08/06/2026
" AKU CERAI KAN KAU DENGAN TALAK TIGA ! HEHEHE TAPI SAYA GURAU JE SAYANG... "
Lafaz talak yang diucapkan oleh suami kepada isteri walau dalam apa jua keadaan sekali pun (melainkan dalam keadaan tidak waras atau dipaksa oleh pihak lain) adalah sah dan jatuh talak tersebut.
Keadaan lafaz talak oleh suami sama ada dalam keadaan bergurau atau tiada niat secara langsung atau hanya mahu "menguji" isteri adalah tetap sah dan jatuh talak tersebut walaupun suami mengakui bahawa lafaz tersebut tidak diiringi dengan niat secara langsung.
Berdasarkan hukum fiqh yang diperjelaskan oleh fuqaha', lafaz cerai yang dilafazkan oleh suami dalam keadaan sorih (jelas), sedar akan lafaz tersebut dan bukan dalam keadaan dipaksa maka dari sudut hukumnya lafaz tersebut tetap dikira sebagai suatu lafaz yang mentalakkan atau menfaraqkan dirinya dengan isteri.
Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W:
ุซููุงูุซู ุฌูุฏููููููู ุฌูุฏูู ููููุฒูููููููู ุฌูุฏูู ุงููููููุงุญู ููุงูุทูููุงููู ููุงูุฑููุฌูุนูุฉู
Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).
Riwayat Abu Daud (2194)
Oleh demikian, Islam amat melarang para suami daripada mempermainkan lafaz talak yang telah diberikan wilayah (kuasa melafazkan talak) kepada mereka kerana tidak semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan dan jenaka apatah lagi ianya melibatkan ketetapan hukum hakam agama.
Nasihat kami kepada mereka yang sudah terlanjur melafazkan talak kepada isteri tanpa niat dan hanya bertujuan untuk bergurau senda,
HENDAKLAH DENGAN SEGERA membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah. Hal ini kerana, Mahkamah Syariah merupakan satu-satunya institusi yang berautoriti membuat pengesahan lafaz cerai atau talak pihak-pihak.
Selain itu, kesahan sesuatu lafaz cerai oleh Hakim sama ada jatuh atau tidak memberi kesan yang amat besar kepada status perkahwinan sesebuah pasangan itu. Kelewatan pihak-pihak untuk membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah boleh menjejaskan urusan dan menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga mereka.