18/11/2024
Waaahhh TNB makin garang yer sekarang?
Baru sebulan dah hantar notis merah nak potong bekalan!
1. Hari tu rumah mak abang, kat Keramat ni juga, seb bek abang tengah ziarah tengahari tu, kelam kabut juga la nak bayau online tang2 tu, tak lepas2. Al-maklumlah, rumah mak abang tu rumah kampung, tiada pagar, jadi budak TNB yang hantar surat merah tu, siap tunggu la.
2. Awalnya dia cakap nak potong terus! 😱😱😱. Abang dah jeling semacam dah. Baru sebulan jer kot? Takkan nak potong dah? Last2 dia tgk abang dok terkial-kial try bayar online, dia kata "Xpe, saya gerak dulu, tapi nanti bayar ek?" Abang "Ok"kan jer, masih terkial2 lagi masa tu 😅, tah apa masalah tah handphone ni.
3. Nak marah budak TNB tu pun, tak boleh, dia cuma menjalankan tugas yang diamanahkan. Nak marah TNB pun tak boleh juga, dah kau pakai api yang dia supply, bayau jelah 😔😔😔. Katanya walau sebulan pun tetap kena potong juga bagi bil2 yang lebih rm300. Try2 bayar online masih tak mau juga, abang gi kiosk TNB kat Melawati, bayau terus!.
4. Kes gambar ni sama jugak, 1 bulan baru tu. Kes rumah mak abang tu, adik2 tgh tggu gaji. Jadi Abang bayarkan dulu la. Rumah2 sewa abang, biasanya abang bayau 2-3 bulan sekali. Nak jaga cashflow geng 😅😅😅
5. Ok, gambar yang kat bawah ni, rumah sewa abang. Gegels bujang sewa. Tak campur jantina yer, haram! 😇😇😇. Nampak gaya abang kena garang gak la dengan penyewa2 kalau TNB camtu, sebab bil2 abang masih bayarkan. Nak bagi diorang bayau, sian p**ak gegels. (Abes la mem jeling balik ni kang 🤣🤣🤣)
6. Nota pusat: Saat posting ni up, abang dah bayar dah yer, menjerit2 gegels kang 🤭🤭🤭.
7. Hi, Saya Ebby Amran (tiruvasi teknik sifu Naz Daim bercerita 😅🙏🙏) abang s**a bercerita pengalaman dan pengetahuan tentang hartanah, perbankan, kewangan dan kehidupan. Sementelah abang dulu pun kerja bank 20+ tahun: retail, consumer, SME dan Business Banking serta berkecimpung dalam industri hartanah sejak zaman abang sekolah lagi, ikut2 ibu jaga rumah sewa arwah atuk. Sekarang abang buat biz bilik2 sewa sekitar KL serta agen hartanah berdaftar sekitar KL dan Selangor.
8. Nak cari bilik sewa dekat LRT, sila wasap mem abang. Kami ada beberapa rumah buat bilik2 sewa, Semua fully furnished dengan katil, tilam, kipas, dapur dan lain2. Bilik sorang2 ada, bilik sharing berdua pun ada, semua katil single bawah. Tiada double decker.
9. Majoriti rumah2 ni dekat sangat dengan LRT, jalan kaki pun tak sampai 10 minit, sekitar Keramat (Muslimah shj), Pandan Jaya, Pandan Indah dll. Jauh sikit dari LRT pun ada tapi dekat nak ke hentian bas, bas rapid, kat Teratai Mewah Setapak, Sri Nilam Bandar Baru Ampang dll. Tapi tak campur jantina setiap rumah tu yer serta hanya warganegara Malaysia.
10. Nombor mem? Usaha la cari, be resourceful la, jaman now semua info dihujung jari, tak kan semua nak suaaaappp jer 🤭🤭🤭
11. Ok nak gi Puchong j*p, ada member dari Penang dok contact2 2-3 hari ni, abang super busy merepair2 nak mantopkan rumah2 sewa, tak terjawab pastu terlupa 🥴🙏🙏🙏, kawan dia, juga di Penang nak letgo condo luas di Skyvilla D' Island. Dengar citer kawan abang ni, kesian lak kat owner tu, mcm dah terkena tipu jer. Beli harga mahal, dijanjikan bulan bintang, sekarang terpaksa letgo mur-mur. Kita edisi siasat rumah tu dulu 😅😅😅