Peguam Syarie : Haris Ali & Associates

Peguam Syarie : Haris Ali & Associates TETUAN HARIS ALI & ASSOCIATES, Menyediakan khidmat peguam syarie di Wilayah Persekutuan,Negeri Selangor, Negeri Sembilan & Melaka

Tetuan Haris Ali & Associates menyediakan khidmat peguam syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan,Negeri Selangor & Negeri Sembilan. Kami menawarkan nasihat dan khidmat guaman bagi Permohonan Wali Hakim, Permohonan kebenaran berkahwin, Permohonan Poligami, Permohonan Pengesahan dan Daftar Nikah, Permohonan Faraq Nikah, Permohonan Perceraian (Pengesahan lafaz cerai, Perceraian secara persetujuan bers

ama, Fasakh, Ta'liq dan Khuluk, Tuntutan Nafkah (Isteri, anak) / Tunggakan Nafkah, Tuntutan Hak Penjagaan Anak (Hadhanah), Tuntutan Mutaah, Tuntutan Harta Sepencarian, Permohonan Sijil Faraid, Menulis dokumen Hibah dan Wasiat, Permohonan pengesahan hibah dan wasiat, dan lain-lain permasalahan syarie

๐ŸŒ™ Salam Ramadhan Al-Mubarak 1448HSemoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan dalam hati, keberkatan dalam rezeki, dan ke...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Salam Ramadhan Al-Mubarak 1448H

Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan dalam hati, keberkatan dalam rezeki, dan keampunan buat segala khilaf yang lalu.

Moga setiap amalan kecil kita digandakan pahala, dan setiap doa diangkat tanpa hijab.

Selamat menyambut bulan mulia. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kesempatan untuk memanfaatkan Ramadhan sebaiknya.

โ€” Ikhlas daripada Tetuan Haris Ali & Associates -

06/05/2024

HAK-HAK WANITA YANG PERLU DIKETAHUI DALAM PERCERAIAN...

๐Ÿฑ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ผ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต.

1) Cerai seksyen 47, cerai persetujuan bersama/cara baik

Suami memang ada kuasa untuk lafaz cerai, tapi mesti dengan kebenaran hakim. Kalau tidak,suami akan kena denda nanti. Isteri boleh failkan, suami pun boleh failkan. Sekiranya suami/isteri tak bersetuju, mahkamah akan arahkan pihak-pihak melantik jawatankuasa pendamai (jkp) dibawah seksyen yang sama.. sekiranya masih gagal mahkamah akan melantik hakam bagi kedua-dua pihak dibawah seksyen 48. Hakam yang akan menentukan sama ada perkahwinan masih boleh diteruskan atau sebaliknya berdasarkan kaedah-kaedah hakam.. ( Kebanyakan negeri masih tidak mengamalkan kaedah hakam sekiranya suami tidak setuju untuk cerai) kecuali bagi negeri selangor, WP & negeri sembilan sahaja .

2) Pengesahan lafaz cerai

Suami lafaz cerai luar mahkamah, salah satu pihak perlu membuat pengesahan di Mahkamah. Kalau anda dapat rasakan suami ada lafaz, sama ada Lafaz Sarih/Jelas atau Lafaz itu Lafaz Kinayah/Kiasan, WAJIB buka kes pengesahan di Mahkamah. Biar Mahkamah yang putuskan.

3) Cerai Takliq

Suami langgar atau tak patuh dengan janji dia selepas nikah. Lafaz takliq ini dibaca selepas akad nikah dan akan tertulis di Sijil Nikah anda. Kes ini boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah. Isteri tuntut, dan isteri juga perlu buktikan dakwaannya di Mahkamah.

4) Cerai Fasakh

Maksudnya, Mahkamah โ€˜membubarkanโ€™ perkahwinan dengan alasan yang ada di dalam undang-undang. Ada banyak alasan isteri boleh tuntut fasakh, cuma yang paling penting dakwaan itu perlu dibuktikan. Kalau Hakim berpuas hati, maka sabitlah Fasakh perkahwinan tersebut.

5) Tebus talak

Isteri membayar sejumlah wang kepada suami sebagai bayaran untuk menebus perkahwinan tersebut. Masalah besar jika salah satu pihak tak setuju untuk tebus talak atau tak setuju dengan jumlah tebus talak. Sepatutnya jumlah tebus talak adalah isteri memulangkan semula mahar perkahwinan, tetapi tidak disebut dalam undang-undang perkara sedemikian.

Pengamal Undang-Undang Syariah
Tetuan Haris Ali & Associates

18/05/2023
Dapatkan nasihat yg betul...
24/02/2023

Dapatkan nasihat yg betul...

Pasangan suami isteri, wali, saksi atau mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah di Thailand boleh dikenakan penalti atas kesalahan Jenayah Syar...

Hubungi kami utk nasihat perundangan..โœŒ๐Ÿป
19/02/2023

Hubungi kami utk nasihat perundangan..โœŒ๐Ÿป

Address

NO. 2-22 Jalan DINAR U3/C, SUBANG PERDANA U3
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Haris Ali & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie : Haris Ali & Associates:

Share