10/08/2021
Panduan Lengkap Insurans Rumah: MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT
Insurans rumah adalah polisi insurans yang akan meringankan beban pinjaman perumahan apabila berlakunya kematian dan kehilangan upaya kekal kepada pembeli rumah.
Ada dua jenis insurans rumah: reducing (MRTA/MRTT) dan leveling (MLTA/MLTT)
1) Reducing
Insurans rumah jenis reducing ada dua jenis produk: MRTA dan MRTT.
MRTA adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Assurance. MRTA merupakan polisi insurans rumah konvesional dan paling pop**ar. Ia biasanya ditawarkan oleh bank semasa anda buat pinjaman perumahan dengan mereka.
MRTT p**a adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Takaful. Secara asasnya, MRTT adalah MRTA versi Islamik dan patuh syariah.
Bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?
Dalam MRTA/MRTT, semakin lama anda bayar pinjaman perumahan, semakin kurang bayaran insurans rumah anda.
Ada dua cara untuk bayar MRTA/MRTT:
Bayar sekaligus.
Sekalikan dengan pinjaman perumahan (ramai pilih ini kerana bank akan bagi kadar faedah pinjaman yang lebih rendah)
Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal, MRTA/MRTT akan menyelesaikan tunggakan baki pinjaman perumahan anda. Jadi waris anda tak perlu bayar apa-apa baki pinjaman perumahan anda.
Contoh:
Pinjaman perumahan anda dengan bank berjumlah RM500,000. Ketika anda meninggal dunia, anda mempunyai baki pinjaman dengan bank sebanyak RM200,000.
Dengan insurans MRTA/MRTT, bank akan menggunakan pampasan insurans tersebut untuk membayar baki pinjaman perumahan anda. Waris anda akan dapat rumah anda.
2) Leveling
Insurans rumah jenis leveling p**a ada dua jenis produk: MLTA dan MLTT.
MLTA adalah singkatan kepada Mortgage Leveling Term Assurance. MLTA biasanya ditawarkan oleh syarikat insurans.
MLTT p**a adalah singkatan kepada Mortgage Leveling Term Takaful. Secara asasnya, MLTT adalah MRLTA versi Islamik dan patuh syariah.
Bagaimana MLTA/MLTT berfungsi?
Dalam MLTA/MLTT, bayaran insurans anda adalah tetap dan tak berkurang. Ini bermakna dalam jangka masa yang lama, MLTA/MLTT lebih mahal berbanding MRTA/MRTT.
MLTA/MLTT tak boleh dibayar sekaligus. Ia perlu dibayar setiap bulan tanpa gagal kepada syarikat insurans – seperti insurans peribadi anda. Jika gagal bayar, ia akan mencacatkan skor kredit anda.
Tapi MLTA/MLTT mempunyai banyak kelebihan.
Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal, MLTA/MLTT akan menyelesaikan tunggakan baki pinjaman perumahan DAN memberi pampasan tunai kepada waris anda.
Contoh:
Pinjaman perumahan anda dengan bank berjumlah RM500,000. Ketika anda meninggal dunia, anda mempunyai baki pinjaman dengan bank sebanyak RM200,000.
Dengan insurans MLTA/MLTT, syarikat insurans akan membayar bank sebanyak RM200,000. Baki RM300,000 akan diserahkan kepada waris anda. Jadi waris anda akan dapat rumah dan cash!
Perbandingan MRTA/MRTT dengan MLTA/MLTT