26/12/2024
Beli kereta atau rumah dulu?
Baru-baru ini saya ada mendapat mesej Whatsapp daripada seorang prospek.
Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai pekerjaan biasa-biasa.
Setelah membuat semakan kelayakan pembiayaan perumahan, saya dapati beliau mempunyai komitmen yang agak tinggi yang boleh menyebabkan permohonan beliau untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli rumah pertamanya akan gagal.
Beliau mempunyai komitmen pembiayaan kereta dan motor serta beberapa lagi komitmen yang masih berjalan.
Isteri p**a tidak bekerja.
Saya ada memberikan beberapa pilihan yang ada sebagaimana biasa. Pada asasnya, sama ada kurangkan komitmen atau tingkatkan pendapatan.
Namun akhirnya beliau memilih untuk tidak meneruskan keinginan untuk memiliki rumah buat masa ini kerana tidak mampu melaksanakan salah satu pilihan pun.
Banyak sudah kes sebegini yang kami sebagai ejen hartanah temukan. Kami dapati ramai yang tidak sanggup berkorban untuk menangguhkan sementara kehendak untuk memiliki kereta atau motor idaman bagi menyediakan kediamaan untuk keluarga.
Ianya berbalik kepada keutamaan.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana dalam hal ini keutamaan hidup kita mungkin berbeza.
Cuma jika keutamaan semasa kita adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang baik untuk keluarga, sudah pasti kita sanggup berbuat apa saja untuk yang tersayang.
Soalnya, apakah keutamaan kita?
Edy Syahrul Bin Omar
Ejen Hartanah Kuantan - RH Property Management
www.rumahlelongkuantan.com