Peguam Syarie : Saidah & Associates

Peguam Syarie : Saidah & Associates Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Syarie : Saidah & Associates, Shah Alam.

28/02/2021
16/01/2021

KISAH BENAR

"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya."

"Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?"
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

"Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?"
Soalan dibalas dengan soalan.

"Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau."

"Apa?Kenapa macamtu pulak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?"
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.
Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan."
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.
Tambahan pula,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?

Sila ingat ya.
Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.

Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.

Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?

Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.

Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!

Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.
Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan.

Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.

So guys,
Pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.

Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO!Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi,harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.
Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Jadi,jom bertindak sekarang.

HIBAH sebelum REBAH !!!!
Sediakan Hadiah kepada keluarga tercinta anda sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Di sebalik kedukaan jangan biarkan mereka juga terbeban dengan komitment yang telah anda tinggalkan.
Credit : Asyraf Zakhi



Selamat tahun baru.😊Ini adalah tahun baru. Awal yang baru. Dan jalan yang baruSemoga tahun ini membawa kesempatan lain u...
01/01/2021

Selamat tahun baru.😊

Ini adalah tahun baru. Awal yang baru. Dan jalan yang baru

Semoga tahun ini membawa kesempatan lain untuk kita memperbaiki keadaan dan membuka babak baru dalam hidup.


29/12/2020

Pembubaran Perkahwinan atau FASAKH menurut seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003: πŸ‘‡πŸ»

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lainβ€”

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) dalam sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

πŸ‘‰πŸ» seksyen ini berkaitan dengan Pembubaran Perkahwinan melalui Fasakh.

πŸ‘‰πŸ» ini adalah ciri-ciri yang berhak seseorang isteri @ suami untuk membuat tuntutan Fasakh khususnya kepada Isteri.




16/12/2020

JENIS-JENIS IDDAH DAN TEMPOH IDDAH

βœ… Iddah isteri yang masih mempunyai haid

* Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

* Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

* Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. Iddah tamat apabila datang haid yang keempat.

βœ… Iddah isteri yang telah putus haid / belum pernah haid

* Tempoh iddah isteri yang telah putus haid selama 3 bulan.


βœ… Iddah isteri yang sedang hamil

* Selesai iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.


βœ… Iddah isteri yang kematian suami

* Tempoh iddah isteri yang kematian suami selama 4 bulan 10 hari.

βœ… Iddah isteri yang belum pernah disetubuhi

* Tiada iddah



Memandangkan isu KWSP tengah panas sekarang.. Jom kita sama2 belajar 1 ilmu berkaitan dengan KWSP.. 😊
10/12/2020

Memandangkan isu KWSP tengah panas sekarang..
Jom kita sama2 belajar 1 ilmu berkaitan dengan KWSP.. 😊



09/12/2020

PERCERAIAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA DI BAWAH SEKSYEN 47 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

Merujuk kepada peruntukan di atas, jika seseorang ingin memfailkan suatu perceraian, mereka hendaklah mendapatkan borang saman perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di mana tempat pihak-pihak bermaustatin. Suatu Surat Akuan yang dilampirkan bersama borang saman tersebut perlu diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Suatu perceraian sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak mestilah berlaku dalam sebaik-baik keadaan dan tidak mendatangkan dharar kepada mana-mana pihak. Maka, perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tersebut adalah kaedah perceraian yang efektif dan dapat memelihara aib kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri.

Seterusnya, melihat kepada isu sama ada suami bersetuju untuk menceraikan isteri atau tidak?

i. Suami Setuju Untuk Menceraikan Isteri
Mahkamah akan mengambilkira beberapa perkara sebelum talaq dilafazkan oleh suami iaitu:
a) tidak menjalinkan hubungan kelamin semasa dalam proses perceraian
b) tidak ada orang yang memaksa suami utk melafazkan cerai
c) suami dalam keadaan waras dan sedar
d) mendapat kepastian dan keesahan kedua-dua belah pihak sebelum lafaz dibuat

Sebaik sahaja saman berjaya disampaikan kepada suami dan suami bersetuju untuk bercerai, maka Mahkamah Syariah akan mengarahkan suami melafazkan cerai di dalam mahkamah setelah mendapati bahawa perkahwinan tersebut tidak dapat diselamatkan. Setelah Mahkamah berpuas hati, maka Yang Arif akan membenarkan talaq dilafazkan oleh suami dengan kebenaran Mahkamah.
-Kes selesai-

ii. Suami Tidak Bersetuju Untuk Menceraikan Isteri
Sekiranya suami tidak bersetuju dengan perceraian tersebut, maka Mahkamah boleh mengarahkan suatu jawatankuasa pendamai dilantik untuk mewakili pihak-pihak. Hal ini diperuntukkan dalam Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang wakil. Di peringkat ini, Mahkamah akan memberi keutamaan kepada saudara dan ahli keluarga terdekat. Wakil-wakil ini akan berusaha berbincang untuk mencapai perdamaian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh jawatankuasa ini dibentuk. Jika pihak-pihak berjaya didamaikan, maka Mahkamah akan merekodkan perdamaian tersebut dan menolak tuntutan perceraian yang dikemukakan oleh isteri.

Bagaimanapun, sekiranya pihak-pihak gagal didamaikan selepas tempoh 6 bulan tersebut dan suami enggan melafazkan cerai, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes tersebut kepada Hakam (Penimbang Tara). Perlantikan Hakam dibuat setelah Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak dalam tempoh perkahwinan tersebut (rujuk Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 10 Tahun 2007).

Kesan Perceraian di bawah S. 47 EUKIS 2003
Suatu perceraian di bawah peruntukan S. 47 EUKIS 2003 akan menggugurkan 1 talak dan boleh dirujuk semasa isteri dalam iddah dan tidak memerlukan kepada aqad baru.




Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60149669249

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Saidah & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share