Akmal Nadzri

Akmal Nadzri Firma Guaman Syarie AKMAL RUWAIDA & ASSOCIATES

Ketahui wali anda bagi perempuan yang ingin berkahwin.
28/09/2021

Ketahui wali anda bagi perempuan yang ingin berkahwin.

18/08/2021

Ramai pihak isteri yang beranggapan bahawa apabila suaminya telah melanggar perjanjian ta’lik seperti yang tertera di belakang Surat Pernikahan/Sijil Nikah secara automatik talak telah jatuh dan berlakunya perceraian. Sebenarnya TIDAK!!! Sekiranya lafaz ta’lik yang telah dibacakan oleh suami selepas akad nikah berlangsung dan suami telah dipercayai melanggar lafaz ta’lik tersebut, pihak isteri perlulah dengan kadar segera menfailkan kes di Mahkamah Rendah Syariah yang berbidang kuasa untuk suatu pendengaran serta penyiasatan dapat dilakukan oleh Hakim Syarie bahawa dakwaan isteri tersebut jelas terjadi. Sekiranya Hakim Syarie berpuas hati dengan segala keterangan yang telah diberikan, maka Hakim Syarie tersebut boleh mensabitkan perlanggaran ta’lik tersebut sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 50. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah Darul Aman) 2008.

Seksyen 50. Perceraian di bawah ta’liq atau janji

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

01/08/2021

Para suami tidak perlu menyatakan kepada isteri yang hendak diceraikan dengan mengatakan “ kau tidak bekerja, hanya surirumah. Jadi kau tidak akan mendapat hak jagaan anak nanti”. Suami perlu tahu bahawa hak menafkahi anak tersebut terletak ditangannya, bukan isteri.

17/07/2021

Jangan ambil mudah bagi suami yang telah melafazkan lafaz cerai di luar Mahkamah Syariah tanpa memfailkan kes “Pengesahan Lafaz Cerai” di mana-mana Mahkamah Syariah untuk Hakim siasat dan meniliti keterangan-keterangan pihak-pihak samaada jatuh talak atau tidak akan lafaz yang telah dilafazkan oleh suami kepada isterinya. Kes difailkan di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah 2008).

Makluman terkini berkaitan pengoperasian Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
30/06/2021

Makluman terkini berkaitan pengoperasian Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Sebagai makluman semua.
14/06/2021

Sebagai makluman semua.

06/06/2021

1- Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau “Total Lockdown” yang dilaksanakan kini bermula 1hb JUN 2021 sehingga 14hb JUN 2021.

2- Mahkamah Syariah juga terkesan dengan penutupan operasi, pendaftaran dan perbicaraan kes-kes di mana melibatkan Mahkamah Syariah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes.

3- Tidak kurang juga isu masalah rumah tangga yang berbangkit dalam tempoh ini dan hal ini menyukarkan mana-mana pihak untuk mendapatkan apa-apa perintah daripada Mahkamah.

4- Oleh itu, nasihat saya begini, bagi isteri yang mempunyai masalah rumah tangga sama ada yang dipukul atau dicederakan fizikal oleh suami/isteri dalam tempoh tersebut perlulah mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

i- Membuat laporan di Balai Polis berdekatan.

ii- Mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik/hospital kerajaan.

iii- Membuat aduan dengan melaporkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah berhampiran bagi mendapatkan suatu Perintah Perlindungan Kecemasan “Emergency Protection Oder” (EPO).

Apa itu Perintah EPO?

1- Suatu Perintah Perlindungan Kecemasan yang boleh dimohon oleh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam perenggan (a) atau (b) takrif “Keganasan Rumah Tangga”, di bawah Seksyen 2, Akta 521, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang menyebut:

a) secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; atau

b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal.

5- Sekiranya isteri tadi telah mendapatkan Perintah EPO iaitu Perintah yang boleh dikeluarkan dalam Perintah Perlindungan Sementara adalah seperti peruntukkan di bawah Seksyen 3A (7), Akta A1538, Akta Keganasan Rumah Tangga (pindaan) 2017 kesannya adalah seperti berikut:-

i- menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) takrif “keganasan rumah tangga” di bawah seksyen 2 terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan;

ii- menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) takrif “keganasan rumah tangga” di bawah seksyen 2 terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

iii- melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman, kediaman bersama, atau kediaman alternatif mana-mana dilindungi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Moga bermanfaat

Muhammad Nor Akmal bin Nadzri
Peguam Syarie

23/04/2021

Pejam celik pejam celik sudah 11 hari kita berpuasa. Moga amalan kita pada hari sebelumnya diterima, dan saya doakan agar kita terus diberikan kekuatan untuk melipat gandakan amalan pada baki-baki hari yang mendatang. Ramadhan bulan rahmat dan keampunan.

07/02/2021

Di manakah saya perlu untuk failkan perceraian?

- Di Mahkamah Rendah Syariah di mana tempat kamu bermaustatin. Ingat!!! Mahkamah boleh menolak permohonan sekiranya tempat yang kamu failkan kes bukan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah tersebut. Nampak remeh tapi mempunyai kesan atas tindakan kamu dan ramai beranggapan bahawa perceraian itu perlu ke pejabat agama.

01/02/2021

Situasi pandemik covid-19 dan PKP yang melanda dan dikenakan di negara kini banyak menimbulkan pelbagai permasalahan berkaitan pekerjaan. Dengan hilangnya pekerjaan, secara tidak langsung menghilangkan sumber pendapatan kepada keluarga. Ia boleh menyebabkan meningkatnya punca perceraian. Semoga kita semua cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan. Kepada Allah jua lah tempat kita berserah.

Selalu kita dengar orang kata dengan nada sinis, eleh Mahkamah bukan berani buat apa pun kalau aku x bayar nafkah. Nah i...
20/12/2020

Selalu kita dengar orang kata dengan nada sinis, eleh Mahkamah bukan berani buat apa pun kalau aku x bayar nafkah. Nah ini buktinya..

Kuala Berang: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 hari di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu, hari ini kerana gagal membayar nafkah enam anaknya sebanyak RM11,000.

Address

No. 5, Kedai Masjid Abdul Rahman
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60174314106

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akmal Nadzri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category