Mukmin Azmi & Co.

Mukmin Azmi & Co. Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙✨Kullu ‘am wa antum bikhairDi kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Hari ...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙✨
Kullu ‘am wa antum bikhair

Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.
Semoga lebaran kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat anda sekeluarga.

Ikhlas daripada,
Tetuan Mukmin Azmi & Co.
Peguambela & Peguamcara


Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Sem...
18/02/2026

Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan serta ganjaran yang berlipat ganda buat kita semua.


In the beginning of 2025  our firm received panelship from Majlis Agama Islam Perak.On the very last day of 2025 it ende...
01/01/2026

In the beginning of 2025 our firm received panelship from Majlis Agama Islam Perak.

On the very last day of 2025 it ended with our firm receiving new cases from Bank Islam.

We are honoured for the opportunity to serve the islamic finance community and will do our best for 2026.

-Mukmin Azmi & Co-

Di sini hari ini untuk penyaksian dokumen pindahmilik dan gadaian di hadapan penolong pegawai daerah.
15/12/2025

Di sini hari ini untuk penyaksian dokumen pindahmilik dan gadaian di hadapan penolong pegawai daerah.


MEMILIKI SENJATA TIRUANMemiliki atau mengimport senjata api tiruan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Sen...
26/11/2025

MEMILIKI SENJATA TIRUAN

Memiliki atau mengimport senjata api tiruan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda sehingga RM5,000.00, atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, elakkan membeli atau memiliki senjata tiruan, termasuk melalui mana-mana platform jualan dalam talian, yang pada masa kini amat mudah untuk diakses, walaupun hanya untuk tujuan koleksi. Perbuatan tersebut tetap merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

P/s:
Takrifan 'senjata' menurut Akta Senjata 1960 ialah:
-Apa-apa jenis senjata berlaras yang boleh melepaskan tembakan, peluru, letupan kecil atau apa-apa bentuk tembakan lain, dan yang boleh diubah suai supaya boleh menembak.

-Apa-apa jenis letupan, peluru atau tembakan lain yang boleh dilepaskan oleh senjata tersebut.

-Apa-apa senjata yang direka, diubah suai, atau boleh diubah suai untuk menembakkan apa-apa cecair berbahaya, gas, atau bahan lain.

-Ini termasuk senapang angin, pistol angin, senapang automatik, mana-mana komponen atau bahagian senjata-senjata itu, serta apa-apa aksesori yang direka atau diubah suai untuk mengurangkan bunyi tembakan.




MEMILIKI BARANG CURI SECARA KHIANATMemiliki barang curi dengan pengetahuan, atau mempunyai alasan munasabah untuk memper...
20/11/2025

MEMILIKI BARANG CURI SECARA KHIANAT

Memiliki barang curi dengan pengetahuan, atau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa barang tersebut adalah barang curi, merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan:

• Penjara sehingga 5 tahun; atau
• Denda: atau
• Kedua-duanya sekali.

Bagi kes melibatkan kenderaan atau komponen kenderaan, hukuman adalah lebih berat. Jika disabitkan, tertuduh boleh dikenakan:

• Penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun; dan
• Boleh juga dikenakan denda.



RESISTING ARRESTMenghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, termasuk cuba mengelak daripada ditahan oleh pihak ...
13/11/2025

RESISTING ARREST

Menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, termasuk cuba mengelak daripada ditahan oleh pihak polis dengan menggunakan kekerasan, adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua (2) tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.



Kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan:Perbuatan memecah masuk rumah dengan niat untuk melakukan sebarang kesala...
04/11/2025

Kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan:

Perbuatan memecah masuk rumah dengan niat untuk melakukan sebarang kesalahan merupakan satu jenayah serius.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda.

Sekiranya niat utama adalah untuk mencuri, hukuman boleh meningkat sehingga penjara 14 tahun.
Bagi kesalahan berulang, pesalah juga boleh dikenakan denda dan sebatan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Pasca banjir di Taiping, kami dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa...
27/10/2025

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Pasca banjir di Taiping, kami dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa ialah seorang ibu yang sedang sarat mengandung. Malangnya, hampir semua barang keperluan bayinya telah dibawa arus deras ketika banjir melanda.

Semalam, ibu tersebut telah selamat melahirkan anak lelaki, dan hari ini pihak kami sempat menghulurkan sedikit sumbangan berupa barang keperluan bayi.

Kami difahamkan bahawa bayinya kini dimasukkan ke NICU akibat masalah pernafasan. Mohon doa daripada warga Taiping agar ibu dan bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan dapat pulang ke rumah.

Pray for Taiping ❤️

-Tetuan Mukmin Azmi & Co-

Peguam kami, En. Ahmad Mukmin Aimi Bin Dato Azmi, telah dijemput oleh Persatuan Delegasi Jururawat Malaysia bagi menyamp...
18/10/2025

Peguam kami, En. Ahmad Mukmin Aimi Bin Dato Azmi, telah dijemput oleh Persatuan Delegasi Jururawat Malaysia bagi menyampaikan perkongsian berkaitan peranan penting jururawat sebagai saksi di mahkamah, khususnya dalam kes-kes melibatkan pengamal perubatan.

Perkongsian ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman para jururawat mengenai tanggungjawab, hak dan prosedur apabila dipanggil sebagai saksi di dalam perbicaraan di Mahkamah.

Kami berterima kasih atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga bermanfaat buat semua yang terlibat dalam dunia kesihatan.

———————————————————

Our lawyer, Mr. Ahmad Mukmin Aimi Bin Dato Azmi, was invited by the Delegation of Nurses Association to deliver a talk on the importance of nurses serving as witnesses in court, particularly in cases involving medical practitioners.

The session aimed to raise awareness and understanding among nurses regarding their responsibilities, rights, and procedures when called upon as witnesses in legal proceedings.

We would like to express our appreciation for the invitation and collaboration. May this knowledge benefit all those involved in the healthcare sector.




Nasihat yang paling utama buat orang awam ialah jangan TANDATANGAN sebarang dokumen tanpa memahami isi kandung dokumen t...
22/07/2025

Nasihat yang paling utama buat orang awam ialah jangan TANDATANGAN sebarang dokumen tanpa memahami isi kandung dokumen tersebut secara keseluruhannya.

Sila dapatkan nasihat peguam sebelum menandatangani apa apa dokumen bagi memastikan hak anda tetap terpelihara.





Address

No 11, 1st Floor, Lorong 1, Taman Bukit Mas
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mukmin Azmi & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mukmin Azmi & Co.:

Share