Zainal Azahar & Co

Zainal Azahar & Co Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zainal Azahar & Co, Property lawyer, No. 21B, Tingkat 2, Jalan Mawar 2, Taman Pekan Baru,, Sungai Petani Darul Aman, Sungai Petani.

Temujanji bersama klien untuk mencari jalan penyelesaian melibatkan sebidang tanah yang diceroboh.Andai kata tiada kerja...
02/01/2026

Temujanji bersama klien untuk mencari jalan penyelesaian melibatkan sebidang tanah yang diceroboh.

Andai kata tiada kerjasama antara pihak², maka.. tindakan mahkamah akan diambil oleh tuan tanah.

Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dr sebelumnya..
02/01/2026

Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dr sebelumnya..

Temujanji dengan anakguam untuk urusan litigasi.. Untuk urusan yang melibatkan sebarang tuntutan sivil.. sesuatu dokumen...
31/12/2025

Temujanji dengan anakguam untuk urusan litigasi..

Untuk urusan yang melibatkan sebarang tuntutan sivil.. sesuatu dokumen sangatlah penting untuk kita semak satu per satu bagi menentukan merit kes anakguam.

Sebab tu kena ingat selalu.. andai kta ada apa² urusan dibuat antara pihak².. pastikan ada dokumen bertulis untuk memudahkan urusan / rujukan di masa depan.

Pihak peguam boleh cuba membantu /menasihati anakguam sebaiknya seandainya ada sumber / dokumen untuk dirujuk.

Hari ni kita ada 3 temujanji yang melibatkan perjumpaan di pejabat tanah untuk membuat penyaksian hakmilik (tanah rezab ...
31/12/2025

Hari ni kita ada 3 temujanji yang melibatkan perjumpaan di pejabat tanah untuk membuat penyaksian hakmilik (tanah rezab melayu)

Kadang² mungkin ada diantara pembeli / penjual yang masih baru (pertama kali) dan tidak pasti tentang urusan jual beli.

Jadi.. kita bantu klien kita di pejabat tanah untuk memudahkan urusan mereka.

Temujanji untuk menandatangani dokumen pembiayaan pada hari ini.. Biasanya penerangan sesuatu perjanjian akan mengambil ...
31/12/2025

Temujanji untuk menandatangani dokumen pembiayaan pada hari ini..

Biasanya penerangan sesuatu perjanjian akan mengambil masa lebih kurang 20minit dan selepas itu sesi Q & A bagi membolehkan both parties betul² memahami apa dokumen yang ditandatangani..

Alhamdulillah selesai semua appointment hari ini dengan baik..

08/09/2025

Selepas sesuatu urusan pendaftaran dibuat di Pejabat Tanah.. pembeli / peminjam akan diberikan 1 set salinan dokumen untuk simpanan sendiri (perjanjian jual beli, dokumentasi pembiayaan, salinan fotostat geran)

Apabila masing-masing telah menerima dokumen tersebut, pastikan pembeli / peminjam semak nama pada dokumen yang diberikan sebelum dibawa pulang.

Ada kalanya semasa dokumentasi itu ditandatangani, tiada kesilapan yang dicatat pada bahagian nama, kad pengenalan dan/atau alamat.

Tetapi, kemungkinan pada ketika pendaftaran dibuat di Pejabat Tanah, ada beberapa kesilapan nama didaftarkan di dalam geran.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita semak dokumen tersebut bagi mengelakkan masalah di masa depan.

Pihak kami juga telah beberapa kali menerima arahan daripada pihak ketiga untuk membuat pembetulan terutamanya pada bahagian nama.. contohnya..

Nama sebenar : NUR AMIRA BINTI AMIR HAMZAH
Nama dalam geran : NOR AMIRA BINTI AMIR HAMZAH.
(kesilapan pada NUR dan NOR)

Apabila terdapat kesilapan pada satu abjad pada nama samada pemilik @ pembeli @ peminjam.. maka adalah penting untuk peguam terbaru yang menyediakan satu (1) Surat Akuan tambahan yang mana ianya perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah sebelum didaftarkan di Pejabat Tanah..

Oleh yang demikian, semasa peguam menyerahkan dokumen untuk simpanan pemilik hartanah / pembeli hartanah / peminjam, sila pastikan nama yang dicatatkan adalah nama yang sebenar untuk memudahkan urusan di masa hadapan.

Advice klien untuk upgrade cara penyediaan quotation dan invois. Ada beberapa customer telah berurusan dengannya sebelum...
29/07/2025

Advice klien untuk upgrade cara penyediaan quotation dan invois.

Ada beberapa customer telah berurusan dengannya sebelum ini namun seringkali delay the payment.

Ada kalanya kerja da selesai 2-3 bulan tetapi bayaran masih tertangguh.

Bukan jumlah yang kecil ya.. almost RM5k .. satu jumlah yang sangat besar untuk peniaga kecil.

Tuntutan telah dibuat sebelum ini namun masih tidak diendahkan.

Hari ini dia datang ke pejabat dan bgtaw customer itu telah membuat bayaran penuh.. alhamdulillah..

Walaupun.. mcm² alasan customer itu bagi tp akhirnya bersyukur juga la bayaran itu diselesaikan dengan cara baik.

Oleh yang demikian.. ak sudah advice dia mula minta deposit daripada customer sebelum memulakan kerja.

Keduanya.. sediakan quotation dan invois yang lengkap dengan tandatangan yang menunjukkan both parties agreed to the stated price.

Dia tanya.. nant klo customer tak nak bayar mcm mana..

Saya kata buat dlu.. xdak harm pun.. klo servis u okay.. insya allah orang akan mai..

Nant u edit semula sebutharga ni mcm mana yang saya ajar...

Next time bila ada orang minta quotation utk apa² kerja .. pastikan u bagi quotation yang i ajar ni.

Harap² ilmu ini dapat memudahkan urusannya selepas ini..

Semalam mereka di Langkawi.. sampai di Sg Petani lebih kurang jam 10malam.. Hari ni masih ada kes yang perlu diteruskan....
29/07/2025

Semalam mereka di Langkawi.. sampai di Sg Petani lebih kurang jam 10malam..

Hari ni masih ada kes yang perlu diteruskan..

Another final discussion sebelum zoom bermula.

Jika 5 tahun lepas.. ada muka senior lawyer yang menerajui firma ini tetapi kini firma ini diuruskan oleh 6 anak muda dan 10 pembantu pejabat yang berpengalaman.

Pengalaman demi pengalaman mematangkan setiap daripada mereka untuk terus menjadikan diri mereka mempunyai nilai tersendiri.

Semasa di awal² pekerjaan dalam dunia perundangan... ia merupakan waktu untuk kita mengumpul sebanyak- banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Ya benar.. tidak semua benda kita akan tahu dengan mudah.. kita kena percaya dengan kebolehan dan kemampuan diri kita sungguhpun ia akan mengambil masa.

Trust me.. setiap daripada kita mempunyai kemahiran khusus dan skill tersendiri..

Melalui penglihatan mata kasar .. they are developing to be better in their career.

Menang atau kalah dalam setiap kes bukan isu.. tetapi apa yang kita nasihatkan kepada anakguam itu yang penting.

Untuk makluman.. kadang² apabila seorang peguam mendengar luahan anakguam terhadap sesuatu kes.. mereka ini bukan mendengar semata mata..

Sebaliknya.. mereka ini mendengar dan menilai potensi merit yang ada di dalam kes anakguam.

Jika kes itu meritnya tinggi, potensi untuk kes itu berpihak kepada kita adalah tinggi.

Namun, jika merit kes itu rendah.. kita juga akan menerangkan apa risiko yang mungkin berlaku kepada anakguam.

Nasihat perundangan ini penting untuk memastikan anakguam clear dengan situasi yang bakal mereka hadapi.

Oleh itu.. jangan sesekali tanya peguam..

"Kalau saya lantik puan sebagai peguam saya.. kita confirm akan menang kan"

Xdak 1 peguam pun boleh memberi jaminan kemenangan itu berpihak kepada siapa sebab tugas peguam adalah berhujah dan meyakinkan Mahkamah bahawa anakguam adalah innocent @ memohon untuk meringankan sesuatu hukuman namun yang akan membuat keputusan adalah sorang Hakim.
.. Nota : setiap peguam dan pembantu pejabat akan menjalankan kes mereka dengan baik.. namun menang atau kalah bukan terletak di tangan mereka.

Ada orang nampak .. weih seronoknya beli tiket g Langkawi.. tp apa yang orang xnampak adalah..Sebuah Beg yang penuh deng...
29/07/2025

Ada orang nampak .. weih seronoknya beli tiket g Langkawi.. tp apa yang orang xnampak adalah..

Sebuah Beg yang penuh dengan evidence..
Sebuah Beg yang penuh dengan nota..
Sebuah Beg yang penuh dengan case law..

Persediaan berbulan² telah dibuat..
Perbincangan demi perbincangan telah didengarkan..
Lontaran idea demi idea telah disuarakan..

Namun .. senyuman yang akan mengubah segala lelah kepada kepuasan selepas hari² tersebut berjalan dengan lancar.

Perjalanan mereka masih jauh.. masih ada tarikh lagi untuk didiarikan dan dihadiri..

All the best ..

02/06/2025

"Kita boleh berhutang ... jika kita mampu membayar hutang?
apa maksud ayat diatas?

Jika kita tidak mampu membayar hutang.. jangan sesekali kita berhutang..

Banyak sangat lately nie kes kat Mahkamah melibatkan tuntutan daripada perjanjian persahabatan bersama.

Ada yang meminjam RM200,000-00 selama 3 tahun dan akhirnya pada bulan ke-6 tahun pertama.. si peminjam sudah tidak mampu untuk membayar pinjaman tersebut atas alasan business tak okay.

Si peminjam itu tadi memohon tempoh lanjutan untuk menjelaskan bayaran tersebut dan tempoh tersebut diberikan oleh pemberi hutang.. namun sekali lagi si peminjam tadi gagal untuk membayar ansuran pinjaman tersebut.

Dalam situasi diatas.. apabila si peminjam tadi meninggal dunia..
Hutang tersebut WAJIB diselesaikan dengan harta si mati sebelum harta tersebut difaraidkan.

Andai kata harta si mati tadi tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang tersebut, makanya jika terdapat waris yang mampu dan rela.. waris tersebut boleh menjelaskan hutang si mati.

Tetapi if.. waris tidak rela dan tidak mampu membayar hutang simati.. makanya.. hutang yang tertangguh dan tidak terbayar tadi akan ditanggung oleh si mati di akhirat.

Semasa hari bicara di Pejabat Pusaka, pihak yang mempunyai kepentingan boleh menyuarakan tuntutan tersebut di hadapan Hakim dan ianya akan dipertimbangkan sebelum keputusan / Perintah Pembahagian Harta Pusaka dibuat.

02/06/2025

Ramai yang ralit.

Bila da selesai buat bayaran keseluruhan pinjaman rumah dekat bank, sila uruskan proses melepaskan gadaian dengan pihak bank.

Jika berlaku kematian kepada peminjam sebelum urusan
melepaskan gadaian.. pihak bank hanya akan mengeluarkan geran tersebut selepas Perintah daripada Pejabat Pusaka diperolehi oleh waris.

Adakah pihak bank boleh menguruskan urusan pengeluaran Geran asal dengan menggunakan sijil kematian semata-mata?

Tidak boleh.

Pihak kami sebelum ini pernah memohon geran asal daripada bank berserta Borang 16N untuk ditandatangani oleh pegawai bank, namun pihak bank mahukan dokumen berikut terlebih dahulu :

1) surat perlantikan peguamcara bagi urusan discharge of charge (melepaskan gadaian)
2) Borang 16N
3) Sijil kematian (jika peminjam meninggal)
4) Perintah Pusaka daripada Pejabat Pusaka
5) Surat Kuasa Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi

Sebab itu if kita boleh proses awal.. selesaikan awal urusan tersebut.

Sekadar berkongsi..

Jarang-jarang nak dapat kes yang rare bg saya sebab mostly kes yang rare ini mahal kosnyaaa.. Dalam tempoh 10 tahun berg...
23/05/2025

Jarang-jarang nak dapat kes yang rare bg saya sebab mostly kes yang rare ini mahal kosnyaaa..

Dalam tempoh 10 tahun bergelar peguambela dan peguamcara..lebih kurang 5 kali saja saya dapat menguruskan permohonan untuk anggapan kematian di Mahkamah Tinggi dan semuanya dapat diselesaikan sehingga kepada bahagian waris-waris.

Cuma ada 1 yang tidak dapat diselesaikan atas sebab-sebab tertentu dan waris juga sedia maklum.

Awal tahun ni, dapat satu klien yang berhasrat untuk menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka.

Setelah diteliti, terdapat 4 lapisan yang perlu dilalui untuk mendapatkan bahagian pusaka.

Kita xboleh skip bahagian tertentu (sembunyi waris) semata-mata sebab kita nak bahagian pusaka itu turun lebih banyak pada kita.

Jadi, dokumen itu penting!! Kita tak boleh skip sebab kita akan amek bahagian / hak waris lain.

Oleh yang demikian, kita akan soal dulu.. mana dokumen ini.. mana dokumen itu..

Biasanya pemohon atau waris akan start bebai jika mereka tidak mempunyai dokumen yang lengkap namun jika mereka bersabar.. jalan untuk kita buat mungkin ada.

Sebagai contoh.. semasa kita collect dokumen, ada dokumen si mati (meninggal lebih 30 tahun) tidak berada dalam simpanan.

Jadi, di sini kita dah advice.. permohonan anggapan kematian perlu dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu dan kita juga kena check dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan beberapa butiran penting dengan pihak jabatan tersebut.

Jika waris enggan membuat permohonan tersebut, saya akan menolak kes tersebut kerana saya tidak mahu terlibat dengan perkara tersebut.. bukan saya tidak mahu memudahkan urusan waris tetapi ini bukan cara saya..

Oleh yang demikian, saya akan berterus terang saja dengan anakguam saya .. kemungkinan besar memang permohonan tersebut akan tergantung juga..

Namun, jika waris memberi kerjasama.. saya okayy.. saya boleh buat kerja selagimana ianya dalam pengetahuan saya ..

Kerja banyak bukan menjadi masalah kerana saya pun happy nak membantu kerana itu adalah rezeki..

Tidak dinafikan, kos untuk permohonan tersebut agak tinggi namun sekiranya perkara ini tidak diatasi, perintah pembahagian harta pusaka tidak boleh diselesaikan.

My advice, jika berlaku kematian waris yang kita sayang.. ingat.. permohonan pembahagian harta pusaka tetap kena buat awal untuk mengelakkan masalah pertindihan mcm ini.

My advice untuk hari jumaat ini..

Address

No. 21B, Tingkat 2, Jalan Mawar 2, Taman Pekan Baru,, Sungai Petani Darul Aman
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6044215132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zainal Azahar & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Zainal Azahar & Co:

Share