14/09/2021
PERBEZAAN BUMI LOT DAN TANAH REZAB MELAYU
*Oleh Alin Yasmin, Legal Intern, Tetuan Saleh & Aizac
*** [kredit kpd page Hartanah dan Anda ] ***
Dalam dunia hartanah, saya percaya perkataan ini tidak asing buat semua pembaca. Namun, adakah kita faham apakah perbezaan antara dua perkataan ini. Ada yang beranggapan bahawa kedua-duanya adalah sama namun hakikatnya tidak. Pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan informasi tersebut dengan lebih lanjut.
*1.0 Bumi lot*
π Bumi lot merupakan hartanah yang hanya boleh dimiliki _oleh Bumiputera sahaja_. Ia merupakan satu langkah daripada Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera. Syarat pemilikan hartanah berstatus Bumi Lot ini adalah tertakluk kepada kerajaan negeri yang berkenaan. Setiap negeri mungkin mempunyai syarat-syarat yang berbeza.
π Perlu diingatkan bahawa setelah geran individu atau strata unit tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan telah dipindahmilik kepada Pembeli Bumiputera tadi, status tersebut tidak terpakai lagi melainkan ia tertulis dengan jelas di geran bahawa βTanah ini hendaklah dimiiki oleh Bumiputera sahaja.β Ini bermaksud, dalam pasaran subsale nanti, Pembeli tersebut hanya boleh menjual hartanah tersebut kepada pembeli Bumiputera sahaja.
*2.0 Tanah Rezab Melayu*
π Tanah Rezab Melayu merupakan tanah yang hanya boleh dimiliki _oleh orang Melayu sahaja_. Ia turut dikenali sebagai Geran Merah kerana gerannya yang bewarna merah
π Secara umum, Tanah Rezab Melayu hanya boleh dimiiki dan dijual kepada orang Melayu sahaja, melainkan status tanah tersebut telah dibatalkan atau ditarik oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan daripada Sultan atau Raja negeri tersebut. Ini bermakna, Pembeli hartanah tersebut hanya boleh menjual tanah tersebut kepada orang Melayu sahaja buat selama-lamanya.
*
*
*
*
Anda ingin menjual/membeli rumah? Hubungi saya
Aizuddin Kamal
Perunding Hartanah
IPC REALTY SDN BHD
π page : facebook.com/aizuddinkamalproperties (AK properties)
π Email : [email protected]
Whatsapp: https://wa.me/c/60124978584
Kami menyediakan khidmat berkaitan jual beli rumah dari mula sehingga proses selesai..
Mulakan di sini untuk memiliki mahligai impian anda