Messrs Tengku Hezrul & Partners

Messrs Tengku Hezrul & Partners Advocates & Solicitors / Commissioner for Oaths /Syariee Counsel /Company Secretary

24/08/2023

Kami ada 1 tempat untuk Chambering Pupil.

Whats app 0195900996 untuk interview.

28/06/2023
Zoom Hearing on Injunction and Consolidation at 8.30am.
13/01/2023

Zoom Hearing on Injunction and Consolidation at 8.30am.

21/07/2022
Alhamdullillah. Another service available.
20/10/2021

Alhamdullillah. Another service available.

New signboard. May Allah Bless.
23/03/2021

New signboard. May Allah Bless.

19/03/2021

PERTIKAIAN KALIMAH ALLAH 2.0 | Penghakiman Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland sebenarnya agak bersifat teknikal. Jenuh juga membacanya — dibaca perlahan-lahan kesemua 96 halaman alasan penghakiman yang baru sahaja keluar semalam itu — dan setiap dua-tiga halaman, selalu saja perlu membaca ulang ke beberapa halaman ke belakang, dan menyemak silang dengan Akta-Akta dan Kes-Kes lain yang dirujuk atau di-name-dropped dalam penghakiman itu.

Tapi saya teringat kepada kata-kata yang selalu dinisbahkan kepada Albert Einstein: “If you can’t explain it simply to a six year old, you probably don’t understand it yourself.” Jadi saya akan cuba terangkan secara paling mudah, dan dengan yang demikian itu, sudah tentu, perlu banyak juga ‘dumbing down’.

Kes ini bermula apabila Jill Ireland binti Lawrance Bill mendarat di lapangan terbang LCCT Sepang, sep**ang dari Indonesia, pada tahun 2008. Apabila kastam mendapati ada beberapa cakera padat ajaran kristian berbahasa Melayu-Indonesia dalam simpanannya yang mempunyai kalimah ‘Allah’, maka kesemua cakera padat itu dirampas.

Isunya ialah sama ada rampasan itu sah mengikut undang-undang?

Dalam menilai dan mempertimbangkan perkara ini, Mahkamah memfokuskan penghakimannya kepada isu teknikal, iaitu sumber kuasa untuk merampas cd-cd itu.

Dan setelah menelusuri dokumen-dokumen yang berkaitan, Mahkamah menyatakan bahawa sumber asalnya adalah daripada keputusan kabinet, pada tahun 1986, yang telah menggariskan dua kategori pengistilahan dalam penerbitan Al-Kitab berbahasa Melayu: KATEGORI PERTAMA, istilah-istilah yang boleh digunakan meliputi dua belas perkataan “1. Al-Kitab, 2. Firman, 3. Rasul, 4. Syariat, 5. Iman, 6. Ibadah, 7. Injil, [dan] 8. Wahyu, 9. Nabi, 10. Syukur, 11. Zikir, [dan] 12. Doa;” manakala KATEGORI KEDUA, ialah perkataan-perkataan yang tidak boleh dipakai, meliputi empat perkataan sahaja, iaitu “1. Allah, 2. Kaabah 3. Baitullah, [dan] 4. Solat.”

Keputusan Kabinet itu turut kemudiannya memperuntukkan proviso bahawa penerbitan mesti meletakkan kaveat: “Dengan syarat di kulit luar (muka depan) buku-buku itu ditulis perkataan ‘UNTUK AGAMA KRISTIAN’.”

Justeru timbul persoalan yang dibangkitkan oleh Mahkamah, iaitu adakah proviso untuk meletakkan kaveat “Untuk Agama Kristian” itu terpakai jika hendak menggunakan perkataan-perkataan dalam kategori yang yang dibenarkan; ataukah terpakai hanya jika ingin menerbitkan perkataan-perkataan yang dilarang (iaitu Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat)?

Mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak munasabah jika proviso itu dimaksudkan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan yang boleh digunakan (seperti Al-Kitab, firman, Rasul, Syariat dan lain-lain), kerana jika boleh digunakan, maka tiada keperluan untuk meletakkan kaveat. Justeru Mahkamah berpandangan bahawa keputusan Kabinet yang mewajibkan meletakkan kaveat “Untuk Agama Kristian” adalah dimaksudkan hanya untuk kalimah-kalimah yang dilarang sahaja, iaitu Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat dalam konteks Al-Kitab Kristian.

Bermaksud, pada tahun 1986 Kabinet memutuskan bahawa larangan menggunakan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat dalam konteks Al-Kitab Kristian bukanlah larangan total, sebaliknya masih boleh digunakan jika meletakkan kaveat tersebut di muka hadapan penerbitan.

Di sinilah bermula pertikaiannya, kerana selepas daripada keputusan kabinet itu, Kementerian Dalam Negeri p**a kemudiannya telah mengeluarkan satu arahan / pekeliling, yang dikatakan berkelanjutan daripada keputusan kabinet itu, tetapi kandungannya p**a didakwa tidak seratus peratus sama dengan keputusan kabinet.

Hal ini kerana, dalam pada Mahkamah memahami keputusan kabinet pada tahun 1986 itu hanya melarang penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat dalam konteks Al-Kitab Kristian jika diterbitkan tanpa kaveat di muka hadapannya; tetapi arahan / pekeliling daripada Kementerian Dalam Negeri p**a menyatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat’ adalah dilarang secara total dalam konteks penerbitan agama Kristian berbahasa Melayu.

Justeru Mahkamah berpendapat larangan total oleh Kementerian Dalam Negeri ini adalah bercanggah dengan keputusan kabinet pada tahun 1986 itu (yang melarang penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat, hanya jika tidak meletakkan kaveat di muka hadapan; tetapi dibenarkan jika meletakkan kaveat “Untuk Agama Kristian”). Atas alasan inilah Mahkamah memutuskan bahawa arahan / pekeliling Kementerian Dalam Negeri, yang menjadi asas rampasan cakera padat ajaran kristian berbahasa Melayu-Indonesia dalam simpanan Jill Ireland yang mempunyai kalimah ‘Allah’ pada tahun 2008 itu, adalah tidak sah dan oleh itu terbatal.

Peguam Kanan Persekutuan cuba menghujahkan bahawa larangan total itu penting, demi menjaga keamanan awam, dan mengelakkan sensiviti kepelbagaian agama; tetapi Mahkamah membidas kembali, dengan menyatakan bahawa pada tahun 2011, Perdana Menteri (pada ketika itu) sendiri ada mengeluarkan surat Penyelesaian 10 Mata (10 point solutions), yang antara lainnya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks Kristian di Sabah dan Sarawak. Justeru Mahkamah mengambil ini sebagai hujah bahawa Kerajaan mengakui bahawa tidak timbul soal keselamatan atau keamanan awam atau sensiviti agama, kerana kerajaan sendiri pernah mencadangkan agar dibenarkan penggunaannya di Sabah dan Sarawak.

Yang nyata adalah bahawa kes ini tidak menyentuh isu ketepatan pengistilahan dalam terjemahan God kepada Allah dalam bahasa Melayu, bahkan Mahkamah menegaskan bahawa fokus kes ini bukanlah mengenai penggunaan kalimah Allah itu sendiri, tetapi mengenai keabsahan arahan / pekeliling Kementerian Dalam Negeri, kerana (dikatakan) bercanggah dengan keputusan Kabinet pada tahun 1986:-

“[33] ... It is not for this Court to decide on issues that had sought to challenge the prohibition on the use of the word ‘Allah’ as the same could not be done in a collateral manner.... This Court would not descend into the controversy.

“[34] This in my view will necessarily exclude this Court from canvassing the theological issues.... [A]s the facts show that the Minister’s decision was never premised on theological consideration and found that the viewes expressed by the learned judges of the Court of Appeal on those issues were mere obiter. Likewise, as the facts in the present judicial review show, the Minister’s decision that was being challenged was not predicated on theological considerations. His decision was predicated on public order consideration.
..

“[68] ... I am duty bound to abstain from considering any challenges on the prohibition of the use of the word “Allah” in considering the challenged on the impugned Directive as the challenge on such prohibition must not be done in a collateral manner.”

TERJEMAHAN LONGGAR: “ [33] Mahkamah ini tidak berhak untuk membicarakan sebarang isu yang cuba untuk mempertikaikan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, kerana ianya tidak boleh dihujahkan secara seiringan di sini. Mahkamah ini tidak akan membenarkan dirinya dicemar ke dalam kontroversi itu. [34] Ini sudah tentunya bermaksud Mahkamah ini juga tidak boleh mempertimbangkan atau membicarakan persoalan-persoalan ketuhanan dan aqidah .... Fakta kes dalam semakan kehakiman ini menunjukkan bahawa keputusan Menteri yang sedang dicabar oleh Pemohon, adalah tidak berbangkit daripada persoalan ketuhanan atau aqidah, tetapi semata-mata daripada pertimbangan keamanan awam.... [68] ... Saya perlu menghindarkan diri daripada menimbangkan sebarang cabaran yang menyentuh larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, dalam memutuskan berkenaan cabaran terhadap Arahan / Pekeliling oleh Kementerian Dalam Negeri.....”

Sama ada keputusan dan dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland ini tepat atau tidak, adalah sesuatu yang belum muktamad, memandangkan ianya telah dibawa ke medan rayuan di Mahkamah Rayuan, justeru kita wajar tunggu untuk proses rayuan itu berjalan. Tetapi yang pasti, keputusan Mahkamah Tinggi ini skopnya hanya memfokuskan kepada kuasa dan keabsahan arahan Kementerian Dalam Negeri itu sahaja. Kekangan skop ini amat penting untuk kita fahami, supaya kita tidak terkeliru bahawa kononnya keputusan Kalimah Allah 2.0 ini telah membatalkan keputusan dalam kes Kalimah Allah 1.0, sedekad yang lalu.

Akhir kata, walaupun tulisan kali ini agak panjang, perlu juga saya tegaskan bahawa ia adalah semata-mata suatu ‘dumbing-down’ terhadap Alasan Penghakiman Penuh yang berkepanjangan 96 halaman dan sangat teknikal itu. Jadi jika ingin benar-benar faham dan berlaku adil, maka bacalah dari sumber asalnya, jangan sekadar mengambil dari sumber sekunder semata-mata.

*Gambar sekadar hiasan, sewaktu di Saint Peter’s Basilica, The Vatican, dua tahun lepas, dan waktu itu seingat saya, tak ada p**a dengar mereka sebut kalimah Allah waktu mereka bersembayang atau merujuk kepada Tuhan.

~copy paste~

Address

No. 41A Lorong BLM 1/1 Bandar Laguna Merbok
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60195900996

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs Tengku Hezrul & Partners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Messrs Tengku Hezrul & Partners:

Share