10/10/2026
Rumah pusaka bukan kek.
Kalau ayah meninggalkan sebuah rumah, kita tak boleh bahagi ruang tamu kepada abang, dapur kepada kakak dan bilik belakang kepada adik ikut pecahan faraid.
Faraid menentukan hak setiap waris.
Tapi selepas hak itu dikenal pasti, keluarga masih perlu menjawab satu lagi soalan:
Rumah ini nak buat apa?
Kekalkan pemilikan bersama?
Seorang waris ambil alih?
Jual dan bahagi hasil?
Atau semua waris mencapai persetujuan lain?
Di sinilah banyak kes pusaka mula tersekat.
Lebih-lebih lagi bila ada yang berkata:
“Aku dah duduk rumah ni 15 tahun.”
“Aku yang bayar bil selama ni.”
“Empat orang dah setuju jual. Seorang je tak setuju.”
Hak pusaka bukan ditentukan oleh siapa paling lama tinggal dalam rumah atau siapa paling lantang dalam group WhatsApp keluarga.
Saya kupas perkara ini dalam artikel Hari 3:
Rumah Bukan Kek: Kenapa Rumah Pusaka Tak Boleh Dibahagi Ses**a Hati?
Baca artikel penuh di 1st comment
Syaihan Sirotin
Islamic Financial Adviser & Islamic Estate Planner
012-672 7957
Aku tak jual. Aku bantu selesaikan.