04/11/2020
SEDIKIT ILMU. 😊
So harini saya nak share sikit proses jual beli rumah (subsale)😄
Proses yang saya akan share ni adalah untuk rumah subsale.
Rumah subsale ni rumah yang kita beli dengan owner, rumah secondhand la. Untuk details tentang jenis rumah boleh refer thread bawah ni
Dan proses ni diantara PEMBELI dan PENJUAL (owner).
𝟏. 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐦𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Lepas dah view rumah dan confirm nak beli, benda pertama yang korang kena buat untuk book rumah tersebut adalah sign Agreement to Purchase (ATP)
Dan bayar 3.18% dari harga rumah sebagai earnest deposit.
Contoh: harga rumah RM300,000
So earnest deposit 3.18% = RM9540
Biasa dengar 10% deposit, ni kenapa 3.18% p**ak? Haa kejap lagi kat bawah akan explain.
*sepanjang sharing ni saya akan guna contoh rumah RM300,000 sahaja.
Lepastu akan submit loan ke bank. Banker akan buat kerja selama 14 hari dan beri keputusan sama ada loan lepas atau tidak.
Kalau loan tak lepas? Jangan risau earnest deposit akan dip**angkan sepenuhnya kepada pembeli.
*untuk rumah pertama, bawah RM500K, boleh dapat 100% loan
𝟐. 𝐒𝐚𝐥𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞 𝐀𝐠𝐫𝐞𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐒𝐏𝐀)
Lepas loan dah lulus, lawyer akan buatkan SPA.
SPA adalah perjanjian di antara pembeli dan penjual. Lawyer akan explain setiap clause kat dalam SPA.
Lepas dah sign, pembeli perlu buat bayaran baki deposit 6.18% dari harga rumah
6.18% = RM20,460
Termasuk earnest deposit sewaktu booking tadi, pembeli sudah membayar sebanyak RM30,000 iaitu 10% deposit.
Jadi perlu bayar lagi RM270,000 kepada owner dalam bentuk loan.
Untuk lawyer, pembeli perlu bayar:
Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty:
(1% x RM100k) + (2% x RM200k)
= RM1000+RM4000
= RM5000
Total = RM10,100
Tapi untuk rumah pertama, bawah RM500,000, RM300,000 yang pertama dapat pengecualian stamp duty.
So rumah bawah RM300k macam dalam contoh ni tak kena caj stamp duty.
𝟑. 𝐋𝐨𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐫𝐞𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐋𝐀)
Yang seterusnya, loan agreement. Kalau SPA antara pembeli dan penjual, LA ni perjanjian antara pembeli dengan bank yang dia buat loan.
Sama macam SPA, lawyer yang akan sediakan LA. Jadi ada bayaran legal fees dan juga stamp duty.
Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty: 0.5% = RM1,500
Total = RM6,600
*stamp duty untuk LA fix rate 0.5%
Kemudian, bank akan lantik valuer untuk value rumah yang kita beli. Sebab bank tak akan bagi loan lebih dari market value rumah tersebut.
Kat sini pembeli perlu bayar valuer
0.5% = RM1,500
𝟒. 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐧𝐚𝐦𝐚
Ok so kat sini adalah proses paling lama. Tempoh proses tu bergantung pada banyak faktor. Kalau aku cerita kat thread ni, nanti jadi terlalu panjang
Tapi secara ringkasnya boleh refer gambar di bawah. Freehold dan leasehold itu adalah title rumah.
Saya bagi takat ni je la dulu eh. Kalau ramai support post saya kali ni saya akan share lagi sambungannya untuk tips yg TERAKHIR dan 𝐘𝐆 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 .
Kalau rasa sharing ni bermanfaat boleh la tolong like dan share ye. Terima kasih !! 😊😊
Credit : HELMI HALIM
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
Zahir
019 8524686
PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR
AS PROPERTIES ( N ) SDN BHD
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial