Hairi Mustafa & Associates

Call Directions Website

Hairi Mustafa & Associates Need a lawyer syarie? We're here to help. We'll take you through the process, from filing your docum

📍 Khidmat Peguam Syarie/ Rundingan/ Persetujuan/ Nasihat.
📍 Penyediaan Dokumen Mahkamah/ Tuntutan/ Permohonan,
📍 Hibah/ Wasiat/ Harta Pusaka/ Harta Sepencarian/ Hak Isteri & Anak
📍 Isu Perkahwinan, Penceraian, Pembubaran, Hutang, Nafkah, dll..

"𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑰𝒛𝒊𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒎𝒂𝒕 𝑨𝒓𝒊𝒇, 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒓𝒊𝒇 𝒅𝒂𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒓𝒊𝒇. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝑴𝒂𝒊𝒛𝒂𝒍 𝑯𝒂𝒊𝒓𝒊 𝒃𝒊𝒏 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒇𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒊𝒋𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒓𝒉𝒂𝒎 𝑰...
20/09/2026

"𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑰𝒛𝒊𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒎𝒂𝒕 𝑨𝒓𝒊𝒇, 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒓𝒊𝒇 𝒅𝒂𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒓𝒊𝒇. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝑴𝒂𝒊𝒛𝒂𝒍 𝑯𝒂𝒊𝒓𝒊 𝒃𝒊𝒏 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒇𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒊𝒋𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒓𝒉𝒂𝒎 𝑰𝒓𝒉𝒂𝒎𝒊 𝒃𝒊𝒏 𝑻𝒂𝒊𝒃 𝑨𝒛𝒂𝒎𝒖𝒅𝒅𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑻𝒆𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒊𝒓𝒊 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒇𝒂 𝑨𝒔𝒔𝒐𝒄𝒊𝒂𝒕𝒆𝒔 𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒘𝒂𝒌𝒊𝒍𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒚𝒖 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒖𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑 𝒌𝒆𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒀𝑨 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑩𝒊𝒄𝒂𝒓𝒂 𝑴𝒂𝒉𝒌𝒂𝒎𝒂𝒉 𝑻𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒖𝒍𝒂𝒖 𝑷𝒊𝒏𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒔 𝑻𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒕𝒂 𝑺𝒆𝒑𝒆𝒏𝒄𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏."

Begitulah muqaddimah yang membuka tirai perjuangan kami. Ia melambangkan satu perjalanan yang agak panjang bagi kedua-dua belah pihak.

Kes induk tuntutan harta sepencarian ini mula difailkan pada tahun 2022, melalui fasa perbicaraan di hadapan dua (2) orang Yang Arif, sebelum akhirnya diputuskan pada tahun 2025.

Namun, perjuangan tidak terhenti di situ. Pihak Peguam Syarie Defendan menyambung langkah dengan memfailkan permohonan lanjut tempoh untuk memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pulau Pinang, memandangkan tempoh asal 14 hari telah pun tamat.

Setelah melalui beberapa kali sebutan di hadapan Panel-Panel Rayuan, pada 14 November 2025, Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan untuk membenarkan permohonan tersebut.

Demi keadilan, haluan diteruskan tanpa ragu. Peguam Syarie Perayu terus memfailkan Notis Rayuan, dan di sinilah bermulanya fasa di mana setiap langkah yang diambil dicabar satu persatu.

Namun, berbekalkan tekad dan keazaman demi amanah anak guam, telinga dipekakkan dan mata dibutakan dari setiap anasir yang cuba menjatuhkan. Kaki terus melangkah ke hadapan menangkis setiap cabaran yang mendatang.

Perjuangan ini bukan sahaja berlaku di ruangan kerja firma. Ia meleret hingga ke Bilik Peguam Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang. Di saat akhir, Otoriti-Otoriti Penghujahan Peguam Syarie Perayu disusun buat kali terakhir setelah Penghujahan selesai dicetak pada pagi hari kejadian—berbekalkan ihsan dan bantuan rakan-rakan bijaksana yang lain dalam beberapa jam terakhir sebelum ia rasmi difailkan pada 17 Mac 2026.

5 bulan berlalu dengan pantas setelah titisan dakwat 𝘱𝘳𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳 yang terakhir diperjuangkan. Debaran yang telah lama hilang muncul semula, menimbulkan keraguan di benak fikiran bersilih ganti hari selama sebulan menuju tarikh keputusan.

Akhirnya, Jumaat lalu (18/09/2026) menoktahkan segalanya.

Penghakiman ringkas yang dibacakan oleh 𝒀𝑨 𝑫𝒂𝒕𝒐' 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑨𝒅𝒊𝒃 𝒃𝒊𝒏 𝑯𝒖𝒔𝒔𝒂𝒊𝒏 bagi sebutan kes ketiga pada hari tersebut hadir umpama 𝘽𝒂𝙨𝒉𝙞‌𝒓𝙖𝒏 𝒘𝙖 𝙉𝒂𝙙𝒉𝙞‌𝒓𝙖𝒏. Berlandaskan ijtihad panel-panel rayuan, Rayuan Perayu diterima lantas meminda terus perintah kes induk yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Jika pada perintah asal tuntutan balas ditolak dan hak pembahagian sekadar dibahagi sama rata, keputusan rayuan ini melakarkan kejayaan besar. Harta-harta yang dinafikan sebelum ini telah sah diisytiharkan sebagai harta sepencarian dengan mengiktiraf sumbangan tidak langsung Perayu sehingga melayakkan 1/4 bahagian Perayu keatas harta2 tersebut, manakala hak bahagian Perayu ke atas aset utama diangkat melepasi kadar separuh sehingga mencecah 3/4 bahagian.

Terima kasih kepada seluruh pasukan dan semua rakan bijaksana yang membantu secara langsung mahupun tidak. Amanah anak guam, selesai dilunaskan. 🤲⚖️

Wallahua'lam

"Dalam setiap keterpaksaan, ada rahsia yang sering kali tersembunyi; sebahagiannya mungkin bermuara pada kebahagiaan, da...
31/12/2025

"Dalam setiap keterpaksaan, ada rahsia yang sering kali tersembunyi; sebahagiannya mungkin bermuara pada kebahagiaan, dan sebahagian lagi mungkin terhenti pada sebuah perpisahan.

Namun, kita harus percaya bahawa bukan semua perpisahan itu adalah satu pengakhiran yang mati. Adakalanya, ia merupakan 'pemangkasan' yang perlu bagi menumbuhkan tunas baru yang lebih segar, lebih kuat, dan lebih sihat untuk kita kembali menjalani kehidupan dengan jiwa yang baru."

Tahun 2025 meninggalkan kita dengan seribu satu pengajaran di dewan mahkamah. Antara yang paling berbekas di ingatan adalah sebuah kes yang cukup mendebarkan; apabila susuk wajah yang dinanti-nantikan sepanjang perbicaraan—pihak Defendan—akhirnya muncul di saat-saat akhir sebelum keputusan diputuskan.

Detik yang cukup mencemaskan, namun aturan Allah S.W.T itu Maha Hebat. Kehadiran yang tidak disangka itu rupa-rupanya menjadi kunci yang menjernihkan segala kekusutan. Ia bukan sahaja memberi noktah kepada penantian, malah sekaligus melepaskan bebanan tanggungjawab pihak keadilan dalam mencari kebenaran yang hakiki.

Alhamdulillah, sebuah penutup yang penuh hikmah buat kami di Hairi Mustafa Associates. Terima kasih 2025 atas segala ujian yang mendewasakan. Kami bersedia melangkah ke tahun baru dengan azam untuk terus tegak berdiri demi keadilan.

Bismillah, Assalamualaikum 2026.

Check out HairiMustafaAssociates’s video.

Address

Lot 02, Bangunan Mara Arked , Baling , Kedah Darul Aman
Tawar
09100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60102434143

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hairi Mustafa & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share