12/08/2026
Urusan pusaka bukan Islam juga memerlukan proses undang-undang yang betul
Ramai yang tidak tahu — bagi keluarga bukan Islam, apabila seseorang meninggal dunia dan hartanah masih belum dipindah milik, waris tidak boleh terus menjual, memindahkan atau menguruskan harta tersebut sesuka hati.
Pada 6 Ogos yang lalu, kami berada di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Wilayah Persekutuan bersama waris-waris mendiang untuk menguruskan permohonan Perintah Pentadbir (Letter of Administration / Grant of Representation) bagi harta pusaka ayah mereka.
Dalam kes ini, hartanah tersebut masih berada di bawah hak milik pemaju (developer title) walaupun pembelian telah dibuat bertahun-tahun dahulu. Ini adalah situasi yang sangat kerap berlaku, khususnya bagi rumah atau apartmen yang belum sempat dipindah milik ke atas nama pembeli sebelum beliau meninggal dunia.
Apa yang ramai tidak sedar ialah, tanpa Perintah Pentadbir, waris tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk berurusan dengan pemaju, bank, pejabat tanah atau mana-mana pihak berkaitan. Pentadbir yang dilantik melalui Perintah Pentadbir akan menjadi individu yang diberi kuasa untuk menguruskan aset si mati mengikut persetujuan semua waris.
Alhamdulillah, selepas proses dokumentasi, semakan waris, penyediaan dokumen dan urusan di JKPTG Wilayah Persekutuan, Perintah Pentadbir telah berjaya diperoleh.
Hasrat semua waris dalam kes ini adalah supaya hartanah tersebut akhirnya dipindah milik kepada salah seorang anak mendiang, dan pihak Dzafir Shauqi & Co. akan terus membantu sehingga proses pindah milik itu berjaya disempurnakan sepenuhnya.
Yang paling menggembirakan kami bukan sekadar keputusan yang diperoleh, tetapi senyuman dan kelegaan waris-waris apabila mereka memahami proses yang sebelum ini dianggap rumit. Apabila semua waris bersetuju dan dokumen disediakan dengan betul, urusan pusaka boleh diselesaikan dengan lebih lancar, cepat dan mengelakkan pertikaian pada masa hadapan.
Jika anda mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga bukan Islam yang telah meninggal dunia dan:
- rumah masih atas nama pemaju,
- strata title belum keluar,
- atau harta pusaka masih belum dibahagikan,
jangan tunggu sehingga timbul pertikaian atau urusan menjadi lebih sukar. Dapatkan nasihat guaman lebih awal supaya hak semua waris dapat dilindungi.
Dzafir Shauqi & Co.
Probate & Estate Administration • Conveyancing • Civil Matters