabila isteri menyatakan hasrat untuk berpisah, suami tetap enggan melepaskan.

Selepas meneliti keseluruhan fakta kes, saya mencadangkan tindakan yang bersesuaian di sisi undang-undang dan memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan melalui proses Mahkamah Syariah, kes ini berjaya diselesaikan dengan lancar.

Hari ini, beliau bukan sekadar memperoleh sebuah keputusan mahkamah.

Beliau memperoleh semula ketenangan, maruah dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik bersama anak-anak.

Setiap kes mempunyai fakta dan penyelesaian yang berbeza.

Kadangkala, jalan terbaik bukanlah bertahan tanpa penghujung, tetapi memahami hak di sisi undang-undang sebelum membuat keputusan yang besar.

Nama, pekerjaan dan beberapa fakta kes telah diubah bagi melindungi identiti anak guam. Perkongsian ini dibuat dengan tujuan pendidikan dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

โ€” Fahmi Ramli & Co.

Anda Ada persoalan?
https://wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

Nak info lebih banyak?
Jom follow telegram channel kami

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Nota Syarie by Fahmi Ramli
https://t.me/fahmiramliofficial

13/08/2026

Seorang isteri yang mempunyai pekerjaan atau mempunyai pendapatan lebih daripada suami, tetap wajib buat suami untuk beri nafkah kepada isteri mengikut kemampuan suami.

Anda Ada persoalan?

https://wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

Nak info lebih banyak?

Jom follow telegram channel kami
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Nota Syarie by Fahmi Ramli

https://t.me/fahmiramliofficial

Tak dak bukti, tak boleh ceraiAda satu video klip cerita Dia Bukan Syurga, Nuha berjumpa dengan Peguam Syarie kononnya t...
13/08/2026

Tak dak bukti, tak boleh cerai

Ada satu video klip cerita Dia Bukan Syurga, Nuha berjumpa dengan Peguam Syarie kononnya tak boleh cerai kalau tak ada bukti. Suami boleh menafikan kata tak buat.

Serius la? Nak kena sampai patah riuk atau mati ke baru boleh?

Isu pukul dalam rumahtangga bukan semua orang ada saksi atau sempat nak tangkap gambar kejadian apatah lagi nak merakam benda yang tak tahu bila nak jadi.

Tambah-tambah benda yang berlaku di dalam bilik, rumah atau mana-mana tempat tertutup. Kalau ada yang terbuka dan dilihat oleh saksi yang ada kaitan dengan suami, jangan berharap lebih la dia nak bagi keterangan di Mahkamah untuk menyatakan bahawa suami ini pukul.

Ada saja mak mertua melihat menantu kena pukul. Bila di Mahkamah, tak mengaku atau bersumpah palsu kata tak berlaku pun. Ye lah, anak lelaki dia kan. Bukan mudah nak jumpa orang yang sanggup bercakap benar bila cerita bab kesaksian.

Jadi macam mana nak ada bukti?

โœ… Report Polis

Dalam kes drama ini, yang bongok adalah Nuha kerana dia tak buat pun report polis dalam keadaan mulut dan muka dah lebam-lebam. Semua orang berhak buat report polis bila jatuh bab keselamatan ini.

Tolonglah fikir sikit buat isteri-isteri yang ada isu kena pukul macam cerita ini, anda sayangkan nyawa sendiri atau tak kisah jadi punching bag? Dalam drama ni lagi la sakit hati, sekali pun tak buat report dan mengadu pada ahli keluarga.

โœ… Laporan Perubatan

Laporan perubatan salah satu daripada bukti yang membolehkan isteri menuntut perceraian. Meskipun, sakit tak berapa teruk, tapi seorang isteri tak layak untuk dipukul secara fizikal walaupun tak sakit atau tak meninggalkan kesan lebam sekalipun.

โœ… Gambar kesan pukul

Zaman ada telefon canggih yang kameranya bukan level 3gp sekarang, isteri boleh menangkap gambar kesan-kesan pukulan jika ada. Itu pun salah satu bukti. Tak perlu pun nak kena pakai kamera profesional.

โœ… Mengadu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan

Walaupun ahli keluarga atau kawan-kawan tak berada di tempat kejadian, sekurang-kurangnya mereka tempat perlindungan yang diperlukan. Keterangan yang mereka bagi, dianggap sebagai keterangan dengar cakap. Kalau ramai orang yang dengar, maka mungkin ia boleh dianggap betul.

Ini bukan cerita buka aib, tapi ini isu perlindungan keselamatan. Bodohlah kalau anggap tak mahu buka aib suami. Ini bukan aib, ini isu nyawa. Kalau sampai tak boleh nak mengadu, kejamlah Islam dalam isu munakahat ni.

๐Ÿค Dalil Hadis:

Hadis Rasulullah saw di dalam Kitab Sunan Abi Daud, Juzuk 6, m/s 45, Hadith ke-1830, apabila Baginda ditanya oleh Sahabat :

Bermaksud :

โ€œMuawiyah al-Qusairi RA berkata, Aku pergi menemui Rasulullah saw dan bertanya, โ€˜Ya Rasulullah, apakah hak seseorang isteri keatas seseorang kami? Jawab Baginda, โ€˜Sesungguhnya hendaklah memberi makan apabila kamu makan, dan beri pakai apabila kamu pakai. Jangan pukul mereka dan jangan hina mereka.โ€

(Riwayat Abu Daud, Kitab Sunan Abi Daud)

๐Ÿค Contoh kes

Tan Sri Syeikh Ghazali Bin Abdul Rahman, Mantan Ketua Hakim Syarie Malaysia, di dalam kes Abdul Hanif lwn. Rabiah [1418] 11(1) JH yang menyatakan:

"Tidaklah munasabah memerlukan seorang isteri yang mendakwa ia dipukul oleh suaminya mengadakan saksi-saksi seperti itu, kerana mustahil seorang suami apabila memukul isterinya akan memanggil dua orang saksi lelaki atau dua orang saksi perempuan dan seorang saksi lelaki untuk menyaksikan pukulan itu. Dalam perkara seperti itu tidak perlu keterangan diberi secara syahadah, dan memadai ia diberi sebagai baiyinah dan qarinah."

Kalau tak ada juga bukti-bukti ini?

โญ•๏ธ Selain daripada Fasakh, yang perlukan dakwaan dan bukti yang kukuh untuk disabitkan oleh Mahkamah, ada perceraian yang berbentuk Cerai Hakam yang mana jika rumahtangga telah berlaku โ€˜Syiqaqโ€™ atau perkelahian berpanjangan.

โญ•๏ธ Yang ini memang mimpi ngeri buat suami dan kemudahan buat isteri yang teraniaya. Tahap pembuktiannya tidak seberat kes Fasakh. Yang penting ada usaha untuk cuba perdamaian oleh Jawatankuasa Pendamai, Hakam Keluarga dan Hakam Panel yang dilantik oleh Mahkamah.

โญ•๏ธ Jika isteri kekal untuk tidak boleh menerima atas penganiayaan ini serta tidak meredhai atas apa yang telah berlaku, perkahwinan ini akan disarankan oleh Hakam untuk perceraian berlaku kerana jika lebih panjang, lebih mudharat perkahwinan tersebut. Bezanya, perceraian itu secara Lafaz Talak oleh suami/ wakil suami/ Hakam Suami atau secara Tebus Talak yang perlu dibayar oleh isteri.

๐Ÿ’™๐Ÿ’™ Jangan cakap tak ada penyelesaian untuk isteri yang kena pukul tak boleh keluar daripada โ€˜Neraka Perkahwinanโ€™ disebabkan tak ada bukti. Masalahnya, isteri itu sendiri yang tidak buat Laporan Polis.

Alasan tak mahu buat sebab kesian. Laporan perubatan pun tak buat, sebab tak ada lebam, tak patah riuk pun. Jadi, ini isu โ€˜diri sendiriโ€™.

Jangan salahkan bukti tak kuat, tapi sebab diri sendiri yang tak bertindak.

Fahmi Ramli
Peguam Syarie

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

Air Mata Yang Ditahan Selama 12 TahunSemalam saya jumpa seorang wanita yang berjaya dalam kerjayanya.Di mata orang lain,...
11/08/2026

Air Mata Yang Ditahan Selama 12 Tahun

Semalam saya jumpa seorang wanita yang berjaya dalam kerjayanya.

Di mata orang lain, kehidupannya kelihatan sempurna.

Tetapi selepas pintu bilik konsultasi ditutup...

Air mata mula mengalir.

Bukan kerana suaminya pernah mengangkat tangan.

Bukan juga kerana suaminya berlaku curang.

Tetapi kerana setiap hari dia dihina.

Setiap hari dirinya dipersoalkan.

Setiap hari dia dibuat percaya bahawa semua masalah rumah tangga berpunca daripada dirinya.

Paling menyedihkan apabila dia bertanya kepada saya...

"Peguam... adakah saya terlalu sensitif?"

Tidak semua penderaan meninggalkan kesan lebam.

Ada penderaan yang perlahan-lahan mematikan keyakinan diri, harga diri dan ketenangan jiwa.

Ramai wanita hidup dalam keadaan ini bertahun-tahun tanpa sedar bahawa apa yang berlaku bukan perkara biasa.

Kadang-kadang, luka yang tidak kelihatan itulah yang paling dalam.

Semua kisah diubah bagi menjaga kerahsiaan anak guam.

โ€” Fahmi Ramli & Co.

Anda Ada persoalan?

https://wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

Nak info lebih banyak?

Jom follow telegram channel kami
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Nota Syarie by Fahmi Ramli

https://t.me/fahmiramliofficial

11/08/2026

"Tidak semua perceraian memusnahkan anak. Ada perceraian yang sebenarnya menyelamatkan anak daripada trauma sepanjang hayat."

Kalau dah habis usaha damai, mungkin cerai adalah jalan terbaikHari ini, di Perlis, saya telah berjaya membantu seorang ...
10/08/2026

Kalau dah habis usaha damai, mungkin cerai adalah jalan terbaik

Hari ini, di Perlis, saya telah berjaya membantu seorang โ€˜wanita besiโ€™ yang saya kira sangat tabah dan cekal mengharungi rumahtangga yang penuh gelora untuk melalui hari terakhir dirinya dengan suami selama lebih daripada 20 tahun lebih pernikahan.

Tak mudah sebenarnya sebab asalnya kami memfailkan tuntutan Fasakh yang mana alasan perceraian dan segala bukti berkaitan dengan kegagalan suami memberi nafkah diri dan anak-anak, penderaan mental dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, fasakh adalah jalan terakhir difailkan setelah pelbagai cara untuk bincang, pujuk memujuk, dan perbincangan berbaik
melalui keluarga.

Bukannya sekejap. 3 tahun lebih bincang.

Tapi, bila jalan perdamaian itu telah tertutup sedikit demi sedikit, maka hilanglah Mawaddah wa Rahmah dalam rumahtangga pihak-pihak.

Tambah-tambah bila tiada perubahan yang diharapkan. Bila sudah 3 tahun lebih tinggal berasingan, maka syiqaq tersebut telah berlaku.

Akhirnya, kami berjaya runding untuk penyelesaian secara baik supaya tidak menjadi panjang. Defendan pun tidaklah berusaha teruk menegakkan benang yang telah basah.

Semoga pihak klien selamat melalui fasa iddah dengan tenang dan baik-baik sahaja.

Fahmi Ramli
Peguam Syarie

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

โ€œKALAU MINTA CERAI, JANGAN HARAP BOLEH JUMPA ANAK LAGI!โ€Bolehkah suami ambil anak jika isteri memohon perceraian?Jawapan...
10/08/2026

โ€œKALAU MINTA CERAI, JANGAN HARAP BOLEH JUMPA ANAK LAGI!โ€

Bolehkah suami ambil anak jika isteri memohon perceraian?

Jawapannya: Suami tidak boleh menentukan hak jagaan anak hanya melalui ugutan.

Ada isteri yang mahu mendapatkan nasihat tentang perceraian, tetapi terpaksa membatalkan niat kerana suami mula mengugut:

โ€œKalau minta cerai, anak semua abang ambil.โ€

โ€œNanti kita tengok siapa lebih layak jaga anak.โ€

โ€œAbang akan pastikan langsung tidak dapat jumpa anak.โ€

Disebabkan takut kehilangan anak, ada isteri yang terus bertahan walaupun rumah tangga sudah lama bermasalah.

Perlu difahami bahawa permohonan perceraian dan hak jagaan anak ialah dua perkara yang berbeza.

Isteri yang memohon perceraian tidak secara automatik kehilangan hak jagaan anak.

Suami juga tidak boleh menentukan sendiri bahawa anak mesti berada di bawah jagaannya hanya kerana dia merupakan bapa atau mempunyai pendapatan lebih tinggi.

Dalam isu hadhanah, Mahkamah Syariah akan melihat beberapa perkara, antaranya:

Kebajikan dan keselamatan anak;
Umur serta keperluan anak;
Siapa yang selama ini menguruskan kehidupan harian anak;
Keupayaan setiap pihak memberikan penjagaan dan kasih sayang;
Keadaan tempat tinggal serta persekitaran anak; dan
Sama ada penjaga memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh Hukum Syarak.

Secara umumnya, ibu mempunyai keutamaan untuk menjaga anak yang masih kecil, tertakluk kepada kelayakan dan kebajikan anak tersebut.

Namun, hak itu bukan automatik atau mutlak. Bapa tetap berhak mengemukakan tuntutan dan Mahkamah akan menilai bukti daripada kedua-dua pihak.

Satu lagi perkara yang perlu difahami:

Hak jagaan tidak sama dengan hak lawatan.

Walaupun anak ditempatkan bersama salah seorang ibu atau bapa, pihak yang satu lagi lazimnya masih boleh diberikan hak untuk berjumpa, bermalam atau meluangkan masa bersama anak, tertakluk kepada perintah Mahkamah dan kebajikan anak.

Jika ugutan seperti ini berlaku:

Simpan mesej WhatsApp, rakaman suara atau bukti ugutan;
Elakkan membalas dengan ugutan yang sama;
Simpan dokumen anak dan rekod berkaitan penjagaan;
Dapatkan nasihat sebelum keluar rumah atau memindahkan anak; dan
Pertimbangkan tuntutan hadhanah serta perintah interim jika terdapat risiko anak dibawa pergi.

Sekiranya anak berada dalam bahaya atau cuba diambil secara paksa, utamakan keselamatan dan segera dapatkan bantuan pihak berkuasa serta nasihat undang-undang.

Perceraian tidak memadamkan peranan ibu atau bapa dalam kehidupan anak.

Anak juga tidak sepatutnya dijadikan senjata untuk menakutkan pasangan supaya terus kekal dalam perkahwinan yang bermasalah.

Ugutan bukan perintah Mahkamah.

Suami boleh membuat tuntutan, isteri boleh mempertahankan hakโ€”tetapi Mahkamah yang akan menentukan berdasarkan kebajikan anak.

Fahmi Ramli & Co

Anda Ada persoalan?

https://wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

Nak info lebih banyak?

Jom follow telegram channel kami
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Nota Syarie by Fahmi Ramli

https://t.me/fahmiramliofficial

10/08/2026

Pengesahan lafaz cerai perlu tunjuk bukti atau tidak di mahkamah? Macam mana kalau suami tak mengaku?

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60197372389/NakTanyaSikit

10/08/2026

"Yang paling menyakitkan bukan dipukul... tetapi diperlakukan seperti tidak pernah bernilai."

Address

Fahmi Ramli & Co, No. 187, Tingkat 1, Jalan Batik 2/1B, Taman Batik
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60197372389

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fahmi Ramli Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Fahmi Ramli Official:

Shortcuts

Share