29/01/2020
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Benda ni, mungkin normal bagi korang. Bila bercakap tentang nak beli rumah kat Cyberjaya, mesti ada mulut yang muntahkan dialog berbunyi seperti ini : โJAUH GILA. KENAPA NAK KENA CARI RUMAH DEKAT TEMPAT JIN BERTENDANG?โ Mungkin ada yang belum sedar. Lokasi yang ramai orang labelkan sebagai tempat jin bertendang ni, ada banyak potensi.
๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ?
Banyak agensi kerajaan dah lama promote Cyberjaya sejak tahun 2000 lagi, sampai la ke hari ini. Ada beratus syarikat berstatus MSC (Multimedia Super Corridor) seperti HP, Dell, DHL, IBM, dan lain-lain memilih Cyberjaya sebagai tempat ibu pejabat, pusat IT, dan juga pejabat mereka.
Statistik pada tahun 2016 mencatatkan aggaran sebanyak 25,000 populasi pelajar di Cyberjaya sekarang. Dan jumlah ni dijangka akan meningkat lebih tinggi pada masa akan datang. Okay. Mungkin apa yang saya sebutkan tadi korang dah tau. Tapi, apa lagi sebab-sebab lain yang patut korang pertimbangkan untuk beli rumah kat Cyberjaya?
๐. ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐๐ฎ๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐ค๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐
Cyberjaya dikelilingi oleh penempatan yang tinggi dari sudut populasi seperti Puchong, Kajang, Putrajaya, dan Bangi. Sekarang ni, dah ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat, tanpa perlu keluar daripada kawasan Cyberjaya. Dan ini akan menjadi tarikan untuk pembeli Gen Y dan Z pada masa yang mendatang.
Pada pandangan dan kajian secara kasar, Cyberjaya menjadi pilihan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berdekatan. Hanya 20 minit je untuk ke KLIA. Dan ini tentu berita baik buat mereka yang mencari rezeki di KLIA. Tak payah pening kepala nak keluarkan bajet yang besar untuk minyak kereta korang tu. Lagi satu biar betul. 25 minit je untuk ke Pusat Bandar? Yang bekerja kat Kuala Lumpur pun, senang je nak ke sana tanpa ambil banyak sangat masa.
Perjalanan untuk ke Pusat Bandar hanya ambil masa lebih kurang 25 minit kalau korang ikut Maju Expressway (MEX). Tu tak sebut lagi yang highway yang lain, seperti :
Lebuhraya Damansara โ Puchong (LDP),
South Klang Valley Expressway (SKVE) ,
North-South Expressway Central Link (PLUS), dan
Expressway Lingkaran Tengah (ELITE).
Terletak betul-betul kat sebelah Putrajaya
Cyberjaya terletak sangat dekat dengan pejabat kerajaan (yang bertempat kat Putrajaya).
๐. ๐๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ ๐ข ๐ค๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฅ๐จ๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฎ๐ง๐?
Daripada 7,000 ekar tanah pegangan bebas di Cyberjaya, 48% daripada jumlah ini akan didedikasikan untuk kemudahan awam, serta flora dan fauna.Universiti dan pusat IT sekarang ni, dipenuhi dengan golongan muda yang sensitif tentang persekitaran sekeliling.
Pemaju yang bertanggungjawab membina perumahan di Cyberjaya, dilihat dah mula plan dan buat reka bentuk projek supaya menjadi Green Building Index rated. Bermakna, pemaju akan tinggalkan ruang untuk digunakan sebagai fasiliti hijau dalam projek perumahan mereka untuk menarik minat prospek yang ada.
๐. ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ค-๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐ค๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง
Inisiatif kerajaan adalah untuk mengubah Cyberjaya menjadi hab teknologi global yang tak terhad kepada ICT. Pada masa yang sama, mempercepatkan kepimpinan global Cyberjaya dalam Teknologi Komunikasi Maklumat (Information Communication Technology).
Banyak langkah telah dibuat oleh kerajaan di bawah Model Ekonomi Baru, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan dan Digital Malaysia. Ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat memegang kedudukannya dalam peta digital global. Dan salah satu tujuannya, adalah untuk menyediakan ekosistem untuk didedahkan kepada syarikat teknologi, sebagai lokasi pelaburan pilihan. Semua ini akan mewujudkan pekerjaan teknologi tinggi untuk rakyat Malaysia, dan menjadikan Cyberjaya sebagai hab pelaburan pilihan untuk syarikat teknologi, sambil pastikan Cyberjaya dijadikan sebagai lokasi ICT utama.
๐. ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค ๐ข๐ง๐๐ซ๐๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ค๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐๐ซ๐ ๐๐ข ๐๐ฒ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐
Cyberjaya adalah sebuah bandar yang dibina daripada โkosong,โ dan kebanyakan infrastruktur kat sana dibina secara terancang. Kebanyakan kawasan kediaman di sana, lengkap dengan kemudahan fibre optics dan mampu untuk support servis broadband berkelajuan tinggi.
Banyak syarikat multinasional seperti Dell, HP, DHL, Huawei, IBM, dan sebagainya, memilih Cyberjaya sebab lokasi ini lengkap dengan infrastruktur, serta mendapat sokongan (support) daripada kerajaan. Keluasan Cyberjaya dianggarkan seluas 7,000 ekar, dan dibangunkan dengan infrastruktur yang high-end dan infostruktur untuk mendorong koperasi global untuk menyediakan operasi ICT.
๐. โ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค ๐ค๐ ๐๐๐ฉ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐ฉ๐ฉ๐ซ๐๐๐ข๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐๐๐ข๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ญ ๐๐ฒ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐?โ
Korang wajib mengkaji capital appreciation sebelum membeli, atau melabur dalam mana-mana hartanah. Cyberjaya akan dibangunkan secara pesat dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun sejak dibina, dan nilai hartanah kat sana akan terus meningkat secara konsisten. Pada pendapat saya, untuk jangka masa panjang, harga hartanah dekat Cyberjaya pasti akan terus meningkat lebih tinggi, apabila seluruh township (perbandaran) lebih maju dan disertakan sekali dengan kemudahan pengangkutan awam dan infrastruktur yang cun-melecun.
๐. ๐๐๐ ๐ฎ๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐ญ๐๐ซ๐ค๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ค๐๐ญ ๐๐ฒ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐
Bila ada universiti dekat sesuatu kawasan tu, selalunya dinamik rental game akan lain sikit. Secara amnya, permintaan akan bertambah. Kenapa? Sebab pelajar universiti selalunya akan cari tempat yang diorang boleh sewa secara per individu, bilik, dan sebagainya.
Dan sesetengah pemilik rumah akan mengoptimumkan sewaan sebegini dengan ubah suai unit mereka, sekaligus mengurangkan unit yang boleh disewa oleh keluarga yang besar. Multimedia Universty merupakan universiti pertama yang bertapak di Cyberjaya dan mempunyai pengambilan bakal graduan ICT semenjak tahun 1997. Kemudian diikuti oleh unversiti Kirkby dan Lim Kok Wing.
๐. ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข-๐๐ข๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง
Kalau dibandingkan dengan kadar jenayah di keseluruhan Klang Valley, Cyberjaya merupakan antara kawasan yang selamat. Kebanyakan kawasan kediaman adalah dalam kawasan berpagar yang dikawal selia. CCTV diletakkan dekat banyak tempat di sekitar Cyberjaya untuk mengawal selia trafik dan keselamatan penduduk.
๐๐ฒ๐ถ๐๐ต ๐ช๐ฎ๐ป
๐ฌ๐ญ๐ณ-๐ฏ๐ณ๐ญ๐ฌ๐ญ๐ณ๐ญ
๐ผ๐ป๐ฒ.๐ธ๐๐ด๐ด๐ด@๐ด๐บ๐ฎ๐ถ๐น.๐ฐ๐ผ๐บ