Peguam Syarie Muhd Afif

Peguam Syarie Muhd Afif "PAKAR GUAMAN SYARIE PENANG &
KEDAH"

PUTUS TUNANG- BOLEH TUNTUT KERUGIAN ?
03/10/2025

PUTUS TUNANG- BOLEH TUNTUT KERUGIAN ?

27/07/2025

Adakah Koperasi Boleh Memberi Pinjaman atau Pembiayaan?

Ramai yang bertanya sama ada koperasi dibenarkan untuk memberi pinjaman atau pembiayaan kepada individu. Soalan ini penting kerana ramai ahli koperasi dan orang awam yang terlibat dengan pinjaman koperasi sama ada sebagai peminjam atau penjamin. Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas berdasarkan peruntukan Akta Koperasi 1993 yang tertentu, dengan menekankan siapa yang layak menerima pembiayaan dan apa batasan undang-undangnya. Jika anda pernah terima atau bercadang memohon pinjaman koperasi, anda perlu tahu perkara ini.

1. Koperasi boleh memberi pinjaman atau kemudahan pembiayaan termasuk pembiayaan Islam kepada pihak tertentu, tetapi ia tertakluk kepada had dan syarat yang dinyatakan secara jelas dalam undang-undang. Ini termasuk arahan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta peraturan dalaman (by-laws) koperasi itu sendiri.

2. Menurut Seksyen 51(1) Akta Koperasi 1993, hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang boleh menerima pembiayaan koperasi, iaitu: (a) ahli koperasi, (b) kakitangan koperasi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif jika dibenarkan oleh skim perkhidmatan mereka, (c) anak syarikat koperasi yang didaftarkan mengikut seksyen 19(2), dan (d) koperasi lain yang mendapat kelulusan daripada SKM. Semua kemudahan ini mesti mematuhi arahan dan panduan rasmi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

3. Oleh itu, koperasi tidak boleh memberi pinjaman atau pembiayaan kepada orang luar atau bukan ahli, kecuali dalam kes-kes tertentu yang dinyatakan oleh undang-undang atau jika ada kelulusan khas daripada SKM.

4. Sekiranya koperasi melanggar peruntukan ini, ia boleh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

5. Pengecualian kepada larangan ini diberikan di bawah Seksyen 51(2). Seksyen ini menyatakan bahawa larangan dalam subseksyen (1) tidak terpakai sekiranya pembiayaan itu dibuat dalam urusan perniagaan koperasi seperti yang dibenarkan dalam undang-undang lain yang mengawal operasinya, atau dibuat selaras dengan undang-undang kecil (by-laws) koperasi.

6. Ini bermakna terdapat ruang tertentu yang membolehkan koperasi memberi pembiayaan secara sah walaupun kepada pihak luar, jika ianya selaras dengan skop operasi yang dibenarkan.

7. Berkenaan dengan kemudahan pembiayaan yang diberikan kepada ahli p**a, contoh kemudahan pembiayaan yang lazim diberikan oleh koperasi termasuklah pinjaman peribadi kepada ahli dengan potongan gaji (contohnya melalui ANGKASA), pembiayaan kenderaan, pembiayaan pendidikan, dan pembiayaan perniagaan kecil-kecilan untuk ahli koperasi.

8. Semua kemudahan ini biasanya datang dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan lebih mudah dipohon berbanding institusi kewangan biasa.

9. Jika seorang ahli gagal membayar pinjaman, koperasi berhak menuntut semula hutang tersebut melalui tindakan undang-undang. Ini boleh dilakukan sama ada dengan memfailkan tuntutan di Mahkamah atau menggunakan saluran pertikaian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 82 Akta Koperasi 1993.

10. Oleh itu, walaupun koperasi adalah entiti berasaskan ahli, ia tetap mempunyai hak dan perlindungan undang-undang seperti institusi kewangan lain untuk menuntut hutang yang tertunggak.

23/07/2025

BANK SAMAN PENJAMIN?

Adalah menjadi suatu kebiasaan, untuk pinjaman atau pembiayaan yang tertentu, pihak bank mewajibkan keperluan untuk mendapatkan penjamin - penjamin untuk menjamin pinjaman sebelum pinjaman boleh diberikan kepada peminjam. Apakah sebenarnya tanggungjawab seorang penjamin? Apa kesannya ke atas penjamin apabila peminjam gagal untuk membayar balik pinjaman?

1. Siapa itu penjamin? Di dalam konteks undang-undang perbankan, penjamin ialah seseorang yang telah bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas bayaran balik pinjaman orang lain sekiranya peminjam asal gagal membayarnya.

2. Dalam erti kata mudah, penjamin adalah orang yang bersetuju untuk menjadi "orang kedua" atau "orang seterusnya" yang bank boleh tuntut sekiranya peminjam tidak mampu atau enggan membayar hutang. Biasanya, penjamin - penjamin ini terdiri daripada ahli keluarga, rakan rapat atau sesiapa sahaja yang dipercayai oleh peminjam.

3. Apakah tanggungjawab sebenar seorang penjamin? Sebaik sahaja seseorang itu menandatangani dokumen sebagai penjamin, dia terikat secara sah di sisi undang-undang untuk memastikan pinjaman tersebut dibayar.

4. Penjamin bukan sekadar memberi sokongan kepercayaan kepada peminjam asal, yang meyakinkan bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman atau pembiayaan, malah penjamin itu sebenarnya memikul tanggungjawab penuh terhadap jumlah pinjaman yang belum dibayar, termasuk faedah, caj lewat bayar dan apa-apa kos guaman jika tindakan undang-undang diambil.

5. Apakah kesannya terhadap penjamin sekiranya peminjam asal gagal atau enggan membuat bayaran?

6. Sekiranya peminjam gagal membuat bayaran, penjamin lazimnya akan turut menerima notis tuntutan dan seterusnya boleh disaman oleh pihak bank melalui tindakan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang di failkan di Mahkamah.

7. Apabila Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan di failkan terhadap penjamin, lazimnya nama penjamin akan tersenarai di dalam carian kredit CTOS dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk membuat pinjaman sendiri pada masa depan.

8. Jika ada penghakiman mahkamah yang direkodkan terhadap penjamin, dan pihak bank memilih untuk menguatkuasakan penghakiman tersebut, ini boleh menyebabkan aset milik penjamin tersebut boleh disita dan dilelong melalui writ sita dan jual, akaun - akaun bank penjamin boleh dibekukan melalui prosiding garnisi, atau penjamin itu boleh diisytihar muflis melalui prosiding kebankrapan jika jumlah hutang penghakman itu melebihi nilai RM100,000.00.

9. Ini semua adalah risiko dan keadaan yang boleh berlaku ke atas penjamin walaupun manfaat daripada pinjaman atau pembiayaan tersebut dinikmati oleh orang lain malah penjamin tidak mendapat sebarang manfaat pun daripada jaminannya.

10. Oleh itu, menjadi penjamin bukanlah keputusan kecil yang boleh dianggap remeh.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sekiranya anda memerlukan nasihat dan berhasrat mendapatkan khidmat guaman bagi urus...
20/07/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekiranya anda memerlukan nasihat dan berhasrat mendapatkan khidmat guaman bagi urusan-urusan berkenaan 👇🏻

☎️ Boleh hubungi atau whatsapp saya di talian http://wasap.my/+60194134268

KES TIPU TANAHAnda mempunyai sebidang tanah. Namun, tanpa anda sedari, hak milik tanah yang dimiliki oleh anda itu telah...
17/07/2025

KES TIPU TANAH

Anda mempunyai sebidang tanah. Namun, tanpa anda sedari, hak milik tanah yang dimiliki oleh anda itu telah bertukar tangan kepada orang lain, sedangkan anda tidak pernah menjual tanah anda itu kepada sesiapa. Anda mendapati tanda tangan anda telah ditiru atau terdapat dokumen-dokumen palsu yang telah digunakan untuk perpindahan hak milik tersebut. Bagaimana kejadian ini boleh berlaku dan apakah tindakan anda yang selanjutnya.

1. Kes penipuan hakmilik tanah ini memang kerap berlaku dan bilangan kes-kes penipuan ataupun manip**asi sebegini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

2. Apabila anda mendapati tanah yang anda miliki telah bertukar milik kepada pihak ketiga tanpa kesedaran atau pengetahuan anda, berikut adalah langkah-langkah dan tindakan yang anda perlu ambil.

a) MEMBUAT CARIAN HARTANAH.

i. Apabila anda mendapat maklumat bahawa tanah anda telah bertukar tangan tanpa pengetahuan anda, anda perlu membuat cabutan Catatan Carian Persendirian ataupun Sijil Carian Rasmi berkenaan Hartanah tersebut di Pejabat Tanah dengan secepat mungkin.

ii. Catatan Carian Persendirian ataupun Sijil Carian Rasmi (ataupun lebih kerap dirujuk sebagai Land Search/Carian Tanah) ini adalah dokumen yang akan menunjukkan butir-butir dan rekod milikan dan transaksi yang dijalankan keatas Hartanah tersebut.

iii. Melalui dokumen Land Search ini, anda akan dapat memastikan bahawa Hartanah milik anda tersebut telahpun benar-benar dipindah milik kepada pihak ketiga.

iv. Melalui dokumen Land Search tersebut juga, anda akan memperoleh maklumat-maklumat pihak-pihak yang terlibat di dalam proses pindah milik tersebut untuk memudahkan anda membuat laporan kepada pihak Polis.

b) MENDAFTARKAN KAVEAT

i. Sekiranya melalui Land Search tersebut, anda mendapati bahawa Hartanah milik anda tersebut memang benar-benar telah dipindah milik kepada pihak ketiga, maka anda perlu mendaftarkan Kaveat Persendirian di Pejabat Tanah ke atas Hartanah tersebut dengan secepat mungkin.

ii. Kaveat Persendirian ini akan berfungsi untuk menghalang apa-apa transaksi lanjut (contohnya; tanah tersebut dijual oleh pihak ketiga kepada pihak yang lain) daripada berlaku di dalam masa yang terhad.

iii. Sekiranya pihak ketiga tersebut ingin menjual Hartanah tersebut, maka Kaveat tersebut akan menghalang urusan pindah milik tersebut daripada berlaku, melainkan Kaveat tersebut dipotong terlebih dahulu.

C) MEMBUAT LAPORAN POLIS

i. Setelah anda mendapat maklumat yang berkenaan melalui Land Search, maka anda hendaklah membuat laporan polis dengan secepat mungkin.

ii. Ini adalah kerana penipuan hartanah adalah satu kesalahan jenayah yang boleh disiasat dan didakwa oleh pihak yang berwajib.

D) MERUJUK KEPADA PEGUAM

i. Setelah anda membuat Land Search dan membuat laporan polis berkenaan penipuan tersebut, anda hendaklah mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam untuk tindakan seterusnya di Mahkamah.

ii. Tindakan Mahkamah melalui saman sivil ini berfungsi untuk mendapatkan kembali Hartanah tersebut melalui satu Perintah Mahkamah, menghalang apa-apa transaksi lanjut berlaku ke atas Hartanah tersebut sementara kes dibicarakan di Mahkamah melalui Perintah Injunksi Interim (Interim Injunction) dan untuk mendapatkan apa-apa pampasan sivil daripada pihak-pihak yang terbabit sekiranya dibenarkan.

E) MASA ADALAH INTIPATI

i. Kesemua langkah-langkah yang disarankan di atas hendaklah dibuat dengan secepat mungkin. Baik untuk melakukan Land Search sehinggalah merujuk kepada peguam.

ii. Keputusan samada anda boleh mendapatkan kembali Hartanah tersebut atau tidak, adalah bergantung kepada masa.

iii. Sekiranya anda lambat mengambil tindakan, dan Hartanah tersebut dijual oleh pihak ketiga kepada pembeli yang lain yang tidak mempunyai pengetahuan tentang penipuan pihak ketiga tersebut, maka kemungkinan untuk anda kehilangan Hartanah tersebut adalah sangat tinggi.

iv. Kenapa? Ini adalah kerana undang-undang yang ditetapkan di dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa sekiranya Hartanah tersebut belum dijual kepada pihak seterusnya yang tidak mempunyai pengetahuan tentang penipuan tersebut (Bona Fide Subsequent Purchaser), maka anda masih mempunyai hak ke atas Hartanah tersebut melalui konsep yang dikenali sebagai Deferred Indefeasibility (Kepentingan tidak boleh sangkal yang tergantung).

v. Sekiranya ianya telah dijual kepada pihak seterusnya, maka peluang untuk mendapatkan semula Hartanah tersebut akan menjadi sangat-sangat sukar dan rumit.

3. Oleh yang demikian, sekiranya anda mendapati Hartanah anda telah bertukar tangan tanpa pengetahuan anda atau melalui apa-apa cara seperti pemalsuan tandatangan, salah tanggap, penipuan atau melalui dokumen-dokumen yang tidak sah atau cukup, maka jangan berlengah-lengah untuk mendapatkan khidmat peguam.

📞📱 Hubungi kami untuk dapatkan nasihat guaman di talian:

http://wasap.my/+60194134268



Business Account

14/07/2025
Soalan Pembaca:Saya mempunyai saman JPJ bagi kesalahan cukai jalan  tamat tempoh dan tiada insuran pada 2013. Motor Tahu...
12/07/2025

Soalan Pembaca:

Saya mempunyai saman JPJ bagi kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada insuran pada 2013. Motor Tahun ini saya baru nak selesai kan saman di mahkamah. Adakah saya akan dikenakan denda yang lebih mahal kerana lewat bayar?

Jawapan ringkas kami:

Tiada bayaran tambahan bagi kelewatan ke atas saman trafik yang akan dikenakan. Berbeza dengan saman sivil. Misalnya di saman oleh pihak bank kerana kegagalan bayar pinjaman hutang, jika pihak bank mendapat penghakiman (perintah bayar dari mahkamah). Biasanya penghakiman ini ada mengandungi peratusan faedah tahunan sehingga bayaran penuh dibuat.

Tetapi bagi kes saman trafik. Apa sahaja bayaran yang telah diperintahkan oleh mahkamah itu sahaja, melainkan ada perintah-perintah lain yang diberikan oleh Mahkamah. Selepas bayaran dibuat, nama anda akan bebas dari senarai saman tersebut.

📞📱 Hubungi kami untuk dapatkan nasihat guaman di talian:

http://wasap.my/+60194134268



Business Account

Address

No. 8, Tingkat 2, Jalan Lagenda 2, Lagenda Heights, Sg Petani
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Muhd Afif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share