Nurliyana Radzi & Co.

Nurliyana Radzi & Co. Peguambela & Peguamcara

Carian persendirian di Kedah sangat mudah. Hanya di hujung jari. Carian persendirian diperoleh selepas selesai bayaran.
10/11/2024

Carian persendirian di Kedah sangat mudah. Hanya di hujung jari. Carian persendirian diperoleh selepas selesai bayaran.

ePTG Portal

25/09/2024
06/06/2024

PANDUAN PENGAMBILAN TANAH

APA HAK ANDA JIKA TANAH ANDA DIAMBIL BALIK OLEH KERAJAAN?

PANDUAN MENGENAI HAK PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERKEPENTINGAN SEPERTI DIPERUNTUKAN DI BAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

MAKLUMAT ASAS AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak pemilikan harta. Perlucutan hak pemilikan harta hanya boleh dilakukan mengikut undang-undang dan dengan membayar pampasan yang mencukupi. Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mengambil tanah yang dikehendaki :
• Bagi mana-mana maksud awam ;
• Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang awam amnya atau mana-mana kumpulan orang awam : atau
• Bagi maksud perlombongan, atau bagi maksud-maksud kediaman, pertanian, perdagangan dan perindustrian atau maksud rekreasi atau kombinasi mana-mana maksud tersebut.

KEPERLUAN PENGAMBILAN TANAH
Kerajaan terpaksa mengambil tanah milik kerana tanah Kerajaan adalah terhad dan mungkin tidak sesuai dari segi saiz dan lokasi yang diperlukan untuk projek pembangunan atau infranstruktur. Proses pengambilan tanah juga dapat mengatasi masalah pindahmilik dan halangan-halangan perundangan yang mengambil masa yang lama sekiranya tanah itu diperolehi melalui proses pembelian terus.

TANAH YANG BOLEH DIAMBIL
• Tanah milik, melainkan tanah milik Kerajaan Persekutuan.
• Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat; dan
• Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON PENGAMBILAN TANAH
• Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;
• Jabatan Negeri;
• Badan Berkanun Persekutuan;
• Badan Berkanun Negeri;
• Perbadanan, Syarikat : atau
• Orang Perseorangan

PROSES PENGAMBILAN TANAH
Setelah permohonan pengambilan tanah diluluskan oleh PBN, Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) akan membuat pemberitahuan atau pengisytiharan dalam warta Kerajaan Negeri. Jika sekiranya warta pemberitahuan dibawah Seksyen 4 dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan notis awam awam mempamerkannya di tempat-tempat tertentu iaitu di Pejabat Tanah, dipapan kenyataan awam di Mukim atau Pekan di mana tanah terletak dan di atas atau berhampiran dengan tanah.

PERANAN PENTADBIR TANAH
• Memproses pengambilan tanah mengikut peruntukan dibawah APT 1960;
• Menjalankan siasatan (enquiry) menentukan amaun pampasan yang akan dibayar kepada orang yang berkepentingan ;
• Mengambil milik tanah; dan
• Menguruskan pengeluaran hakmilik untuk kawasan yang diambil dan hakmilik sambungan untuk kawasan baki lot.

TUJUAN SIASATAN (ENQUIRY)
Untuk :
• Mendengar
• Menentukan nilaian tanah yang hendak diambil
• Menentukan amaun pampasan;
• Menentukan kepentingan tiap-tiap orang yang membuat tuntutan ; dan Mendengar bantahan, jika ada oleh pihak yang berkepentingan mengenai keluasan tanah yang hendak diambil.

SIAPA YANG PERLU HADIR SEMASA SIASATAN
• Tuan punya tanah berdaftar atau wakil;
• Pihak berkepentingan berdaftar atau wakil; dan
• Agensi yang memohon pengambilan atau wakil
Dengan syarat wakil hendaklah dilantik secara bertulis.

BAGAIMANA AMAUN PAMPASAN DITENTUKAN
Amaun pampasan adalah diasaskan kepada harga pasaran tanah pada tarikh warta dibawah Seksyen 4 atau dibawah Seksyen 8 APT 1960 dengan mengambil kira prinsip penilaian yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).

HAK DAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERKEPENTINGAN
• Hadir semasa siasatan;
• Membuat tuntutan pampasan ; dan
• Membuat bantahan mengenai keluasan tanah yang hendak diambil dan membuat bantahan ke Mahkamah.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DIBANTAH KE MAHKAMAH
• Keluasan yang diambil;
• Amaun pampasan yang dibayar;
• Orang yang kepadanya pampasan dibayar; dan
• Kadar pembahagian pampasaan.

PROSEDUR MEMBUAT BANTAHAN KE MAHKAMAH
• Kemukakan bantahan dengan mengisi borang N kepada Pentadbir Tanah;
• Membayar deposit seperti yang dikehendaki oleh Pentadbir Tanah; dan
• Kemukakan Borang N dalam tempoh 6 minggu dari tarikh award bertulis Pentadbir Tanah dalam Borang G (jika hadir semasa perintah dibuat) atau 6 minggu dari tarikh terima notis tawaran Borang H atau 6 bulan dari tarikh award Borang G yang mana dahulu luput ( jika tidak hadir semasa perintah ).
Pihak yang membuat bantahan hendaklah mendapat khidmat penilai semasa kes dibicarakan ke Mahkamah. PAMPASAN BAGI TUANPUNYA TANAH YANG MENINGGAL DUNIA DAN MENDEPOSIT PAMPASAN KE MAHKAMAH.
Bagi kes di mana tuanpunya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tanpa wasiat atau pembahagian pesaka belum selesai, Pentadbir Tanah akan membayar pampasan kepada Amanah Raya Berhad (ARB). Selepas tawaran pampas an Borang H dikeluarkan dan semasa bayaran dibuat tiada orang yang layak (competent) boleh menerimanya atau orang berkepentingan enggan menerima atau terdapat pertelingkahan hak untuk menerimanya, Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang pampasan iaitu ke Mahkamah.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN PAMPASAN
Dari Mahkamah Tinggi :
• Pentadbir Tanah mengemukakan affidavit kepada Pendaftar Mahkamah ;
• Mahkamah akan menyediakan cek pampasan.
Dari Amanah Raya Berhad;
• Waris mengemukakan perintah pembahagian pusaka kecil atau surat kuasa mentadbir kepada Pengurus Amanah Raya Berhad;
• Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI PEMOHON
• Mendapatkan kelulusan projek dan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai pampasan;
• Pemilihan tapak projek yang sesuai ;
• Penyediaan pelan pengambilan tanah yang lengkap dan mencukupi serta mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Daerah di
mana tanah itu terletak;
• Mengemukakan permohonan pengambilan tanah sekurang-kurangnya setahun sebelum pelaksanaan projek;
• Menandakan kawasan yang terlibat dengan pengambilan tanah apabila diminta berbuat demikian oleh Pentadbir Tanah;
• Hadir atau diwakili semasa siasatan pengambilan tanah;
• Memberi keterangan semasa siasatan termasuk akujanji untuk membiayai kos accommodation works;
• Menjelaskan bayaran pampasan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang H diserahkan bagi mengelakkan bayaran denda lewat;
• Mengemukakan bantahan, jika ada, kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan Borang H dalam kes di mana jumlah award bagi sesuatu lot tanah melebihi RM15,000.00;
• Menjelaskan bayaran pampasan seperti diperintahkan oleh Mahkamah.
• Mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah;
• Menjaga dan mengawal tanah yang diambil daripada pencerobohan sebelum projek dilaksanakan dan mengutip hasil, jika ada.

PENGAMBILAN TANAH DIBAWAH SEKSYEN 3(1) (b) ATAU (c) APT 1960
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang I (Kaedah Pengambilan Tanah) dan disertakan dokumen-dokumen berikut :
• Kertas cadangan projek;
• Pelan tatatur dan pelan pengambilan tanah;
• Laporan awal penilaian tanah oleh JPPH; dan
• Bank draft bayaran fee dan 50% daripada deposit.Memohon berunding dengan tuanpunya tanah berdaftar jika diarahkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) / Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah (JKPT) bagi kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pemohon mengemukakan laporan perundingan kepada UPEN/JKPT.
Pemohon mengemukakan kepada Pentadbir Tanah mengenai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat kelulusan PBN.
Pemohon membayar 75% daripada deposit.
Pengambilan tanah diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960.
Proses pengambilan tanah selepas diwartakan di bawah Seksyen 8 adalah sama seperti proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) APT 1960.

BORANG-BORANG DI DALAM APT 1960
Borang A – Notis Bahawa Tanah Berkemungkinan Akan Diambil.
Borang B – Kebenaran Untuk Masuk Mengukur.
Borang C – Jadual Tanah-Tanah Yang Terlibat Oleh Pengambilan.
Borang D – Pengisytiharan Pengambilan Yang Dicadangkan.
Borang E – Pengambilan Yang Dicadangkan Notis Siasatan.
Borang F – Notis Mengkehendaki Keterangan Secara Bertulis.
Borang G – Award Pampasan Bertulis.
Borang H – Notis Award Dan Tawaran Pampasan.
Borang I – Surat Perakuan Segera.
Borang J – Notis Mengosongkan Bangunan.
Borang K – Notis Bahawa Tanah Telah Diambilmilik.
Borang L – Notis Untuk Mengemukakan Dokumen/ Dokumen-Dokumen.
Borang N – Permohonan Supaya Bantahan Dirujuk Kepada Mahkamah.
Borang O – Rujukan Kepada Mahkamah.
Borang P – Notis (Dikeluarkan Oleh Pendaftar Mahkamah).
Borang Q – Notis Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah.

KAEDAH PENGAMBILAN TANAH
Borang 1 – Permohonan Bagi Pengambilan Tanah
Di Bawah Perenggan 3(1)(b)/(c) APT 1960.
Borang 2 – Notis Untuk Mengkehendaki Deposit Tambahan.
Borang 3 – Notis Rundingan.
Borang 4 – Notis Kepada Jawatankuasa.
Borang 5 – Notis Kelulusan.
Borang 6 – Notis Penolakan.
Borang 7 – Notis Pelucuthakkan Deposit.
Borang 8 – Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Sumber:
Portal Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Negeri Kedah

18/11/2021

PROSEDUR MEWAKAFKAN HARTA

Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri serta melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan.

Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas.

Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.

Pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf yang disediakan oleh Baitulmal Negeri.

Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di Pejabat Tanah Dan Galian dan menyelesaikan urusan proses pewakafan.

Sumber

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/2015-11-20-07-49-26/wakaf

Akta Kebajikan Haiwan 2015 Hukuman bagi kesalahan kekejaman terhadap haiwan boleh dihukum denda minima RM20,000 dan tida...
19/09/2021

Akta Kebajikan Haiwan 2015

Hukuman bagi kesalahan kekejaman terhadap haiwan boleh dihukum denda minima RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

The laws in relation to preventive detention were different from ordinary criminal laws. Premised on this basis, the app...
19/09/2021

The laws in relation to preventive detention were different from ordinary criminal laws. Premised on this basis, the approach in the application and the interpretation of such laws were distinct from the ordinary detention under the normal criminal law. Parliament had expressed its intent when legislating POCA from the Preamble that it was enacted under art 149 of the Federal Constitution (‘FC’). The FC had empowered Parliament to legislate on the jurisdiction and powers of the court under art 74 of the FC and to legislate POCA under art 149 of the FC, in this case prescribing the 21 days’ remand under s 4(1) (a) POCA. Powers of the courts were derived from federal law (art 121 of the FC) and POCA was one of them. By prescribing the 21 days’ remand period under s 4(1)(a) POCA, Parliament did not encroach into the power of the court as it was within Parliament’s power to do so. Given the aforesaid, s 4 of POCA was constitutional.

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60194772044

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nurliyana Radzi & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nurliyana Radzi & Co.:

Share

Category