The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad

The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad Penerangan Isu-Isu Perundangan Semasa Dalam Bahasa Yang Simple & Mudah Difahami. The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad - Kami Terangkan Sampai Anda Faham

Ini minggu yang menyeronokkan. . Harini, kes ni. Kalau ikut eksekutif punya dasar, no 3R cases. Tapi yg ni lepas p**a. A...
09/08/2024

Ini minggu yang menyeronokkan. .

Harini, kes ni. Kalau ikut eksekutif punya dasar, no 3R cases. Tapi yg ni lepas p**a. Apa rahsia?

Alhamdulillah.. Satu lagi kes 39B Akta Dadah Berbahaya lepas & bebas. 112.7 kgRM 7,200,000.00Hampir 4 tahun proses mahka...
28/11/2023

Alhamdulillah.. Satu lagi kes 39B Akta Dadah Berbahaya lepas & bebas.

112.7 kg

RM 7,200,000.00

Hampir 4 tahun proses mahkamah

Mengaku tak bersalah

Didapati tak bersalah

Kenapa Majistret tolak reman?Sebab dah ada keputusan Mahkamah Tinggi yang menghalang SPRM gunakan seksyen 117 Kanun Pros...
07/06/2023

Kenapa Majistret tolak reman?

Sebab dah ada keputusan Mahkamah Tinggi yang menghalang SPRM gunakan seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk reman.

Simple je. Kan? Tak faham? Ok j*p.

Kena faham yang ni dulu. Semua orang tak boleh di tahan dari bergerak ke mana-mana yang dia s**a. Itu hak dalam perlembagaan. Nak tangkap orang, kena ada undang-undang.

Apa undang-undang yang ada? Antaranya Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Secara pop**ar di panggil tahan reman.

Tapi prinsip undang-undang juga kata selagi ada undang-undang spesifik untuk sesuatu perkara, kena pakai undang-undang spesifik.

Kat sini jadi isu. Bolehkah SPRM tahan reman orang selain dari kuasa yang ada dalam Akta SPRM?

Mahkamah Tinggi kata tak boleh. Sebab SPRM ada akta (undang-undang) spesifik.

Isu yang timbul dari perintah tu adalah dalam Akta SPRM tak ada kuasa reman. Yang ada kuasa panggil untuk siasat dan bila selesai siasatan pada waktu tu, SPRM boleh kenakan jaminan SPRM.

Maknanya akta SPRM tak bagi kuasa reman.

Jadi macam mana?

Dia ada dua cara. Satu; buat rayuan ke Mahkamah Rayuan & seterusnya pihak yang tak puas hati boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan untuk tafsiran undang-undang.

Dua; pinda Akta.

Sebelum satu dari dua cara ni tak selesai, perintah Mahkamah Tinggi masih kekal terpakai.

Majistret buat benda betul mengikut undang-undang semasa.

23/05/2023
20/04/2023

NOTIS PENUTUPAN OPERASI PEJABAT SEMPENA HARI RAYA

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami ingin memaklumkan bahawa pejabat kami akan ditutup dari 20 April 2023 hingga 2 Mei 2023.

Selamat Hari Raya kepada semua.

….

NOTICE OF OFFICE CLOSURE FOR HARI RAYA

In conjunction with the celebration of Hari Raya Aidilfitri, we would like to inform that our office will be closed from 20th April 2023 until 2nd May 2023.

Selamat Hari Raya to all.

11/01/2023

Antara soalan paling banyak kami dapat:

Ambil lawyer boleh menang ke?

Ini jawapan ringkas;

Lawyer ni bukan tuhan. Lawyer tak boleh jamin apa-apa result. Lawyer hanya boleh berusaha, sama macam orang lain.

Banyak perkara perlu dinilai. Fakta kes dari sudut anak guam, fakta kes dari sudut pihak lawan, fakta kes dari sudut polis. Kena p**a tengok dokumen-dokumen.

Analisis. Menilai. Mencari. Mengkaji.

Kalau dah habis semua tu, dah ada point, dah ada peluru. Tetap kena hadap saksi. Ada peluru tapi tak boleh tanya saksi pun susah juga. Tak boleh berhujah lagi susah.

Banyak benda nak kena tengok dan nilai.

Kami dah pernah cakap benda ni, kami nak cakap lagi sekali.Polis tak sepatutnya dedahkan keterangan dalam siasatan saspe...
22/10/2022

Kami dah pernah cakap benda ni, kami nak cakap lagi sekali.

Polis tak sepatutnya dedahkan keterangan dalam siasatan saspek.

Simple je. Kenapa? Sebab keterangan dalam siasatan ni dalam mahkamah pun tak boleh dedah.

Dah kalau dalam mahkamah pun tak boleh, apa buat kau rasa kau boleh dedahkan di media?

Benda ni akan mencipta persepsi. Di mahkamah, persepsi ni mungkin ganggu pertimbangan hakim. Di media, persepsi ni akan menghukum saspek sebelum kes di tuduh.

Kalau nak cerita berdasarkan siasatan ke risikan ke, s**a hati lah. Tak ada masalah pun. ”Hasil siasatan pihak kami mendapati kejadian bla bla bla”. Cukup dah kot ye pun nak update masyarakat.

Kes ni nasib baik orang nampak cerita selain yang polis sampaikan. Banyak lagi cerita ’saspek mengaku’ yang lain di mana kejadian penuh, konteks kejadian tak di ketahui pun oleh masyarakat.

Hasilnya walaupun mahkamah akhirnya dapati tak ada perbuatan jenayah, sampai ke hujung nyawa orang tu kena tanggung persepsi yang di buat semasa kenyataan media yang macam ni.

Basikal lajak; Masih belum selesai.Kes semalam berkaitan basikal lajak ni sebenarnya mempunyai banyak hal teknikal dan p...
14/04/2022

Basikal lajak; Masih belum selesai.

Kes semalam berkaitan basikal lajak ni sebenarnya mempunyai banyak hal teknikal dan prosedural untuk dijelaskan. Kami cuba mudahkan untuk anda.

Pertama, pertuduhan ni bukan hal bunuh. Ia kes memandu secara melulu hingga akibatkan kematian. Yang ni kena faham dulu.

Kedua, kes ni dibicarakan di Mahkamah Majistret. Semua kes boleh di buat rayuan sehingga dua kali. Kalau tak mahu merayu pun boleh. Itu hak pihak yang terlibat.

Untuk faham kronologi kes ni, kena faham yang mahkamah jenayah ni perbicaraan dia ada dua peringkat. Peringkat pertama yang kita selalu dengar prima facie tu. Peringkat prima facie ni, hanya saksi bagi pihak pendakwaan akan dipanggil.

Hujung Prima Facie, hakim atau majistret akan bagi keputusan sama ada wujud kes untuk dijawab. Apa benda ni? Bahasa mudah, lepas dengar semua saksi pendakwaan, hakim puas hati atau tak yang memang dah hampir pasti dia buat salah. Belum pasti, hampir pasti. (Ini bukan definisi sebenar, ini hanya untuk memudahkan pembaca yang tak ada latar belakang undang-undang faham). Kalau tak ada kes, OKT bebas.

Kalau hakim puas hati ada kes, dia akan arahkan perbicaraan peringkat kedua. Peringkat ni dipanggil pembelaan. Peringkat ni saksi-saksi dari side Orang Kena Tuduh akan dipanggil. Lepas dengar saksi-saksi ni, hakim akan putuskan semula sama ada memang OKT salah atau tak salah.

Faham setakat ni? Tak faham kena baca balik.

Dalam kes basikal lajak ni, pada peringkat Prima Facie, Majistret dapati tak ada kelalaian dalam pemanduan dan bebaskan OKT. Pendakwaraya buat rayuan. Hakim Mahkamah Tinggi kata sepatutnya kena panggil bela diri. Jadi kes dip**angkan kepada Majistret.

Lepas pembelaan, Majistret masih dapati tak salah. Maknanya tak ada kelalaian, tak ada memandu melulu. Majistret bebaskan sekali lagi. Pendakwaraya merayu lagi sekali.

Sebab tu la kes ni bebas dah dua kali.

Tapi di Mahkamah Tinggi, Hakim dapati ada pemanduan melulu yang bahaya. Mengikut laporan berita, hakim nyatakan ada elemen melulu. Untuk kepastian, kita kena tunggu Alasan Penghakiman oleh Yang Arif Hakim.

Dalam konteks ni, pertikaian masyarakat ialah 'lepas ni jalanraya kena bagi kat basikal lajak, kita naik tikar terbang' dan 'siapa suruh bawa basikal pukul 3'.

Baik, kita sekalikan dua-dua ni.

Bila tuduhan memandu melulu, lalai, cuai dan yang seangkatan, kita kena fokus pada elemen pertuduhan dulu. Ada tak tindakan seperti yang dituduh?

Ye la, ada budak-budak main basikal tak cukup sifat atas jalan yang dah macam highway, tapi yang dibicarakan ialah standard pemanduan. Jika pemandu memandu ikut standard yang sewajarnya, adakah kemalangan seperti itu akan berlaku?

Dalam hal macam ni juga, wajar dipertimbangkan keadaan jalan, cuaca, kedudukan mangsa sama ada tersembunyi atau jelas, kenderaan mangsa sama ada boleh dilihat, banyak lagi. Semua ni perlu dibangkitkan dan dipertimbangkan.

Ni belum masuk bab prosedur contohnya sama ada saksi hadir, bukti diterima atau tak, kenyataan OKT dibuat macam mana. Banyak hal prosedur dan teknikal yang boleh mempengaruhi dapatan kes.

Adakah kes ni dah selesai? Dah rayuan dua kali kan?

Tak, kes ni rayuan atas keputusan akhir kes baru sekali. Maknanya boleh merayu lagi ke Mahkamah Rayuan.

Dah tu kenapa terus kena penjara? Kenapa N tak kena? Ini double standard.

Ini kita panggil isu undang-undang. Prosedur rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk kes yang berasal dari Majistret ni ada syarat. Syarat dia, kena mohon kebenaran dulu dari Mahkamah Rayuan. Maknanya ada satu step tambahan berbanding kes yang berasal dari Mahkamah Tinggi.

Benda ni yang belum ada. Peguam tak boleh mohon izin ni selagi kes belum diputuskan. Bila dah putus, nak mohon makan masa berhari juga.

Itu alasan Mahkamah tinggi tak bagi penangguhan lagi. Mungkin bila dah ada nanti, penangguhan akan dibenarkan. Itu pun jika syarat-syarat dipenuhi dan atas penilaian Hakim.

Memang ada hujah dan perbezaan pendapat atas hal tu, tapi kita cerita lain kali. Akademik sangat nanti.

Ok, lepas ni apa p**ak?

Berdasarkan berita, akan ada rayuan dari pihak pemandu. Mungkin juga ada rayuan silang dari pihak pendakwaraya. Rayuan silang ni maknanya ada rayuan dari pihak yang satu lagi.

Laaa... pendakwaraya nak buat apa lagi? Kan dah menang rayuan?

Rayuan ni tak terhad kepada yang kalah je. Pendakwaan boleh merayu untuk naikkan hukuman. Kalau dia tak puas hati atas hukuman yang diputuskan.

Pesan kami,

Untuk geng basikal lajak & sekutu; Keputusan kali ni tak beri hak total kepada korang untuk buat s**a hati atas jalan.

Untuk driver kenderaan bermotor; Hati-hati, pastikan korang ikut standard pemanduan yang ditetapkan.


Hiduplah secara bertamadun.Antara ciri-ciri ketamadunan ialah wujudnya sistem pentadbiran termasuk sistem undang-undang....
14/01/2022

Hiduplah secara bertamadun.

Antara ciri-ciri ketamadunan ialah wujudnya sistem pentadbiran termasuk sistem undang-undang. Ada pembuat undang-undang, ada penguatkuasa dan ada mahkamah.

Semua kita tahu dan faham, apa yang adik ni buat salah. Apa juga alasan, ia tetap salah dari pandangan undang-undang.

Kami tak mahu sentuh tentang kenapa dia buat dan apakah alasan dia boleh diterima atau tak. Kerana kita semua tak ada maklumat sahih. Yang kita ada hanyalah laporan media.

Boleh ke pegawai masjid tangkap? Salah ke tangkap?

Boleh, sesiapa pun boleh tangkap orang yang disyaki buat jenayah. Ini kita panggil Tangkapan Awam.

Tapi kena ingat, ‘kuasa’ Tangkapan Awam ni terhad kepada tangkap je. Bila korang nampak kejadian jenayah, korang boleh kejar dan tangkap. Setakat tu je. Korang bukan polis ada hak nak pecah masuk rumah orang, nak geledah rumah orang.

‘Kuasa’ nak pukul lagi la tak ada. Polis pun tak boleh pukul atau sebabkan kecederaan tanpa keperluan. Kalau nak pertahan diri atau dia lari, kecederaan yang sewajarnya untuk tangkapan dibolehkan.

Kuasa nak soal siasat sampai dia mengaku pun tak ada. So jangan la pakai alasan pukul ke buat apa-apa ke untuk soal siasat dia, untuk pastikan dia mengaku. Tu kerja polis, biar polis buat kerja dia.

Lepas tangkap, terus sama ada bawa ke balai polis atau call polis untuk hantar bantuan. Yang menangkap, tugas dia tak habis kat situ. Korang kena pergi ke balai p**ak, jumpa Pegawai Penyiasat untuk bagi statement. Lepas tu standby untuk jadi saksi mahkamah.

Selama ni kita tengok banyak situasi orang awam akan ambil tindakan sendiri pada saspek. Ada yang sampai lembik kena belasah. Ada yang sampai mati.

Budaya vigilante macam ni selama ni tak mendapat perhatian sangat. Ramai yang anggap normal. “Padan muka, siapa suruh”. Kan?

Akhirnya berlaku kejadian yang kita kesali. Budaya vigilante merebak ke institusi Masjid.

Kami kesian dengan adik ni. Kesian kerana dia kena hadapi hukuman yang tidak adil. Tidak adil bukan kerana ada penjara atau denda. Tak. Hukuman yang mahkamah bagi adalah mengikut kuasa yang diberikan undang-undang sewajarnya.

Mahkamah juga ada proses semak dan imbang sendiri. Boleh buat rayuan dan sebagainya.

Hukuman jadi tak adil bila geng yang tangkap dia jatuhkan hukuman sendiri yang tak ada dalam undang-undang. Dimandikan, di kapur baruskan, di libas dengan getah paip. Tak cukup, dirakam dan diviral.

Dah puas lepas geram, dihantar ke balai polis. Kena reman dan kena hukum.

Dua kali. Dua jenis hukuman. Hukuman yang sah, dan hukuman yang tak sah. Dua-dua dia kena.

Kita kena hentikan budaya vigilante macam ni. Kita bukan orang yang diberi kuasa untuk menghukum. Kita tak dilatih untuk menghukum. Kita tak adil dalam menghukum. Susah sebenarnya nak jadi orang yang jatuhkan hukuman ni.

Harini kita tengok sekadar dimandikan. Esok-esok, mungkin jadi lagi teruk. Jangan la sampai benda macam ni jadi fitnah pada institusi masjid.

Kalau lepas tangkap suruh dia solat sunat sebelum bawa ke balai polis boleh la diterima. Kalau ‘settle luar’ suruh dia datang bersihkan masjid setiap petang pun rasanya kita boleh terima.

Jangan la dalam kita menghalang perbuatan jenayah, kita juga melakukan perbuatan salah. Dan kalau buat benda salah, jangan la kita seronok viralkan.


Majlis penghargaan dan makan tengah hari The Law Chambers of Redzuan & Faiezad.Terima kasih kepada semua warga TLCRF, ko...
25/12/2021

Majlis penghargaan dan makan tengah hari The Law Chambers of Redzuan & Faiezad.

Terima kasih kepada semua warga TLCRF, korang semua memang best.

Semoga 2022 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Together we strive!

Address

Shah Alam

Telephone

+60105176907

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad:

Share