Rafique Rashid Fan Club

Directions Website Contact the practice

Rafique Rashid Fan Club PERLEMBAGAAN NEGARA

Perintah Mahkamah1. Perintah Mahkamah adalah sah.2. Apa maksud perintah mahkamah yang diperolehi oleh PN pada 22 Oktober...
25/10/2026

Perintah Mahkamah

1. Perintah Mahkamah adalah sah.

2. Apa maksud perintah mahkamah yang diperolehi oleh PN pada 22 Oktober?

3 PN boleh jalankan aktiviti yang sebelum ini digantung. Boleh bertanding dan masuki pilihanraya KECUALI diketepi oleh mahkamah rayuan.

4.Maka mesyuarat dipanggil.

5.Kalau hendak bermadah, hadir dan cakap dalam mesyuarat.

6 Kalau tidak, jumpa sahaja di Melaka.

Rafique Rashid
25.10.2026

25/10/2026

SELAMAT PETANG DARI TUN M DAN PEJUANG TANAHAIR UNTUK SEMUA.

Sahabat PEJUANG ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil buat Allmarhumah Bonda Tun Hasmah Mohd. Ali di Pusara Negara, Persint 20, Putrajaya.

Di Sebalik Kegagahan Seorang Negarawan, Ada Kelembutan Seorang Isteri.

Kejayaan seorang lelaki di belakang pasti ada seorang wanita. Begitu pepatah lama berbunyi, dan ia bukan sekadar kata-kata pemanis mulut. Ia adalah sebuah kebenaran yang terbukti sepanjang sejarah.

2.Begitu jugalah dengan kejayaan . Nama beliau bukan sahaja harum di Malaysia, malah dihormati dan disegani oleh pemimpin seluruh dunia. Dari Tokyo hingga ke Washington, dari dunia Islam hingga ke benua Afrika, suaranya didengar. Fikirannya tajam, pendiriannya tegas, dan jasanya terlalu besar untuk negara.

3.Tetapi di sebalik ketegasan negarawan itu, berdirilah dengan penuh kelembutan, kesetiaan dan keanggunan seorang wanita yang luar biasa - Bonda Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

4.Jika Tun Dr. Mahathir bin Mohamad itu adalah bahtera yang mengharungi lautan bergelora, maka Tun Hasmah itulah sauhnya. Sauh yang memastikan bahtera itu tidak hanyut, tidak karam, walau sekuat mana pun ribut membadai.

5.Kita lihat sendiri. Di pentas dunia yang penuh protokol, Tun Hasmah tidak pernah kekok. Senyumannya yang manis, tutur katanya yang lembut, pakaiannya yang sentiasa sopan dengan kebaya dan selendang, serta budi bahasanya yang tinggi telah menjadi imej wanita Melayu dan wanita Malaysia yang sejati. Beliau tidak perlu menjerit untuk didengari. Cukup dengan kehadirannya yang tenang di sisi Tun Dr Mahathir sudah cukup membuatkan orang lain menghormati.

6.Apa yang lebih mengkagumkan kita, Tun Hasmah bukan sekadar isteri pemimpin. Beliau sendiri seorang doktor perubatan yang berjaya, seorang wanita berkerjaya, berpendidikan tinggi pada zaman di mana tidak ramai wanita Melayu berpeluang sedemikian. Beliau korbankan kerjaya peribadinya, beliau korbankan masa mudanya untuk menjadi tiang seri buat suami dan keluarga. Puluhan tahun menjadi isteri kepada seorang Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan kemudian Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat - itu bukan tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran yang luar biasa.

7.Setakat ini kita tidak terlihat atau terjumpa isteri kepada seorang Perdana Menteri yang sepertinya.

8.Ada isteri pemimpin yang s**a menonjol, s**a berfesyen lebih daripada suami, s**a campur tangan dalam urusan negara. Ada yang hilang sebaik sahaja suami hilang kuasa. Tetapi Tun Hasmah tidak.

9,Semasa Tun Mahathir berkuasa, beliau merendah diri. Semasa Tun Mahathir tidak berkuasa, beliau tetap setia. Semasa Tun disanjung, beliau tidak mendabik dada. Semasa Tun dicemuh dan diuji dengan pelbagai fitnah politik, beliau tetap berdiri teguh di sisi, memegang tangan suaminya dengan erat. Itulah definisi sebenar cinta dan setia hingga ke hujung nyawa.

10.Lihatlah bagaimana Tun Hasmah melayan rakyat. Tidak pernah membezakan darjat. Kanak-kanak didekati, orang tua disayangi, orang sakit diziarahi. Beliau memanggil rakyat dengan penuh kasih. Sebab itu rakyat juga memanggil beliau dengan gelaran paling ikhlas - "Ibu" dan "Nenek" kita. Kasih sayang itu tidak dibuat-buat.

11.Maka benarlah, di sebalik kehebatan Tun Dr Mahathir yang membina Menara Berkembar, membina Putrajaya, yang berani menegur kuasa besar dunia, ada seorang wanita bernama Siti Hasmah yang membina jiwa dan kekuatan dalaman Tun Mahathir itu sendiri.

12.Rakyat akhirnya sedar bahawa bukan mudah untuk mencari permata seperti Tun Hasmah. Sebab itu sehingga ke hari ini, selagi hayat dikandung badan, setiap hari masih ramai yang datang menziarahi beliau, bukan di pusara, tetapi di kediamannya.

13.Mereka datang kerana mereka rindu dengan kelembutan, rindu dengan kesopanan, dan rindu dengan keikhlasan seorang isteri Perdana Menteri yang tidak pernah meminta apa-apa untuk dirinya sendiri.

PERJUANGAN BELUM SELESAI

25 Oktober 2026

PETANG DARI TUN M DAN PEJUANG TANAHAIR UNTUK SEMUA.

23/10/2026
DOA & UKHWAHAlhamdulillah syukur kepadaNya, sebentar tadi saya, sahabat- sahabat handai serta para jemaah Masjid Al- Muh...
22/10/2026

DOA & UKHWAH

Alhamdulillah syukur kepadaNya, sebentar tadi saya, sahabat- sahabat handai serta para jemaah Masjid Al- Muhsinin, Kg. Telok Malek, Jitra telah selesai menyempurnakan majlis bacaan Yasin & Tahlil buat Allahyarhamah Ibunda Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.

Sesungguhnya saya amat terharu dengan penganjuran majlis seperti ini termasuklah juga dengan segala ucapan takziah dan doa serta ziarah yang tidak putus- putus ke pusara .

Terima kasih jua diucapkan kepada YAB MB Kedah, Dato’ Seri Mohammad Sanusi Md. Nor, YB Dr. Haim Hilman , YB Ashraf Mustaqim, Dato’ Wira Amiruddin Hamzah & Dato’ Aminuddin Omar yang turut hadir sama di dalam majlis.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.

𝗗𝗘𝗠𝗢𝗞𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗢𝗥𝗜, 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗧𝗜𝗞 𝗟𝗔𝗣𝗨𝗞 𝗟𝗔𝗚𝗜1. Hari ini, pendaftaran Perikatan Nasional dibatalkan oleh Jabatan Pendaft...
20/10/2026

𝗗𝗘𝗠𝗢𝗞𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗢𝗥𝗜, 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗧𝗜𝗞 𝗟𝗔𝗣𝗨𝗞 𝗟𝗔𝗚𝗜

1. Hari ini, pendaftaran Perikatan Nasional dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) serta merta.

2. Alasannya, konon ada pelanggaran Akta Pertubuhan dan perlembagaan gabungan.

3. Undang-undang mesti dipatuhi. Tidak ada pertikaian soal itu.

4. Tapi undang-undang juga mesti dilaksanakan dengan adil. Bukan hanya adil pada kertas, tapi wajib dilihat adil dalam prosesnya.

5. Pada 13 Oktober 2026, Mahkamah Tinggi beri kebenaran kepada PN untuk mulakan semakan kehakiman.

6. Pendengaran permohonan penangguhan p**a telah ditetapkan pada 22 Oktober 2026.

7. Tapi pada 20 Oktober 2026, pendaftaran PN sudah dibatalkan.

8. Dua hari lagi pun tidak boleh tunggu? Betul tak ada niat nak sekat hak demokrasi rakyat?

9. Apa alasan undang-undang yang kukuh? Jika ada, jelaskan kepada rakyat dan pertahankan di Mahkamah.

10. Persoalannya bukan sekadar sama ada ROS mempunyai kuasa. Persoalannya juga bagaimana, bila dan atas alasan apa kuasa itu digunakan.

11. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semua orang tahu dia pemangku Timbalan Presiden PKR, ada kewajipan tanggungjawab untuk jelaskan kebebasan ROS dalam membuat keputusan tersebut.

12. Kita pernah saksikan pertikaian mengenai penyalahgunaan kuasa pendaftaran pertubuhan terhadap sesuatu parti politik pada masa lalu.

13. Apakah kita sedang lihat sejarah yang berulang? Jangan malas belajar sejarah.

14. Kalau benar ROS bertindak secara bebas, tidak sepatutnya s**ar untuk menjelaskan proses dan asas keputusannya.

15. Lebih-lebih lagi bilamana pembatalan dibuat ketika proses kehakiman sedang berjalan dan pilihan raya negeri Melaka semakin hampir.

16. Apakah terdapat sebarang arahan atau campur tangan politik? Jika tiada, nyatakan dengan jelas. Itu pun rakyat tahu dan faham. Bukan mudah nak bohong rakyat.

17. Kerajaan tidak sepatutnya biar timbul persepsi bahawa kuasa pentadbiran digunakan untuk menyekat persaingan politik.

18. BERSATU p**a sambut keputusan tersebut dengan salahkan kepimpinan PAS.

19. ⁠Tak payahlah BERSATU berlakon terkejut lagi.

20. Setiausaha Agung BERSATU, Mohamed Azmin Ali, kata bahawa keputusan ROS bukti kegagalan tadbir urus PN.

21. BERSATU juga sebut tentang demokrasi, ketelusan dan hak parti komponen.

22. Baguslah. Semua itu prinsip yang penting.

23. Tapi kalau prinsip jadi ukurannya, semua tindakan dan pendirian BERSATU sendiri juga patut diperiksa guna ukuran yang sama.

24. Apakah kedudukan sebenar BERSATU terhadap kerjasama politik dengan Pakatan Harapan? Sibuk nak tubuh Ikatan Prihatin Rakyat untuk jadi tali barut pada Pakatan Harapan sedangkan sibuk mengaku masih parti komponen PN?

25. Laporan cadangan hubungan kerjasama antara BERSATU dan pentadbiran PH Selangor dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Takkan lupa?

26. ⁠Hubungan itu tak kabur. BERSATU paling tahu dan faham tentang soal kekaburan.

27. Adakah kerjasama tersebut mempunyai hubungan dengan pertikaian dalam PN? Atau kedua-duanya perkara yang berasingan?

28. Rakyat berhak dapat jawapan. Bukan sekadar kenyataan yang salahkan pihak lain.

29. Begitu juga dengan dakwaan bahawa pembatalan PN bermotifkan politik menjelang pilihan raya Melaka.

30. Dakwaan itu serius. Ia mesti diteliti berdasarkan dokumen, urutan kronologi tindakan dan keterangan yang boleh diuji.

31. ROS kata penjelasan PN tidak mencukupi. PN p**a pertikai proses pembatalan dan berhasrat mencabarnya di Mahkamah.

32. Maka biarlah alasan kedua-dua pihak diuji secara terbuka.

33. Demokrasi tidak jadi lebih kukuh bilamana keputusan pentadbiran dianggap sentiasa betul.

34. Ketelusan dan kebertanggungjawaban hampir hilang. Masih adakah lagi?

35. Kalau pembatalan itu sah, jelaskan asasnya. Kalau prosesnya cacat, betulkan melalui saluran undang-undang.

36. Kalau betul Pakatan Harapan dan BERSATU ini begitu yakin bahawa rakyat sokong pendirian masing-masing, adakan terus PRU-16.

37. Adakah kerajaan sedia sahut cabaran PRU-16 lebih awal supaya rakyat dapat beri mandat baru.

38. ⁠Keputusan mengenai pembubaran Parlimen tetap tertakluk kepada Perlembagaan. Tetapi perbahasan tentang mandat rakyat tidak sepatutnya ditutup.

39. ⁠Tapi semua tahu keputusannya, Pakatan Harapan dan BERSATU juara di media sosial bila kumpul emoji ketawa dari rakyat segenap lapisan.

40. Buatlah PRU-16. Rakyat pun sudah muak dan jelik dengan sandiwara kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

41. Demokrasi sebenar bilamana keputusan pentadbiran boleh dicabar di Mahkamah.

42. ⁠Mandat politik p**a akhirnya ditentu oleh kuasa pilihan rakyat.

Rafique Rashid
Ketua Pemerangan Pejuang
20.10.2026

20/10/2026

TAM J***T.

20/10/2026

SELAMAT TENGAHARI DARI TUN M UNTUK SEMUA.

Pqgi ni seperti biasa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad meluangkan masa pagi ke Pusara Almarhumah Tun Hasmah. Dan hari ini juga hari ke dua Tun M memulakan tugas kembali ke Pejabat.

Kemas.. Segak dan Hensem Negarawan 101 Tun Dr Mahathir Mohamad serta sihat dan bersemangat.

Apa apapun kita doakan bersama Tun M sentiasa sejahteraan dan diberkati Allah Swt dalam perjuangannya.

PERJUANGAN BELUM SELESAI.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rafique Rashid Fan Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rafique Rashid Fan Club:

Shortcuts

Share

Nearby law practices