25/01/2021
Penjual. Perlu peguam ke tidak?
Untuk kes-kes yang tiada masalah, penggunaan satu peguam dalam urusan jual beli lebih memberi penjimatan kepada penjual.
Namun sampai satu tahap, sekiranya terdapat masalah-masalah yang tidak dijangka, baru kita dapat tengok kepentingan penjual mempunyai peguam sendiri untuk melindungi hak penjual it sendiri.
Peguam penjual biasanya akan memastikan perjanjian jual beli itu adil dan tidak berat hanya kepada sebelah pihak. Contoh jumlah ganti rugi, jumlah interest, completion date dan lain-lain.
Peguan penjual juga akan memastikan bahawa wang jualan telah selesai sepenuhnya sebelum pindahmilik dilakukan atau sekiranya melalui pinjaman, wang beza dan akujanji dari bank telah diperolehi.
Secara jimatnya, penjual biasanya “menumpang” peguan pembeli dalam urusan jual beli mereka. Tapi risiko tetap tinggi kepada penjual sebab yang bayar yuran guaman untuk urusan jual beli adalah Pembeli. So, peguam biasanya akan lebih berhabis baik untuk melidungi hak kepentingan pembeli berbanding dengan penjual.
Sehubungan itu, adalah lebih baik setiap pihak mempunyai peguam mereka masing2 supaya ada “check and balance” dan untuk mengelakkan kerugian besar di kemudian hari. Sebab biasanya peguam yang ikhlas berbayar ni akan cuba sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak guam mereka.
Sekian.