Tetuan Nooraizan & Partners

Tetuan Nooraizan & Partners Perunding Keluarga, Peguam Syarie, Perunding pusaka hibah wasiat, Syarie Counsel. 0378462054

Mal
- Pernikahan
- Perceraian
- Hadhanah
- Mutaah
- Nafkah
- Hutang
- Harta Sepencarian
- Harta Pusaka
- Hibah
- Pengesahan Nikah
- Pengesahan Taraf Anak
- Nafkah tertunggak
- Perlaksanaan Perintah
- Wasiat

Jenayah
- Semua kesalahan jenayah di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995.

HAK SEORANG BALU DALAM HARTA SEPENCARIAN Soalan: Salam Tuan, saya ingin bertanya. Saya mempunyai seorang anak lelaki dan...
13/07/2023

HAK SEORANG BALU DALAM HARTA SEPENCARIAN

Soalan:

Salam Tuan, saya ingin bertanya. Saya mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Pada tahun yang lepas suami saya meninggal dunia dan kemudian awal tahun ini, ibu mertua saya meninggal dunia. Jadi, ada adik ipar lelaki saya nak tuntut hak faraid ke atas rumah arwah suami manakala 3 orang ipar perempuan dah bersetuju untuk tidak menuntut hak faraid kerana mereka tahu hanya itu saje satu-satunya harta yang arwah suami saya tinggalkan. Adik ipar lelaki saya berkeras untuk menyuruh saya menjual rumah itu untuk tuntut hak faraid. Saya perlukan penjelasan dari tuan macam mana untuk diselesaikan.


Jawapan:

Waalaikumsalam Puan.

Puan perlu mengira dahulu bahagian bagi setiap ahli waris. Untuk kes Puan ada 2 lapis kematian arwah suami dan ibu mertua. Waris bagi arwah suami ialah ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Manakala waris bagi ibu mertua ialah suami, seorang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Seterusnya, Puan perlu senaraikan harta pusaka, hutang dan senaraikan kos2 yang perlu digunakan untuk proses mohon pusaka.

Puan perlu memfailkan tuntutan harta sepencarian terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah. Setelah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah, maka ianya akan melalui Majlis Sulh terlebih dahulu. Sekiraya terdapat penyelesaian antara kedua belah pihak maka kes akan selesai. Manakala sekiranya tiada persetujuan maka akan di bawa kepada peringkat hakim.

Kebiasaannya mahkamah akan bagi 50% hak harta sepencarian ke atas rumah tersebut. Kemudian Puan boleh buat permohonan pusaka di pejabat pusaka kecil dengan membawa perintah harta sepencarian semasa bicara pusaka nanti.

Sebagai contoh, Puan boleh menilaikan rumah tersebut dengan anggaran nilai rumah contohnya rm600,000 maka hak harta sepencarian ialah separuh dari nilai tersebut. Baki nilai rumah yang perlu difaraid ialah rm300,000.

Daripada nilai tersebut, Puan perlu tolak dahulu :

- Hutang arwah kepada Allah seperti diyat, badal haji, atau zakat

- Hutang arwah kepada manusia samada individu atau institusi bank

- Melaksanakan wasiat atau hibah sekiranya ada ditinggalkan

- Kos pengurusa pusaka dsb

Setelah tolak hutang yang bernilai 40,000 maka baki nilai bersih yang perlu difaraidkan ialah rm260,000 sahaja. Maka nilai faraid setiap orang akan dapat ialah :

- Isteri (Nilai Harta Sepencarian RM300,000 campur dengan nilai faraid 1/8 daripada RM260,000): RM332,500
- Bapa mertua: RM54,166.66
- Anak lelaki 1: RM70,416.68
- Anak perempuan 1: RM35,208.34
- Anak perempuan 2: RM 35,208.34
- Adik lelaki 1: RM13,000
- Adik perempuan 1: RM6,500
- Adik perempuan 2: RM6,500
- Adik perempuan 3: RM6,500

Waris-waris boleh membuat keputusan sama ada ingin mengambil hak faraid atau melepaskan hak faraid setelah waris-waris mengetahui nilai bahagian masing-masing. Sekiranya mereka ingin mengambil hak faraid, isteri perlu membayar pampasan mengikut nilaian faraid yang sepatutnya diterima sebagaimana nilaian di atas.

Cadangan cara pembahagian:

Rumah didaftarkan di atas nama isteri dan 3 orang anak si mati. Si isteri akan jadi pemegang amanah kepada anak2 yang masih di bawah umur. Waris-waris ibu perlu mengisi borang DDA untuk melepaskan bahagian rumah kepada isteri dan anak-anak si mati.

Isteri bayar pampasan RM 13,000 kepada adik lelaki yang menuntut faraid. Tak perlu bayar kepada waris-waris yang lain kerana mereka melepaskan hak tanpa menuntut balasan. Maka, tidak perlu sehingga menjual rumah semata untuk membuat pembahgaian faraid.

Harta sepencarian ialah hak bersama antara suami dan isteri. Isteri perlu tegas dalam menuntut harta sepencarian iaitu bila mana hak isteri dan anak-anak diprejudiskan. Kalau tak tuntut harta sepencarian, bahagian isteri hanya 1/8 dan tentulah terpaksa bayar pampasan yang tinggi kepada waris yang menuntut.

KLIK UTK INFO LANJUT:

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

JENIS-JENIS PERCERAIAN (BAHAGIAN 1)
19/06/2023

JENIS-JENIS PERCERAIAN (BAHAGIAN 1)

Apakah yang perlu dilakukan si isteri sekiranya suami meninggal dunia ?
23/05/2023

Apakah yang perlu dilakukan si isteri sekiranya suami meninggal dunia ?

19/05/2023

HIBAH LISAN DISAHKAN OLEH MAHKAMAH

Seorang kakak telah menghibah sebuah rumah kepada adik bongsunya secara lisan. Fakta kes, Plaintif merupakan anak keempat dari lima orang adik beradik. Plaintif mempunyai seorang kakak yang telah meninggal dunia pada 25hb Januari 2020. Sebelum meninggal dunia, kakak Plaintif telah membuat hibah secara lisan atau secara perbualan antara beliau dengan Plaintif, di mana di dalam perbualan itu arwah kakak telah menghibah sebuah rumah teres satu tingkat di Ampang kepada Plaintif dengan katanya:-

“Aku, Aminah kakak kau mengamanahkan rumah aku dekat Ampang kepada kau. Kunci dan dokumen rumah dan rumah itu diserahkan kepada kau, dan kau jagalah baik-baik. Rumah itu jangan beri kepada Elliah dan adik beradik lain jangan tuntut. Pesan pada diorang jangan tuntut”

Sehubungan itu, Plaintif telah membuat tuntutan pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berdasarkan Seksyen 61(b)(3)(vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Plaintif telah mengemukakan dua orang saksi di dalam kes tersebut iaitu isteri beliau dan jiran beliau yang mana saksi-saksi tersebut telah mendengar sendiri arwah kakak menghibahkan rumah tersebut kepada Plaintif. Antara isu penting di dalam kes pengesahan hibah adalah isu al-Qabd iaitu penerimaan barang yang dihibah. Sekiranya penghibah memberikan hartanya tetapi tidak disertakan dengan penerimaan (al-Qabd) oleh pihak yang diberikan harta itu, maka hibah tersebut tidak sempurna.

Di dalam kes ini, Plaintif telah melakukan al-Qabd ke atas hibah tersebut dengan cara Plaintif telah menyimpan kunci dan geran rumah tersebut serta menguruskan rumah tersebut. Walaupun Plaintif tidak tinggal di rumah tersebut yang dihibahkan kepadanya, tetapi Mahkamah telah mengesahkan wujud al-Qabd di dalam lafaz hibah tersebut. Oleh itu, Mahkamah pada tarikh 12hb April 2023 telah membuat perintah mengesahkan hibah lisan yang dibuat oleh arwah kakak Plaintif pada 8hb November 2020 dan memerintahkan serta mensabitkan bahawa rumah tersebut menjadi milik Plaintif dan rumah tersebut tidak perlu difaraidkan kepada waris-waris yang lain.

*KLIK UNTUK INFO LANJUT:*

Harta Sepencarian
18/05/2023

Harta Sepencarian

WASIAT
17/05/2023

WASIAT

Hibah
16/05/2023

Hibah

15/05/2023

DILEMA ISTERI KEMATIAN SUAMI DAN HAK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN (BAHAGIAN 2)

Sekiranya Puan merasakan nilai yang Puan perolehi sedikit dan Puan mempunyai sumbangan kepada harta-harta tinggalan arwah suami maka Puan boleh menuntut hak harta sepencarian. Puan boleh mendapatkan hak harta sepencarian tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah. Sekiranya Puan mempunyai sumbangan langsung daripada harta tersebut Puan berkemungkinan memperoleh 50% daripada harta itu sebagai harta sepencarian. Namun sekiranya Puan tidak mempunyai sumbangan langsung iaitu sumbangan kewangan daripada harta tersebut, Puan mungkin berhak mendapat 1/3 daripada harta tersebut sebagai harta sepencarian.

Ia mengambil kira sumbangan Puan sebagai isteri yang telah menjaga rumah tangga, menjaga pakai minum arwah, menjaga anak-anak dan menjaga rumah yang dihuni oleh Puan dan arwah suami. Selepas Puan memperoleh perintah harta sepencarian, Puan boleh membuat permohonan pusaka di pejabat pusaka kecil dengan membawa perintah harta sepencarian semasa bicara pusaka nanti. Oleh itu, sekiranya Puan mendapat hak harta sepencarian maka pembahagian pusaka seperti di atas tadi, akan ditolak terlebih dahulu dengan nilai harta sepenccarian Puan. Kiraan semula seperti berikut :

Harta : RM600,000

- (TOLAK) Hutang : RM100,000 (RM500,000)

- (TOLAK) 50% daripada harta sepencarian : RM250,000 (RM250,000)

Baki RM250,000 ini akan dibahagikan kepada waris-waris mengikut faraid seperti berikut :

Isteri – RM31,250 + RM250,000 (RM281,250)

Bapa mertua – RM52,083.34

Anak lelaki – RM118,05.55

2 orang anak perempuan – RM29,513.89 seorang

Sorang anak lelaki (adik ipar) - RM20,833.33

3 orang anak perempuan (kakak ipar) - RM3,472.22 seorang

Bagi harta berbentuk aset seperti rumah maka timbul persoalan samada rumah tersebut perlu dijual atau tidak. Maka untuk mengelakkan rumah daripada dijual maka perlu dipastikan samada waris mahu menuntut rumah itu atau tidak. Sekiranya mereka ingin menuntut dan mengambil hak faraid, isteri perlu membayar pampasan mengikut nilai faraid sebagaimana nilaian di atas untuk mengelakkan rumah tersebut dijual.

Oleh itu, di dalam kes ini, rumah Puan boleh didaftarkan di atas nama Puan dan 3 orang anak Puan. Puan akan menjadi pemegang amanah kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Waris-waris ibu mertua perlu mengisi borang DDA untuk melepaskan bahagian rumah kepada Puan dan anak-anak. Kemudian, Puan hanya perlu membayar bahagian faraid sebanyak RM20,833.33 kepada adik ipar lelaki yang menuntut faraid.

Manakala, bagi bapa mertua dan kakak ipar yang tidak menuntut hak faraid maka Puan tidak perlu membayar bahagian mereka. Namun, sekiranya bapa mertua dan 3 orang kakak iparnya menuntut hak faraid maka Puan perlu membayar bahagian faraid kepada mereka seperti nilaian di atas. Oleh itu, tidak perlu sehingga menjual rumah semata-mata untuk membuat pembahagian faraid.

11/05/2023

DILEMA ISTERI KEMATIAN SUAMI DAN HAK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN (BAHAGIAN 1)

Soalan:

Salam Tuan, saya ingin bertanya. Saya mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Pada tahun yang lepas, suami saya meninggal dunia dan pada awal tahun ini, ibu mertua saya p**a meninggal dunia. Jadi, ada adik ipar lelaki saya nak tuntut hak faraid ke atas rumah arwah suami manakala 3 orang kakak ipar perempuan dah bersetuju untuk tidak menuntut hak faraid kerana mereka tahu hanya itu saja satu-satunya harta yang arwah suami saya tinggalkan. Adik ipar lelaki saya berkeras untuk menyuruh saya menjual rumah itu untuk tuntut hak faraid. Saya perlukan penjelasan dari tuan macam mana untuk selesaikan.


Jawapan:

Waalaikumsalam Puan. Puan perlu mengira terlebih dahulu bahagian pecahan pusaka bagi setiap ahli waris. Untuk kes Puan, ada 2 lapis kematian iaitu kematian *arwah suami* dan *ibu mertua*. Waris bagi arwah suami ialah ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Manakala waris bagi ibu mertua ialah suami, seorang anak lelaki (adik ipar) dan 3 orang anak perempuan (kakak ipar). Pecahan pusaka setiap waris mengikut faraid adalah seperti berikut :

Waris bagi arwah suami

- Isteri (1/8)

- Ibu mertua (1/6)

- Bapa mertua (1/6)

- Anak lelaki (Baki dikongsi bersama anak perempuan dengan nisbah 2:1)

- 2 orang anak perempuan (Baki dikongsi bersama anak lelaki dengan nisbah 2:1)

Waris bagi arwah ibu mertua

- Suami (1/4)

- Seorang anak lelaki (adik ipar) (Baki dikongsi bersama anak perempuan dengan nisbah 2:1)

- 3 orang anak perempuan (kakak ipar) (Baki dikongsi bersama anak lelaki dengan nisbah 2:1)

Maka sebelum pembahagian faraid dibuat perlu dipastikan dahulu hutang-hutang yang ditanggung oleh arwah seperti berikut :

- Hutang arwah kepada Allah seperti diyat, badal haji, atau zakat sekiranya ada

- Hutang arwah kepada manusia samada individu atau institusi bank sekiranya ada

- Wasiat atau hibah sekiranya ada ditinggalkan

- Kos pengurusan pusaka dsb

Sebagai contoh nilai keseluruhan harta suami Puan adalah RM600,000 dan hutang sebanyak RM100,000 maka baki nilai bersih harta yang perlu difaraidkan ialah RM500,000. Maka nilai faraid yang setiap orang akan dapat ialah :


Isteri - RM62,500

Bapa mertua - RM104,166.66

Anak lelaki – RM80,555.56

2 orang anak perempuan – RM45,38.89 seorang

Seorang anak lelaki (adik ipar) - RM41,666.67

3 orang anak perempuan (kakak ipar) - RM6,944.44 seorang

Harta Pusaka: Siri 5 & 6
10/05/2023

Harta Pusaka: Siri 5 & 6

Siri 4: Harta Pusaka
03/05/2023

Siri 4: Harta Pusaka

20/04/2023

Address

No. 10-2 Jalan OPERA D U2/D TAMAN TTDI JAYA
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60378462054

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tetuan Nooraizan & Partners posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tetuan Nooraizan & Partners:

Share