AMR Pusaka Consultancy Khidmat Urus Pusaka Kuala Selangor

AMR Pusaka Consultancy Khidmat Urus Pusaka Kuala Selangor Konsultan Pengurusan Pusaka Kuala Selangor

23/06/2026

๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ—๐Ÿ–

๐๐ž๐ณ๐š ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ค๐š ๐๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง

Dalam amalan pentadbiran pusaka kecil, Seksyen 13 dan Seksyen 15 sering terlihat seolah-olah memperkatakan perkara yang sama. Namun sebenarnya kedua-dua seksyen ini mempunyai fungsi yang berbeza.

Terdahulu, melalui prosedur pendengaran di bawah Seksyen 12, Pegawai Pembahagian Harta Pusaka (PPHP) akan menyiasat dan menentukan siapakah benefisiari yang berhak menerima pusaka serta kadar bahagian masing-masing mengikut undang-undang yang terpakai.

Setelah itu, PPHP akan memasuki fasa pengagihan harta pusaka di bawah Seksyen 15. Pada peringkat ini, PPHP akan mempertimbangkan persetujuan, kompromi dan kehendak benefisiari serta pihak-pihak berkepentingan yang lain bagi menentukan bentuk pengagihan yang paling sesuai.

Persoalan yang diputuskan dalam fasa ini termasuklah siapakah yang menerima sesuatu harta, siapakah yang melepaskan haknya, bentuk pegangan yang akan diwujudkan serta sama ada pampasan atau kaedah lain perlu digunakan bagi menyelesaikan pembahagian. Ringkasnya, Seksyen 15 merupakan fasa di mana pengagihan harta pusaka dimuktamadkan.

Hanya selepas pengagihan diputuskan, PPHP akan beralih kepada Seksyen 13 untuk menentukan bentuk perintah yang sesuai dikeluarkan. Dalam keadaan biasa, PPHP akan mengeluarkan Perintah Pembahagian. Walau bagaimanapun, jika keadaan memerlukan, PPHP boleh mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir sama ada sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada Perintah Pembahagian.

Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes yang melibatkan harta tak alih yang masih belum mempunyai hakmilik individu atau hakmilik strata. Dalam keadaan sedemikian, pengagihan harta mungkin telah berjaya dimuktamadkan, namun Perintah Pembahagian belum dapat dikeluarkan kerana hakmilik yang akan menjadi subjek pendaftaran masih belum wujud.

Keadaan ini tidak bermakna pengagihan belum selesai. Sebaliknya, keputusan mengenai siapa yang berhak menerima harta dan kadar bahagiannya telah pun diputuskan. Apabila hakmilik kemudiannya dikeluarkan, waris boleh memfailkan Permohonan Berikutnya bagi membolehkan perintah lanjutan dikeluarkan dan didaftarkan dengan mengambil kira penentuan agihan yang telah dicapai sebelumnya.

Ringkasnya, proses membahagikan harta pusaka dan proses mengeluarkan perintah pembahagian bukanlah perkara yang sama. Seksyen 15 memberi kuasa kepada PPHP untuk menentukan pengagihan harta pusaka, manakala Seksyen 13 menyediakan instrumen perundangan bagi melaksanakan keputusan pengagihan yang telah dicapai.



29/05/2026
08/05/2026

๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ ๐š๐ญ๐š๐ฎ "๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ"?

Bukan semua pihak yang mendakwa telah membeli harta si mati secara automatik diiktiraf sebagai โ€œpembeliโ€ menurut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Mana-mana pihak yang membuat tuntutan sedemikian hendaklah benar-benar berjaya membuktikan bahawa dirinya memenuhi takrif โ€œpembeliโ€ sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 2 Akta 98.

Sekiranya pihak yang mendakwa tersebut gagal membuktikan statusnya sebagai โ€œpembeliโ€ menurut kehendak undang-undang, maka pembahagian terhadap harta yang dituntut tidak akan memihak kepadanya, sebaliknya akan diberikan kepada waris-waris si mati yang sah.



24/04/2026
PERKHIDMATAN PENYETEMAN/STAMPING Untuk pengetahuan, Stamping LHDN tidak lagi dilakukan secara fizikal ( SETEM HASIL/FRAN...
07/04/2026

PERKHIDMATAN PENYETEMAN/STAMPING

Untuk pengetahuan, Stamping LHDN tidak lagi dilakukan secara fizikal ( SETEM HASIL/FRANKING MACHINE PEJABAT POS) dan perlu melalui secara Online.

Mulai 1 Jan 2024 Setem Hasil tidak lagi dikeluarkan

Tidak mahir menggunakan sistem permohonan? Pihak kami sedia memberi perkhidmatan, agen Penyeteman berdaftar dalam sistem online eDuti Setem LHDN. Kami menawarkan servis Penyeteman/Sijil Setem Hasil bagi dokumen seperti berikut:

โœ“Perjanjian sewa beli
โœ“Perjanjian jual beli
โœ“Perjanjian sewa rumah
โœ“Perjanjian sewa tanah
โœ“Dokumen pindahmilik
tanah/saham/perniagaan
โœ“Dokumen Kontrak/Sekuriti
โœ“Dokuman Sumpah dan Ikrar
โœ“ Surat Ikatan
Dan lain-lain penyeteman dokumen berkaitan

Untuk penyeteman pastikan semua dokumen telah lengkap ditandatangani

sistem akan menjana sijil setem dalam bentuk pdf setelah selesai permohonan

Upah perkhidmatan tidak termasuk duti yang dikenakan oleh Kerajaan

https://wa.me/601115142248?text=StampingLHDN

https://wa.me/601115142248?text=StampingLHDN

Di manapun lokasi anda saya sedia membantu

Nak datang pejabat pun boleh
Lokasi di No 4 R&R Agrobazaar FAMA Batu 2 Kuala Selangor
https://maps.app.goo.gl/qrxxYF3mWX83NrAM8

AMR PUSAKA CONSULTANCY
EJEN ADMIN EDUTI SETEM

01/04/2026

SEMPURNAKAN IBADAH HAJI
Rancang Wasiat Anda di MAIS

Firman Allah SWT:

โ€œ(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya.โ€ (al-Nisa: 11)

Kenapa Wasiat Penting kepada Bakal Haji?

1. Kesedaran masih rendah
โ€ข Ramai bakal haji masih belum menyediakan wasiat walaupun memiliki harta.
2. Risiko kematian semasa musafir haji
โ€ข Persediaan awal ke atas sebarang kemungkinan adalah adalah penting untuk kebaikan.
3. Tuntutan agama
โ€ข Wasiat adalah sebahagian daripada pengurusan harta yang dituntut dalam Islam.
4. Isu harta beku
โ€ข Tanpa perancangan, harta pusaka berpotensi menjadi tidak dituntut dan beku.

Rancang harta anda dengan berwasiat.

Fahami berkenaan wasiat di https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/

Atau terus berwasiat di https://siswa.mais.gov.my/register

Jiwa tiada gundah, Ibadah jadi mudahโ€

27/03/2026

JADIKAN ZIARAH SYAWAL SEBAGAI RUANG BINCANG PENYELESAIAN HARTA PUSAKA YANG TERTANGGUH ADA HAK ORANG LAIN YANG PERLU DISELESAIKAN

Permohonan Harta Pusaka Kecil- Pembatalan Pentadbir dalam permohonan terdahulu rumah di Pekan Sabak Daerah Sabak Bernam ...
25/01/2026

Permohonan Harta Pusaka Kecil- Pembatalan Pentadbir dalam permohonan terdahulu rumah di Pekan Sabak Daerah Sabak Bernam Selangor

Terdahulu si mati mempunyai rumah yang masih ada hutang ketika permohonan tahun 2000

Surat Kuasa mentadbir pada tahun 2000 memerintahkan untuk Pempetisyen (isteri si mati) menjadi pentadbir untuk diselesaikan hutang si mati dan Pelepasan Gadaian keatas rumah

Ketika itu telah diputuskan untuk turun milik kepada 6 anak si mati

Oktober 2025 anak2 si mati meminta khidmat saya untuk semak fail ini semula kerana Gadaian telah dilepaskan,Geran asal telah diperoleh waris waris dan nama pentadbir telah didaftarkan dalam hak milik tersebut

Pentadbir/Pempetisyen telah meninggal dunia pada pertengahan 2025.

Salinan Perintah terdahulu perlu dibeli dari Pejabat Pembahagian Pusaka Kuala Selangor melalui Myland disebabkan tiada lagi perintah asal dalam simpanan waris waris. Fail lama juga perlu disemak oleh admin untuk proses pindahan data ke sistem Myland

Proses ini akan sedikit mengambil masa. Apabila pindahan data selesai barulah boleh buat permohonan di sistem Myland

AMR Pusaka Consultancy Khidmat Urus Pusaka Kuala Selangor

011-1514 2248 Urus Pusaka Tanjung Karang

Address

LOT NO 4 HENTIAN REHAT AGRO BAZAAR KUALA
Kuala Selangor
45000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601115142248

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMR Pusaka Consultancy Khidmat Urus Pusaka Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to AMR Pusaka Consultancy Khidmat Urus Pusaka Kuala Selangor:

Shortcuts

Share