03/10/2023
Seseorang yang boleh dianggap mati..
Permohonan anggapan kematian boleh dipohon di Mahkamah Sivil mengikut Aturan 80 kaedah- kedah Mahkamah 2012 di mana seseorang yang sudah tidak dapat dijumpai, didengar khabar berita melebih 7 tahun boleh dianggap mati.
Ataupun, kejadian yang menyebabkan kematiannya diketahui, sebagai contoh kapal yang tenggelam di lautan, nelayan yang ke laut namun di dapati karam, namun mayatnya tidak dijumpai.
Ada juga keadaan yang kematiannya diketahui, ada kuburnya, namun tiada maklumat pendaftaran kematian didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Contohnya yang meninggal dunia sebelum kemerdekaan, sewaktu peperangan di Tanah Melayu, dan ada juga sewaktu dahulu di kawasan perkampungan, yang apabila berlaku kematian mereka tidak membuat laporan kematian di Balai Polis dan hanya menguburkan berhampiran rumah.
Dalam membuat sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah anggapan kematian, beberapa perkara yang perlu diambil tahu dan amat penting sebagai pembuktian.
1. HUBUBGAN PEMOHON DENGAN SI MATI
Kebiasaanya di dalam hal ini Pemohon adalah merupakan seseorang yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan si mati, contoh, pasangan suami atau isteri, anak, cucu cicit, anak saudara dan sebagainya. Perkara ini bagi memastikan Pemohon benar- benar mengetahui mengenai sejarah kematian si mati.
2. SAKSI
Saksi amat diperlukan dalam permohonan anggapan kematian. Kebiasaanya saksi adalah individu yang mengetahui perihal kematian si mati. Sama ada saksi itu pernah hidup sewaktu hayat si mati, atau saksi itu melihat pengkebumian si mati. Mahkamah juga perlu mengambil kira umur saksi pada waktu itu, adakah saksi dalam keadaan sudah boleh mentafsirkan apa yang berlaku pada waktu itu.
3. BUKTI DOKUMENTASI
Bagi mengukuhkan lagi permohonan anggapan kematian, pihak Pemohon perlu membuktikan kepada Mahkamah bukti dari segi dokumentasi sepeti sijil kematian, sijil kelahiran, sijil pernikahan yang membuktikan hubungan kekeluargaan dan salasilah kekuarga ( family tree) yang dapat menjelaskan kepada Mahkamah denga lebih terperinci.
Selain itu jika ada gambar dengan si mati ataupun keratan akhbar mengenai peristiwa kejadian atau kemalangan si mati juga boleha diekshibitkan di dalam affidavit sokongan Pemohon
Jika si mati diketahui di mana tempat pengkehumiannya, dan amsih wujud kubur si amti boleh diambil gambar kubur untuk diekshibitkan juga.
4. CARIAN DAN CABUTAN KELAHIRAN ATAU KEMATIAN DI JPN
Selalunya bukti dokumentasi yang dibawa oleh anakguam tidak lah selengkap mana.. selalunya mereka akan berkata.." mana ada saya simpan sijil lahir bapa saya puan.."
Maka di sini lah tugas Peguam untuk membantu membuat semakan dan cabutan kelahiran mahupun kematian di Jabatan Pendaftaran Negara. Cuma yang penting, maklumat kena lengkap, jika tidak, agak s**ar untuk menbuat semakan di JPN.
Oleh itu.. mulai hari ini kita semua kena cakna dengan maklumat ahli keluarga kita..
Kena ambil tahu..
Kalau anda tak tahu..
Macam mana Peguam nak bantu..
5. HARTA YANG MASIH DI ATAS NAMA SIMATI.
Selalunya tujuan anggapan kematian ini dipohon adalahn untuk menyelesaikan isu harta yang masih di atas nama si mati yang belum dipindah milik kepada waris- warisnya.
Pemohon dinasihatkan untuk mengemukankan salinan carian terkini harta yang masih di atas nama si mati untuk diekshibitkan sekali di dalam afiodavit supaya Mahkamah lebih jelas mengenai matlamat permohonan ini..
6.BEBAN PEMBUKTIAN
Untuk kes sebegini, tahap pembuktian adalah "balance of probability " iaitu imbangan kebarangkalian. Namun begitu, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mendapatkan lagi bujti-bukti yang menyakinkan sebelum membenarkan sesuatu permohonan..
Apabila Mahkamah telah berpuas hati dengan affidavit Pemohon dan saksi, barulah Mahkamah akan mengeluarkan Perintah Anggapan Kematian, di mana si amti itu dianggap telahpun mati.
Selalunya, Peguam akan memohon di dalam salah satu "prayers' untuk Perintah ini didaftarkan di JPN di bawah Seksyen 24 A (1) (2) dan Seksyen 24B Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (pindaan) supaya si mati direkodkan sudah meninggal dunia..
Inilah sedikit sebanyak perjalanan untuk membuat permohonan anggapan kematian.
Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Peguam menulis dari hati.
-AfrizahAziz-