Suria Din & Associates - Peguam Hartanah

Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Suria Din & Associates adalah cawangan firma guaman hartanah yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah.

Firma Guaman dan Peguam Hartanah di Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

"Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! Semoga semangat perpaduan dan cinta akan negara terus mekar dalam diri kita de...
31/08/2026

"Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! Semoga semangat perpaduan dan cinta akan negara terus mekar dalam diri kita demi mempertahankan kedaulatan Malaysia tercinta."

-Suria Din & Associates

25/08/2026
📌 Dear Clients and Business Associates, A new chapter begins as we continue delivering trusted legal services with the s...
04/08/2026

📌 Dear Clients and Business Associates,

A new chapter begins as we continue delivering trusted legal services with the same dedication.

📍 Effective 16 August 2026, our new office is located at:

No. 15, First Floor, Jalan Perdana Heights 2/2,
Perdana Heights,
08000 Sungai Petani, Kedah.

We look forward to welcoming you. 🎊

www.suriadin.com

Nak beli rumah dengan LPPSA? Jangan jadikan bayaran booking sebagai langkah pertama tanpa semakan yang cukup.Sebelum mem...
29/07/2026

Nak beli rumah dengan LPPSA? Jangan jadikan bayaran booking sebagai langkah pertama tanpa semakan yang cukup.

Sebelum membuat komitmen, pastikan anda tahu:

• kelayakan dan jenis pembiayaan yang sesuai;

• siapa pemilik berdaftar rumah tersebut;

• status geran, gadaian atau baki pinjaman penjual;

• jumlah booking/deposit serta syaratnya; dan

• dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan urusan jual beli.

Ramai pembeli menganggap kelayakan LPPSA sudah memadai untuk teruskan pembelian. Sebenarnya, pembiayaan LPPSA hanya satu bahagian transaksi. SPA, pindah milik, dokumen cagaran dan status hartanah juga perlu diselesaikan mengikut urutan yang betul.

Jika rumah melibatkan pusaka, perceraian, pemilik yang telah meninggal dunia atau sekatan kepentingan pada geran, dapatkan semakan lebih awal. Situasi seperti ini mungkin memerlukan dokumen atau langkah tambahan.

Sudah ada rumah atau dokumen awal? Hantar kepada Suria Din & Associates tiga perkara ini: jenis rumah, harga/butiran transaksi, dan dokumen yang sudah ada. Kami akan bantu jelaskan dokumen awal serta langkah guaman yang perlu diberi perhatian bagi urusan LPPSA anda.

WhatsApp kami untuk semakan awal.

Maklumat ini ialah panduan umum. Syarat dan prosedur LPPSA boleh berubah dan setiap fail perlu dinilai berdasarkan dokumen serta keadaannya.

Dilemma Penjual dan Pembeli dalam transaksi jual beli secara tunai------------------------------------------------------...
26/07/2026

Dilemma Penjual dan Pembeli dalam transaksi jual beli secara tunai
--------------------------------------------------------------------------

Contoh situasi yang kebiasaaanya berlaku:

RISIKO PENJUAL:

Pembeli yang telah membayar deposit akan 'menekan-nekan' Penjual untuk menandatangani borang Pindahmilik (14A). Selepas selesai tandatangan, Penjual menyerahkan geran tanah asal untuk tindakan Pembeli memproses selanjutnya.

Setelah siap geran dipindahmilik atas nama Pembeli, Pembeli memberikan alasan baki jual beli perlu dibayar secara berperingkat atau Pembeli menghadapi masalah untuk membayar wang baki jual beli.

Jelas risiko yang dihadapi oleh Penjual dalam situasi diatas, geran telah dipindahmilik, namun wang jual beli masih belum diterima sepenuhnya.

RISIKO PEMBELI:

Pembeli telah membayar deposit harga jual beli, dan kemudiannya mendapati geran tersebut bermasalah. Penjual perlu menyelesaikan dulu masalah geran dan Penjual terpaksa menggunakan wang deposit Pembeli bagi urusan tersebut.

Sebelum geran tersebut dapat dipindahmilik atas nama Pembeli. Penjual p**a telah meninggal dunia.

Maka, risiko yang dihadapi oleh Pembeli ialah, Pembeli telah mengeluarkan sejumlah wang kepada Penjual tetapi geran tidak dapat dipindahmilik atas namanya.

KESIMPULAN:

Wang tunai harga jual beli hanya boleh dibayar sekali, tetapi risiko yang bakal dihadapi oleh pihak Penjual dan pihak Pembeli mungkin akan berpanjangan. Transaksi yang selamat bermula dengan nasihat guaman yang betul. ✨

www.suriadin.com

ISU LOT LIDI: Situasi 1Client: “Puan, saya nak pindahmilik rumah atas tanah ni kepada anak. Tapi geran bukan atas nama s...
15/07/2026

ISU LOT LIDI:

Situasi 1

Client: “Puan, saya nak pindahmilik rumah atas tanah ni kepada anak. Tapi geran bukan atas nama saya”.

Situasi 2

Client: “ Saya dah beli tanah daripada Tuan Tanah dan dah buat rumah atas tanah sejak 20 tahun lepas. Sekarang, Tuan Tanah tersebut dah mati. Waris-waris Tuan Tanah minta saya keluar daripada tanah yang saya beli”

Biasa dengar soalan yang diajukan begini atau anda sedang alami situasi diatas? Jika anda membeli tanah/rumah, pastikan hakmilik geran tersebut boleh dipindahmilik dan didaftarkan atas nama anda sebagai Pembeli.

PERKARA PERLU ANDA SEMAK SEBELUM MEMBELI TANAH:
1) Pastikan geran hakmilik asal dalam simpanan Tuan Tanah / jika geran tersebut bercagar dengan institusi kewangan (masih ada hutang),
2) Tuan Tanah masih hidup.
3) Jika Tuan Tanah telah meninggal, pastikan waris-waris telah melantik Pentadbir/Pemegang Amanah bagi menguruskan hartanah tersebut.

RISIKO MEMBELI LOT LIDI:

1) NAMA TIADA DALAM GERAN
Pembeli bukan Pemilik berdaftar lot tanah yang dibeli kerana nama tiada dalam geran. Pemilikan geran tersebut masih atas nama Penjual dan Pembeli tidak mempunyai hak mutlak keatas lot tanah yang dibeli.

2) LOT TANAH TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA PEMBELI SETERUSNYA
Penjual yang ingin menjual lot tanah mestilah Pemilik berdaftar lot tanah tersebut. Pemilik berdaftar sahaja mempunyai hak untuk memindahkan pemilikan/ketuanpunyaan (“transfer of ownership”) kepada Pemilik Baharu.

Ramai Pembeli lot lidi menyangka mereka boleh menjual semula lot lidi yang dibeli kepada Pembeli seterusnya dengan hanya menggunakan Perjanjian Jual dan Beli (“Sale and Purchase Agreement (SPA)”), tetapi dokumen Perjanjian tersebut tidak membawa apa-apa kesan pemindahan hak dan kepentingan sesuatu hartanah daripada sudut undang-undang.

3) TIADA PAMPASAN JIKA ADA PENGAMBILAN TANAH OLEH KERAJAAN
Jika ada pengambilan tanah oleh Kerajaan, pampasan hanya akan diberikan kepada Pemilik berdaftar dalam geran.

4) TANAH TIDAK BOLEH DIHIBAH/DIWARISKAN SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN
Pembeli lot lidi tidak boleh menghibahkan (pemberian sukarela/kasih-sayang) tanah lot lidi kepada sesiapa kerana geran tanah tersebut tidak berdaftar atas nama Pembeli. Sekiranya berlaku kematian Pembeli lot lidi, waris-warisnya tidak boleh menuntut tanah tersebut melalui pusaka. Namun, sekiranya berlaku kematian Tuan Tanah/Pemilik berdaftar, waris-warisnya boleh menuntut hak dan kepentingan tanah tersebut melalui pusaka. Bahkan, mereka juga boleh mengambil Tindakan Mahkamah untuk mengusir Pembeli lot lidi dan menuntut hak mereka yang sah dari sudut perundangan.

5) PENTADBIR/PEMEGANG AMANAH MENINGGAL DUNIA
Terdapat kes jual beli lot lidi dilakukan oleh Pentadbir/Pemegang Amanah melalui Surat Akuan Amanah atau Surat Perlantikan Pentadbir. Sekiranya Pentadbir/Pemegang Amanah ini meninggal dunia, ianya berisiko kepada Pembeli kerana hak Pembeli masih belum didaftarkan di pejabat tanah. Waris Pentadbir/Pemegang yang meninggal dunia perlu memohon untuk membuat lantikan Baharu. Manakala, Perintah Jualan oleh Mahkamah perlu diperoleh sebelum sebarang urusan dibuat.

Sekiranya, waris kepada Tuan tanah/Pemilik tidak mengiktiraf jual beli tersebut atau mempertikaikan kuasa Pentadbir/Pemegang Amanah, Pembeli terpaksa membuat pengesahan jual beli di Mahkamah.

6) PEMBELI SUKAR UNTUK MENDAPATKAN PEMBIAYAAN BANK
Bank hanya akan meluluskan permohonan pembiayaan hartanah sekiranya geran tersebut ialah geran individu dan bukan tanah lot lidi.

Kesimp**annya, rata-rata Pembeli tertarik dengan harga jualan tanah lot lidi yang murah. Namun, pembelian lot lidi adalah berisiko tinggi dan undang-undang tidak begitu melindungi hak dan kepentingan Pembeli lot lidi. . Surat Amanah dan Perjanjian Jual dan Beli Sahaja tidak mencukupi untuk menyempurnakan pindah milik tanah lot lidi kepada Pembeli. Pastikan anda memahami Risiko pembelian tanah lot lidi dan dapatkan nasihat guaman sebelum membuat Keputusan untuk membeli.

Artikel berkaitan info hartanah, sila layari laman web rasmi kami di www.suriadin.com.

📍Penafian: post ini bukan bersifat nasihat guaman. Ianya hanya pendapat bebas Penulis berdasarkan pengalaman dan kefahaman beliau.

✨RUMAH KAMPUNG JUGA BOLEH DIBIAYAI✨Tidak semua orang mengimpikan kehidupan di tengah bandar. Ada yang lebih menghargai k...
06/07/2026

✨RUMAH KAMPUNG JUGA BOLEH DIBIAYAI✨

Tidak semua orang mengimpikan kehidupan di tengah bandar. Ada yang lebih menghargai ketenangan di pinggir bandar atau suasana damai di kampung.

Namun, sebelum membuat keputusan membeli rumah kampung menggunakan pembiayaan bank atau LPPSA, terdapat beberapa aspek perundangan dan syarat pembiayaan yang perlu diteliti bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Ikuti perkongsian kami untuk mengetahui perkara penting yang anda perlu semak sebelum menandatangani sebarang dokumen.
Pastikan setiap langkah pembelian dibuat dengan yakin dan dilindungi dari sudut undang-undang.

Layari laman web dibawah untuk penerangan lanjut 👇

Pembelian rumah kediaman pada hari ini tidak hanya tertumpu pada rumah yang dibina dalam kawasan bandar. Menurut bancian statistik MyCencus yang terkini, 29% dari 34.2 juta rakyat Malaysia lebih cenderung untuk tinggal d

🏡 Nak beli rumah guna LPPSA tapi tak pasti jenis pinjaman mana sesuai?Ramai penjawat awam buat kesilapan di sini — pilih...
05/05/2026

🏡 Nak beli rumah guna LPPSA tapi tak pasti jenis pinjaman mana sesuai?

Ramai penjawat awam buat kesilapan di sini — pilih jenis pinjaman tanpa faham implikasi… akhirnya proses lambat, dokumen sangkut, atau lebih teruk: permohonan ditolak.

👉 Dalam gambar ini, kami ringkaskan 7 jenis pinjaman LPPSA yang wajib anda tahu sebelum buat keputusan.

Dari:
✔️ Rumah siap (subsale)
✔️ Bina rumah atas tanah sendiri
✔️ Refinance / selesai hutang bank
✔️ Hinggalah ubahsuai rumah

Semua ada strategi berbeza. Salah pilih = risiko tinggi.

đź’ˇ Berita baik untuk penjawat awam:

📌 Suria Din & Associates menyediakan:
âś… Semakan kelayakan dan Permohonan LPPSA PERCUMA.
✅ Peguam panel LPPSA berpengalaman Urus dokumentasi dari A–Z.

📞 Nak tahu anda layak atau tidak?

👉 Klik WhatsApp sekarang: https://suriadin.com/wa

📲 Atau hubungi: 04-729 1087

🌙 Taking a short festive pause 🌙We’ll be on holiday from 19–25 May 2026 and will be back to serve you on 26 May 2026.Hav...
21/03/2026

🌙 Taking a short festive pause 🌙

We’ll be on holiday from 19–25 May 2026 and will be back to serve you on 26 May 2026.

Have a wonderful Eid and see you soon!

Ramadan Kareem 🌙Semoga Ramadan kali ini dipenuhi rahmat, kesabaran dan keberkatan dalam setiap langkah.Terima kasih atas...
23/02/2026

Ramadan Kareem 🌙

Semoga Ramadan kali ini dipenuhi rahmat, kesabaran dan keberkatan dalam setiap langkah.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda bersama kami.

Ikhlas daripada kami, Tetuan Suria Din & Associates.

Address

15, 1st Floor, Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+60182127655

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suria Din & Associates - Peguam Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Suria Din & Associates - Peguam Hartanah:

Share