Suriati Ghani

Call Directions Website Contact the practice

Suriati Ghani Memberi info berkaitan dengan masalah kekeluargaan Islam terutamanya tuntutan di Mahkamah Syariah.

Hubungi kami untuk khidmat nasihat guaman syarie

Hubungi : 0127777104

14/11/2026

Perkongsian di SINAR fm berkaitan kerjaya Peguam Syarie.

Segmen 30 Nama Inspirasi di Sebalik Cerita





10/11/2026

Ke mana nafkah anak di belanjakan?





POTONG GAJI BEKAS SUAMI DILULUSKAN + KOS PROSIDING KES DIBAYAR OLEH BEKAS SUAMI KERANA MENYUSAHKAN BEKAS ISTERI SEHINGGA...
04/11/2026

POTONG GAJI BEKAS SUAMI DILULUSKAN
+
KOS PROSIDING KES DIBAYAR OLEH BEKAS SUAMI KERANA MENYUSAHKAN BEKAS ISTERI SEHINGGA TERPAKSA MEMFAILKAN KES KE MAHKAMAH

Alhamdulillah ya Allah, lawyer sendiri pun berdebar sebenarnya bila tiba hari nak dengar keputusan hakim.

Berakhir kesengsaraan seorang ibu tunggal apabila Mahkamah luluskan permohonan potong gaji bekas suami untuk perlaksanaan bayaran perintah harta sepencarian.

Selama ini gaji ibu tunggal ini dipotong setiap bulan oleh pihak bank untuk bayaran bulanan rumah yang gagal dilaksanakan oleh bekas suami, namun permohonan ini dibuat supaya gaji bekas suami p**a dipotong oleh majikan & dimasukkan semula ke akaun bekas isteri setiap bulan untuk menggantikan semula gaji bekas isteri yang telah dipotong.

Bayangkan setiap bulan hampir rm1k potongan gaji bekas isteri dibuat yang mana berjumlah hampir rm30k, yang sepatutnya wang tersebut boleh digunakan untuk tampung keperluan anak-anak.

Biar bekas suami p**ak rasa macam mana gaji kena potong setiap bulan lepas ni, take over kesengsaraan itu..

Jangan susahkan orang, nanti susah yang kita dapat, kita mudahkan orang lain insyaAllah Allah mudahkan kita.





Ulang semula pentauliahan sijil Peguam Syarie Negeri Sembilan yang dah lama saya tak renew, ikutkan sijil Negeri Sembila...
03/11/2026

Ulang semula pentauliahan sijil Peguam Syarie Negeri Sembilan yang dah lama saya tak renew, ikutkan sijil Negeri Sembilan adalah sijil pertama saya perolehi sebelum sijil Peguam Syarie negeri lain, dalam tahun 2005, apakan daya tak renew kena mohon semula selepas 21 tahun!😂😂

Gara-gara khidmat diperlukan untuk handle kes di Negeri Sembilan, saya usahakan untuk mohon semula. Selama ini bos merangkap suami yang handle kes Negeri Sembilan, tapi ada juga anakguam yang mahukan Peguam Syarie wanita, tidak selesa katanya dengan Peguam Syarie lelaki.

Apa-apapun alhamdulillah dengan izin Allah saya dah boleh berkhidmat semula untuk kendalikan kes di mana-mana Mahkamah Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus.

Semoga dengan mandat yang diberi, saya dapat membantu masyarakat di Negeri Sembilan khususnya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya berlandaskan syariat Allah.

28/10/2026

Kesian anak yang 18 tahun keatas nak hadap ayah untuk kes tuntutan nafkah diri sendiri kat Mahkamah, dah macam mengemis nafkah dari ayah sendiri

22/10/2026

Kenapa perlu bercerai?
Dalam keadaan yang macam mana pasangan suami isteri memang patut bercerai?





18/10/2026

Harta nama suami pun boleh dituntut sebagai harta sepencarian?

Ini penjelasan dari peguam syarie, Peguam Suriati.

14/10/2026

Tak semua dakwaan nusyuz oleh suami di luluskan oleh mahkamah, jika isteri terima saman kes nusyuz, datanglah Mahkamah untuk bela diri dengan kemukakan alasan & pembuktian bahawa dakwaan suami tidak benar.





14/10/2026

Hakim sengaja melambatkan kes cerai saya? Kenapa asyik bertangguh? Kenapa tak sekali jalan je?

Peguam syarie, Suriati Ghani ada penjelasannya.

13/10/2026

Kesan jika nikah diam-diam tanpa kebenaran pejabat agama @ tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.





Address

Mohamad Azlin & Suriati Associates
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suriati Ghani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Suriati Ghani:

Shortcuts

Share

Nearby law practices