Hakmilik Kekal by Syakir Zainol

Call Directions Website Contact the practice

Hakmilik Kekal by Syakir Zainol Saya Syakir Zainol, Probationary Estate Agent PEA3833, berkhidmat bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd., Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925.

Bhd.

(5)

Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
No 41-1, Jalan BBN 6/3A, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
[email protected]
hakmilikkekal.com Sejak 2014, saya membantu pemilik dan pembeli dalam urusan jual beli rumah serta tanah, dengan tumpuan di Nilai, Seremban, Kajang, Bangi, Selangor dan Kuala Lumpur.

Melalui Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, saya menyemak rekod transaksi hartanah yang sebanding dan penawaran semasa untuk mencadangkan harga permintaan yang mengambil kira keadaan hartanah serta persaingan pasaran.

Khidmat saya merangkumi semakan awal dokumen, cadangan harga permintaan, pemasaran hartanah, saringan kelayakan pembeli, pengurusan viewing dan rundingan, serta penyelarasan urusan bersama banker dan peguam hingga selesai pindah milik. Saya turut membantu urusan permohonan pembiayaan perumahan bank dan LPPSA.

Cadangan harga adalah anggaran yang bergantung pada keadaan hartanah serta pasaran semasa; pengesahan market value perlu dirujuk kepada valuer.

Nak jual atau beli rumah dan tanah? Hubungi saya untuk bincang keperluan anda.

Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
Legacy Real Property Sdn. Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
Alamat: No 41-1 Jalan BBN 6/3A, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Telefon / WhatsApp: 013-363 7478
Emel: [email protected]
Laman web: https://hakmilikkekal.com

Ramai pemilik rumah leasehold rasa baki pajakan 50 tahun tu lama lagi, boleh fikir kemudian.Masalahnya, bank tak kira ba...
17/11/2026

Ramai pemilik rumah leasehold rasa baki pajakan 50 tahun tu lama lagi, boleh fikir kemudian.

Masalahnya, bank tak kira baki hari ni. Bank kira baki pada akhir loan pembeli anda.

Cagamas, syarikat gadai janji nasional, syaratkan sekurang-kurangnya 20 tahun pajakan berbaki bila loan tu habis. Jadi rumah dengan baki 45 tahun cuma bagi ruang loan 25 tahun, dan pembeli muda yang perlukan tempoh 35 tahun akan tanggung ansuran yang lebih tinggi atau terus tak layak.

Yang tinggal? Pembeli tunai, yang biasanya datang dengan tawaran rendah.

Pajakan boleh diperbaharui, dengan syarat anda mohon sebelum tarikh tamat yang tertulis kat geran. Kat Selangor, premium kediaman dikira ikut nilai tanah oleh JPPH, dan ada diskaun 30% kalau bayar dalam enam bulan lepas notis keluar. Ada juga pilihan bayar RM5k je, tapi lepas tu rumah cuma boleh dipindah milik kepada pasangan dan anak.

Saya dah susun cara mohon, contoh kiraan premium, kedudukan kat Negeri Sembilan dan KL, serta kesan baki pajakan pada loan dalam satu artikel:
https://hakmilikkekal.com/pembaharuan-pajakan-tanah/

Cara memohon pembaharuan pajakan tanah di Selangor, Negeri Sembilan dan KL, formula premium, contoh kiraan dan kesan baki pajakan pada pinjaman.

07/11/2026

Pembeli Tidak Membayar untuk Kenangan Pemilik Rumah

Ada pemilik yang memasukkan nilai kenangan terhadap rumahnya ke dalam asking price, sedangkan pembeli tidak membayar untuk kenangan itu.

Anak anak membesar di situ, dan pokok mangga yang lebat berbuah di hadapan rumah pun ditanam dan dibaja sendiri oleh isterinya dengan gembira. Saya faham, semua ini memang sukar untuk dilepaskan.

Hakikatnya, dalam laporan valuer pun tiada bahagian untuk kenangan. Jadi, janganlah sandarkan harga rumah anda pada kenangan.

Kesudahannya, rumah itu lama terpapar di portal pengiklanan, dan pembeli yang datang untuk viewing pun lama kelamaan hanya tinggal dalam kenangan.



---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

07/11/2026

Harga Rumah yang Tinggi Mengurangkan Ruang Pembeli untuk Memilih

Semakin mahal harga rumah, semakin sedikit pilihan yang ada pada pembeli.

Katakan 20 tahun lalu, ketika sebuah rumah berharga RM200k, pembeli mungkin berkata begini:

"Rumah ini mahal sedikit, RM50k, tetapi di tepinya ada tanah yang besar. Cukup luas untuk membina sebuah rumah lagi. Saya pilih yang ini."

Hari ini rumah yang sama sudah berharga RM600k, dan pembeli mungkin berkata begini:

"Tanah rumah ini kecil sedikit berbanding yang lain, tetapi harganya murah RM50k. Banyak perkara boleh dibuat dengan RM50k. Ansuran bulanan pun jimat. Tidak mengapalah, saya ambil yang ini sahaja."

Beza harganya tidak berubah, tetap RM50k. Namun hari ini pembeli sangat berkira dengan RM50k itu, termasuk saya sendiri.

Mengapa jadi begitu? Apabila harga sudah mencecah RM600k, setiap ringgit masuk ke dalam kiraan DSR dan bertukar menjadi ansuran bulanan. Maka tanah yang besar itu turun pangkat menjadi "nice to have", iaitu sekadar baik jika ada.

Pengajaran kepada kita semua:

1️⃣ Fleksibiliti: semakin tinggi harga rumah, semakin kurang ruang pembeli untuk memilih.
2️⃣ Pengorbanan: banyak perkara perlu dikorbankan mengikut kedudukan kewangan semasa.
3️⃣ Penjual: hari ini penjual yang perlu menyesuaikan diri dengan kemampuan pembeli dan iklim pasaran hartanah.
4️⃣ Harga: bagi rumah jenis yang sama, harga lebih rendah selalunya lebih menarik berbanding rumah lebih mahal yang sudah diubah suai.



---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

06/11/2026

OPR Kekal pada 2.75%

Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 2.75%.

---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

Tanah Belakang Unit Ground Floor Flat Bukan Milik AndaBagi flat kos rendah, tanah kosong di belakang unit ground floor a...
06/11/2026

Tanah Belakang Unit Ground Floor Flat Bukan Milik Anda

Bagi flat kos rendah, tanah kosong di belakang unit ground floor adalah harta bersama semua pemilik dalam skim tersebut. Membina di atasnya tanpa kelulusan PBT boleh berakhir dengan arahan roboh atas kos anda sendiri.

"Tanah belakang rumah saya itu memang tidak boleh digunakan untuk apa apa pun, sebab itulah saya besarkan dapur sedikit di atasnya."

Itu tindakan sesuka hati.

Flat kos rendah adalah hartanah strata, dan hak milik anda hanyalah petak (parcel) yang tertera dalam pelan strata, iaitu setakat dinding unit itu sahaja.

Tanah di sekeliling blok, termasuk tanah kosong di belakang unit ground floor, adalah harta bersama (common property) milik semua pemilik dalam skim tersebut, di bawah JMB atau MC.

Hanya kerana unit anda yang paling dekat, itu tidak bermaksud anda pemiliknya. Ia ibarat membina porch kereta di dalam pagar padang permainan taman hanya kerana padang itu terletak di hadapan rumah anda.

Apakah kesalahan anda? Anda membuat binaan tanpa kelulusan daripada PBT, dan binaan itu boleh diarah roboh pada bila bila masa atas kos anda sendiri.

Ada dalam kalangan anda yang sama sama bingung akan bertanya, "Unit ground floor yang lain pun membuatnya, adakah semuanya akan dikenakan tindakan?"

Semua boleh dikenakan tindakan, cuma belum sampai giliran sahaja.

---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

02/11/2026

Kawasan Tinggi Permintaan Tetapi Bebas Kesesakan Adalah Kehendak yang Mustahil

Ramai pembeli rumah baru mahukan rumah di kawasan yang tinggi permintaan, pasarannya rancak dan harganya naik setiap tahun tetapi tidak mahu kawasan yang jalannya sesak. Hakikatnya, kedua dua kehendak ini tidak mungkin dipenuhi serentak.

"Encik Syakir, carikanlah saya rumah di kawasan yang ada demand, market hot dan kenaikan harga setiap tahun yang tinggi. Tetapi saya tidak mahu tempat yang jalannya sesak."

Ini antara permintaan yang paling pop**ar dalam kalangan pembeli pembeli rumah baru. Setiap kali menerima permintaan sebegini, saya akan jadi sesak nafas.

Cuba anda perhalusi syarat syarat yang diminta oleh pembeli seperti ini:

1️⃣ "Demand" bermaksud permintaan yang tinggi daripada pasaran.
2️⃣ "Market hot" merujuk kepada kawasan yang padat dengan permintaan serta penduduk.
3️⃣ "Kenaikan harga tinggi" adalah pertambahan nilai berikutan sifat "scarcity" dan permintaan yang melebihi penawaran.

Ramai orang membawa kepada banyak kenderaan, lalu lintas yang sibuk dan akhirnya jalan yang sesak. Memang begitu natijahnya dan ia tidak mungkin dapat dielakkan.

Ia ibarat meminta untuk melahirkan anak tanpa perlu menanggung beban mengandung selama lebih 9 bulan.

Satu pembolehubah (ramai orang) tidak mungkin wujud tanpa membawa kesan kepada pembolehubah yang lain (jalan sesak). Apabila ada "cause" (sebab), pasti akan ada "effect" (kesan).

Terima hakikat itu.



---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

02/11/2026

Membeli Rumah Terus Daripada Pemilik Tidak Semestinya Memberikan Harga Termurah

Jangan menyangka membeli rumah secara "direct owner" sentiasa akan memberikan anda harga yang termurah. Kebanyakan rumah yang dijual pada harga patut sebenarnya ada sumbangan kerja ejen di belakangnya.

Adakah tuan puan tahu betapa sukar dan mencabarnya kerja kerja ejen hartanah untuk mendidik dan memujuk pemilik pemilik rumah sehingga mereka bersetuju dengan harga jualan yang munasabah?

Pemilik rumah mempunyai ikatan emosi (sentimental attachment) dengan rumah mereka. Mereka akan sentiasa merasakan rumah mereka istimewa, tambah tambah lagi jika mereka sudah berbelanja besar untuk hiasan dan ubah suai.

Sebab itu pemilik rumah cenderung meletakkan harga mengikut emosi. Apabila ejen datang, mereka membawa data serta analisa untuk menentukan harga patut yang sesuai dengan nilaian semasa dan persaingan.

Jadi jangan terkejut jika saya katakan bahawa kebanyakan rumah yang dijual pada harga patut (saya tidak kata murah) adalah sedikit sebanyak hasil sumbangan ejen dan valuer yang membantu mengawal harga rumah pada trend yang munasabah.

Adakah anda masih berfikir untuk memintas ejen dan membeli secara "direct owner"?



---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

02/11/2026

Mengapa Urusan Pindahmilik Rumah Subsale Ada yang Cepat dan Ada yang Lama

Tempoh pindahmilik sebuah rumah subsale boleh mengambil masa seawal beberapa minggu, beberapa bulan, hinggalah bertahun tahun. Puncanya, terlalu banyak pembolehubah yang terlibat dalam urusan pindahmilik satu satu rumah itu.

Sebagai contoh, ada hartanah dengan sekatan yang memerlukan kebenaran sebelum boleh dipindahmilik. Proses, prosedur dan karenah birokrasi yang perlu dilalui untuk kebenaran ini p**a berbeza dari satu negeri ke satu negeri.

Begitu juga hartanah yang masih bercagar. Jika nasib tidak baik, urusan itu melibatkan sesetengah bank yang memang terkenal sebagai "lembab".

Belum lagi situasi situasi lain seperti hartanah yang melibatkan pusaka dan ketidakcekapan pihak yang mengurus, iaitu peguam, banker, pegawai pejabat tanah dan lain lain. Yang lebih utama adalah motivasi penjual dan pembeli itu sendiri, kerana ada yang acuh tidak acuh, bertangguh, sambil lewa dan berlebih kurang.

Semua ini menyumbang kepada cepat atau lambatnya pindahmilik satu satu hartanah itu.

Sebab itu saya selalu katakan, setiap hartanah adalah unik dan tidak boleh disamaratakan antara satu dengan yang lain. Anda tidak boleh membandingkan mengapa jiran dapat menjual rumahnya dalam masa yang singkat, sedangkan urusan anda p**a mengambil masa sehingga berjanggut dan beruban menunggu selesai.



---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

Kondominium di Kuala Lumpur Jauh Lebih Mampu Dicapai Berbanding Apartmen di SeoulRamai anak muda hari ini menjadikan Kor...
29/10/2026

Kondominium di Kuala Lumpur Jauh Lebih Mampu Dicapai Berbanding Apartmen di Seoul

Ramai anak muda hari ini menjadikan Korea sebagai kiblat hidup. Namun bagi anda yang selalu merungut rumah di Malaysia mahal dan pinjaman sukar diperoleh, realiti di Seoul akan membuatkan anda lebih bersyukur.

Ramai yang berangan hendak hidup seperti dalam K-drama: p**ang dari kerja menaiki subway, singgah membeli kopi, kemudian berehat di apartmen yang cantik. Dalam hati, ramai yang beranggapan Korea negara maju dan bergaji tinggi, jadi tentu mudah untuk orang Korea membeli rumah.

Hakikatnya tidak begitu.

Data ULI Home Attainability Index 2026 menunjukkan harga kondominium di Kuala Lumpur adalah 4.4 kali ganda pendapatan median isi rumah, dan masih dalam kategori mampu capai. Rumah landed di Kuala Lumpur p**a 18.4 kali ganda, jadi perbandingan yang adil adalah strata dengan strata.

Seoul mencatatkan 11.2 kali ganda. Maknanya, sebuah isi rumah perlu mengumpul pendapatan penuh selama 11 tahun, tanpa makan dan minum, barulah mampu membeli sebuah apartmen.

Bandar lain di Korea jauh lebih murah, iaitu Ulsan pada 3.1 kali ganda dan Busan pada 4.4 kali ganda. Cuma Ulsan jarang sekali muncul dalam K-drama.

Jangan p**a menyangka bank di Korea lebih bermurah hati kepada rakyatnya sendiri. Di Seoul dan kawasan terkawal, tempoh pinjaman perumahan maksimum hanya 30 tahun.

Di Malaysia, BNM tidak menetapkan had LTV bagi pinjaman rumah pertama, dan tempoh pinjaman maksimum adalah 35 tahun.

Bagaimana p**a dengan kadar faedah? OPR Malaysia kekal pada 2.75% sejak Julai 2025. Bank of Korea p**a menaikkan kadar asasnya kepada 3.00% pada Ogos 2026, jadi kos berhutang di sana lebih tinggi.

Peraturan di Korea juga kerap bertukar, sebanyak tiga kali antara Jun hingga Oktober 2025. Pinjaman Didimdol turut dikurangkan pada Jun 2025. Merancang cash flow dalam keadaan begini memang memeningkan.

Di Malaysia p**a, pembeli rumah pertama yang membeli rumah bernilai RM500k ke bawah mendapat pengecualian penuh duti setem bagi surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman, untuk perjanjian jual beli yang ditandatangani sehingga hujung 2027. Had LTV 70% hanya bermula pada pinjaman rumah ketiga, dan peraturan ini tidak berubah sejak November 2010.

The grass is not always greener on the other side. Keadaan di negara orang tidak semestinya lebih baik.

Cabaran membeli rumah pertama akan sentiasa ada. Jika anda sudah menemui rumah yang selesa, dan gaji serta DSR anda pun melepasi syarat, belilah mengikut kemampuan sendiri.

Dan bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia.

Sumber: ULI Asia Pacific Home Attainability Index 2026 (data 2025), BNM dan Bank of Korea (Ogos 2026), FSC Korea (2025-2026), data hutang isi rumah.



---
Syakir Zainol
Probationary Estate Agent PEA3833
013-363 7478
Legacy Real Property
Ejen Hartanah Berdaftar E(1)1925
[email protected]
hakmilikkekal.com

Ingatkan senang jual rumah sendiri. Rupanya tak semudah yang disangka.Rumah baru selesai diiklankan. Telefon mula berbun...
15/10/2026

Ingatkan senang jual rumah sendiri. Rupanya tak semudah yang disangka.

Rumah baru selesai diiklankan. Telefon mula berbunyi.

"Harga last berapa?" Mesej itu masuk pukul 11 malam. Esoknya, ada yang berjanji datang melihat rumah pukul 3 petang. Anda tunggu di rumah. Batang hidung tak muncul, mesej pun tidak berbalas.

Masa berlalu, akhirnya ada pembeli yang setuju dengan harga anda. Tapi selepas lama menunggu, baru anda tahu pinjamannya tak diluluskan kerana profil kewangan bermasalah.

Inilah peranan saya dalam membantu anda:

1. Harga ditetapkan berpandukan Teknik Analisis Perbandingan & Kajian Pasaran, bukan agakan.

2. Inkuiri pembeli saya layan, termasuk membuat tapisan awal tentang profil kewangan mereka.

3. Lawatan disusun pada masa yang anda persetujui.

4. Selepas tawaran dipersetujui, saya uruskan pindah milik dan pembiayaan bersama peguam dan bank.

Anda tidak perlu lagi melayan setiap panggilan atau menunggu di rumah untuk pembeli yang tidak berkualiti.

Tiada bayaran pendahuluan. Bertanya tidak bermakna anda terikat untuk melantik saya sebagai ejen. Perkhidmatan ini untuk pemilik yang BELUM melantik mana-mana ejen.

Syakir Zainol (PEA3833)
Legacy Real Property Sdn. Bhd. E(1)1925
013-363 7478

Address

No 41-1 Jalan BBN 6/3A, Desa Cempaka
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hakmilik Kekal by Syakir Zainol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hakmilik Kekal by Syakir Zainol:

Shortcuts

Share

Category

Nearby law practices