09/06/2026
PUSPEN Bukit Mertajam Meriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya
PUSPEN Bukit Mertajam telah menyertai Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun 2026. Penyertaan ini melibatkan pengoperasian Booth 42 (HUB 4) yang mempamerkan produk keusahawanan serta hasil pemulihan klien melalui jenama S**A (kopi dan pastri)
Sepanjang program berlangsung, booth PUSPEN Bukit Mertajam telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, yang telah meluangkan masa meninjau aktiviti dan produk yang dipamerkan.
Selain itu, booth PUSPEN Bukit Mertajam turut mendapat perhatian media menerusi sesi temu bual bersama Nasional FM, yang memberi peluang untuk memperkenalkan peranan PUSPEN dalam aspek pemulihan, pembangunan kemahiran TVET serta keusahawanan sebagai medium pembinaan semula kehidupan klien.
Penyertaan dalam program ini bukan sahaja membuka ruang promosi produk keusahawanan PUSPEN, malah menjadi platform strategik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai usaha pemulihan dan pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
**ACoffee