09/02/2026
Kau datang tengok tapak projek.
Rumput liar dah setinggi pinggang.
Bayang jentera pun tak ada.
Bila siasatโฆ baru tahu pemaju dah lingkup.
Ini antara mimpi buruk paling ngeri bagi pembeli rumah.
Setiap bulan kau tetap kena bayar faedah bank, sedangkan rumah tu tak pernah wujud.
Menyesal macam mana pun, duit takkan berpatah balik.
Sebab tu sebelum kau serahkan walau seringgit duit booking, satu benda ni WAJIB kau buat :
๐ Check nama Pemaju dekat Senarai Hitam KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
KPKT sentiasa kemas kini senarai pemaju yang bermasalah dan tak berintegriti.
Kenapa pemaju boleh masuk blacklist? Antara sebab paling biasa:
1. Pemaju Projek Terbengkalai
Ini paling berisiko.
Pemaju jenis ni pernah ambil duit pembeli tapi projek terbengkalai sampai jadi bangkai.
Biasanya berpunca daripada masalah kewangan atau pengurusan yang lemah.
Kalau jumpa nama ni โ elakkan terus, jangan fikir dua kali.
2. Tak Bayar Kompaun
Mereka melanggar undang-undang perumahan, dikenakan denda oleh KPKT, tapi sengaja tak nak bayar.
Kalau dengan pihak berkuasa pun mereka tak hormat, kau rasa hak pembeli macam kau dorang akan jaga ke?
3. Pemaju Tanpa Lesen Sah
Ini selalunya kes penipuan.
Jual rumah, kutip deposit, tapi sebenarnya tiada Lesen Pemajuan Perumahan (APDL) yang sah.
Beli dengan pemaju macam ni sama macam serah diri tanpa perlindungan undang-undang.
4. Ingkar Arahan Tribunal
Pembeli lama buat tuntutan LAD sebab rumah lewat siap atau ada kecacatan.
Tribunal dah arahkan bayar, tapi pemaju buat bodoh.
Ini tanda jelas pemaju tu tak bertanggungjawab.
Cara nak semak:
1. Masuk website rasmi KPKT / Jabatan Perumahan Negara
2. Cari bahagian โSenarai Hitam Pemajuโ
3. Masukkan nama syarikat pemaju projek yang kau minat
Kalau nama mereka tersenarai โ simpan duit kau, cari projek lain.
Ingat satu benda:
Bank takkan kasihan bila projek terbengkalai.
Ansuran tetap kena bayar setiap bulan, tanpa alasan.
Jadi, jadilah pembeli yang bijak โ
bukan pembeli yang โasal nampak cantik terus beli.โ
๐ Follow aku kalau nak lebih banyak tips beli rumah dengan selamat.