Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan

Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan Sebuah NGO yang didaftarkan secara sah dan diwakili oleh Peguam-peguam Syarie Negeri Kelantan

21/08/2026
Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Percuma akan diadakan di Mydin Mall,Tunjong pada 22 /8/2026 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pa...
21/08/2026

Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Percuma akan diadakan di Mydin Mall,Tunjong pada 22 /8/2026 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tgh anjuran Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan (PPSK).

Sesiapa yang ada permasalahan undang-undang sivil dan syariah mengenai :
-perkahwinan
-pusaka
-hibah
-harta sepencarian
-nafkah
-tuntutan2 semasa & selepas perceraian
-hutang
-penderaan rumahtangga
-dll

Boleh hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat.Kami akan memberikan jalan untuk anda semua menyelesaikannya.

Pakat2 share yer...

Untuk memahami dengan jelas kehendak peruntukan-peruntukan dalam satu-satu enakmen atau akta, kita perlu ketahui apakah ...
13/08/2026

Untuk memahami dengan jelas kehendak peruntukan-peruntukan dalam satu-satu enakmen atau akta, kita perlu ketahui apakah niat atau hasrat penggubal semasa mendraftkan undang-undang tersebut.

Justeru, menyedari hakikat ini maka Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan (PPSK) telah menganjurkan program Pemahaman Enakmen Keluarga Islam Kelantan (EKIK)2025 yang telah diadakan pada 13 Ogos 2026 disampaikan oleh Tuan Mohd Nabil bin Dato' Mohd Shukri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas,Kelantan di H Elite Design Hotel,KB yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa teknikal semakan dan penggubal enakmen tersebut.

Enakmen tersebut telah diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri semasa sidang DUN, oleh itu amatlah wajar dan perlu dihadhamkan oleh Pengamal Undang-Undang Syariah terutamanya kita sebagai Peguam Syarie untuk persediaan awal sebelum ianya dikuatkuasakan sepenuhnya.

Alhamdulillah,pencerahan yang telah dikongsikan dalam program tersebut telah memberikan pemahaman dan gambaran yang jelas "crystal clear" untuk persediaan kami menggunapakainya semasa mengendalikan kes di mahkamah nanti.

Terima kasih kepada Tuan Mohd Nabil kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Assalamualaikum 😊Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan (PPSK) akan mengadakan program sebagaimana berikut:🔖 Seminar Pe...
02/07/2026

Assalamualaikum 😊

Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan (PPSK) akan mengadakan program sebagaimana berikut:

🔖 Seminar Pemahaman Enakmen Keluarga Islam (EKIK) 2025

👨🏻‍🏫Oleh:
Tuan Mohamad Nabil Bin Mohamad Shukri

🗓️Tarikh:
13/08/2026 (Khamis)

⏰Masa:
8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

🏢 Tempat:
Hotel H Elite Design Kota Bharu Kelantan

Semua ahli PPSK dijemput untuk menghadiri program ini.

Sila isi Borang Pengesahan Kehadiran sebagaimana berikut untuk persediaan urus setia.

https://forms.gle/FFnbr9XbFZ4mcPNH7

Sekian, Terima Kasih.

Sessi Uji Cuba Dry Run (Test) untuk Peguam Syarie   memfailkan kes dan membuat bayaran secara online melalui sistem eSya...
15/05/2026

Sessi Uji Cuba Dry Run (Test) untuk Peguam Syarie memfailkan kes dan membuat bayaran secara online melalui sistem eSyariah Versi 3 (ESV3) anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan telah diadakan pada 14/5/2026 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Dato' Seri Paduka Raja,Kompleks Mahkamah Syariah Kota Bharu,Kelantan dengan kerjasama dan tunjuk ajar wakil drpd Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Dua orang wakil daripada PPSK telah dijemput untuk menjayakan Sessi tersebut.Taklimat telah diberikan sebelum bermulanya sessi tersebut yang berlangsung mulai pukul 9.00 pagi hingga 1.00 ptg.

Sessi untuk taklimat kepada semua Peguam Syarie p**a akan diadakan selepas sessi Dry Test ini berjaya untuk membolehkan ianya dilaksanakan sepenuhnya.

Semoga ianya berjaya demi untuk menambahbaik sistem kepeguaman syarie dan kehakiman syariah di Kelantan ini.

Address

Kota Bharu
15150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097432622

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share

Category