Peguam Syarie Nurul

Peguam Syarie Nurul Partner with Peguam Syarie Nurain

25/08/2025

UBAH PERINTAH NAFKAH ANAK.

Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan perintah nafkah?
Perubahan perintah nafkah ialah suatu permohonan yang dibuat kepada mahkamah untuk mengubah butir-butir perintah nafkah yang telah dikeluarkan terdahulu disebabkan oleh hal keadaan yang berubah (perubahan matan) sama ada untuk menambah atau mengurangkan jumlah nafkah ataupun mengubah cara pembayaran nafkah tersebut.

Mengapa perintah nafkah perlu diubah ?

1. hal keadaan yang memberi nafkah atau keperluan orang yang mendapat nafkah itu telah berubah.
2. peningkatan umur dan perbelanjaan anak-anak
3. kos perbelanjaan sara hidup telah berubah.
4. keperluan semasa mendesak.
5. keperluan lain yang munasabah.

25/08/2025

PIHAK KE-3 DALAM PERKAHWINAN

Cara Saman Pihak Ketiga...
1. membuat aduan Gangguan Pihak Ketiga di Pejabat Agama.
2. Mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa.

Contoh :- maklumat diri orang ketiga
- gambar / bukti perbualan / video pasangan dan pihak
ketiga yang dapat membuktikan gangguan.

PERINGATAN !!
pastikan bukan pasangan kita yang mengejar dan beriya untuk bersama dengan pihak ketiga...

22/05/2024

Siapa yang boleh dikaitkan sebagai bapa?

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu ATAU dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu p**a tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.

22/05/2024

TAKLIK

Taklik ialah lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara dan talak itu akan jatuh apabila berlaku perkara yang dikaitkannya.

Contoh :
"jika kamu keluar dari rumah ini, maka kamu tertalak." atau,
"Apabila kamu keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka jatuhlah talak."

Dalam keadaan di atas, talak akan gugur apabila isteri melakukan perkara yang disebut oleh suami iaitu keluar rumah atau keluar rumah tanpa menutup aurat.

Implikasi Taklik.

1. lafaz talak tidak boleh ditarik balik.

2. Talak tidak jatuh selagi perkara yang ditaklikkan tidak berlaku.

3. Mereka kekal sebagai suami isteri selagi syarat yang ditaklikkan tidak berlaku.

4. Talak terjadi apabila berlaku perkara yang ditaklikkan.

26/02/2024

TIMBANGTARA OLEH HAKAM

DEFINISI
Tahkim adalah proses dimana pihak-pihak yang berbalah bersetuju untuk melantik seseorang untuk bertindak sebagai penimbangtara bagi menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka. Mestilah ada lafaz yang jelas bahawa seseorang itu telah dilantik sebagai penimbangtara. e.g., pihak-pihak yang terlibat harus melafazkan “kami telah melantik kamu sebagai hakam untuk mengadili perbalahan di antara kami"

DALIL
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.
Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas)
bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. ”

Surah an-Nisa’ ; 35

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Seksyen 48 (1) - (7) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984

08/02/2024

Keliru fungsi Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah ??

PEJABAT AGAMA
menjalankan pentadbiran untuk mohon nikah, mengeluarkan sijil nikah, sijil cerai, sijil rujuk, rundingcara keluarga dan lain lain.

MAHKAMAH SYARIAH
menjalankan fungsi untuk keadilan hukum syarak seperti mohon cerai, mohon nafkah isteri, nafkah anak, hak jagaan anak, mutaah, pengesahan cerai luar mahkamah, faraid, harta sepencarian dan lain lain.

Jadi, jka nak BERCERAI perlu ke mahkamah syariah/
tapi jika nak DAPATKAN SIJIL CERAI, perlu ke pejabat agama.

Masih ramai lagi yang bertanyakan maksud Mutaah. **Apa itu Mutaah ? Mutaah ialah saguhati yang diberikan dari bekas suam...
08/02/2024

Masih ramai lagi yang bertanyakan maksud Mutaah.

**Apa itu Mutaah ?

Mutaah ialah saguhati yang diberikan dari bekas suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru.

**Berapa jumlah Mutaah yang boleh dimohon terhdapat bekas suami?

Tiada formula spesifrik dalam pengiraan jumlah tuntutan Mutaah. terdapat beberapa faktor yang boleh diambil kira dalam menentukan kadar Mutaah yang sewajarnya. Antaranya ialah :
1. Kemampuan suami
2. Taraf hidup pasangan semasa dalam tempoh perkahwinan.
3. Tempoh perkahwinan.
4. Sumbangan / pengorbanan isteri.
5. taraf kedudukan dan sifat isteri.



Business Account

08/02/2024

Salah faham tentang nusyuz.

1. Hanya disahkan oleh mahkamah. Bukan suami semata mata.
2. Hanya menggugurkan nafkah eddah jika nusyuz disabitkan selepas cerai atau nafkah isteri sahaja dalam tempoh tertentu dalam perkahwinan.

08/02/2024

Tahukah anda bahawa Perceraian Seksyen 47 lebih baik daripada Fasakh ?

1. Proses lebih mudah, dan cepat.
2. Jimat dan kos lebih rendah.
3. Tak perlu buka aib mana-mana pihak.

Keadaan ini akan berlaku jika suami setuju untuk melafazkan talak. Jika suami tidak setuju untuk melafazkan talak tersebut dan lepas secara baik, pihak isteri boleh buat permohonan Fasakh.

08/02/2024

MAKSUD NIKAH TANPA IZIN
Nikah tanpa izin bermaksud perkahwinan yang berlawanan dengan Enakmen atau Akta Undang-undang Keluarga Islam.
Lazimnya perkahwinan ini terjadi kerana tidak mendapat persetujuan atau tanpa pengetahuan wali atau isteri yang sedia ada (bagi kes poligami).
Antara ciri-ciri nikah tanpa izin
-Tidak mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah/Negeri.
-Tidak mendapat kebenaran berpoligami dari mahkamah bagi lelaki telah beristeri.
Bagaimana berlaku nikah tanpa izin ?
1. WALI - keengganan wali menikahkan kerana tidak setuju dengan bakal penganting lelaki.
2. POLIGAMI - pasangan ambil jalan mudah berkahwin untuk elak diketahui oleh isteri yang sedia ada.
3. HAMIL LUAR NIKAH - nikah untuk tutup malu atau dipaksa kahwin.
4. MASALAH KHALWAT - Nikah untuk elak disabitkan kesalahan khalwat atau menutup malu.
5. INGIN CEPAT DAN MUDAH - Beranggapan proses bikah cepat dan mudah. tidak perlu menjalani prosedur dan Undnag-undang berkaitan nikah/poligami.
6. PERBELANJAAN KAHWIN YANG TINGGI - Tidak berupaya menyediakan hantaran serta perbelanjaan kahwin yang tinggi sedangkan di Thailand hanya perlu bayar mas kahwin san bayaran lain yang lebih murah.
7. DIDALANGI SINDIKET - Adangan sendiket yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mengenakan 'caj' yang tinggi bagi menguruskan pernikahan seumpama ini.
8. KURANG KEFAHMAN AGAMA & UNDANG-UNDANG - Kurang kefahaman agama dan undang-undang berkaitan pernikahan menyebabkan ramai yang terjebak dalam pernikahan sebegini.
9. KEWARGANEGARAAN - Terdapat warnagenara asing yang mengambil kesempatan berkahwin dengan warga tempatan dengan tujuan mendapat tempoh visa yang panjang untuk tinggal lebih lama bagi memudahkan mereka berniaga/bekerja di negara ini.
TINDAKAN YANG PERLU DI LAKUKAN.
--> Hadir ke pejabat agama dan bawa dokumen yang diperlukan.
--> fail pendaftaran dibuka sekiranya dokumen lengkap.
--> hadir unyuk siasatan di bahagian penguatkuasaan.
--> mendapat surat untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh masa 14 hari.
--> mendaftar permohonan pengesahan nikah di mahkamah syariah yang diarahkan.

06/01/2024

Lama tak update. hari ni nak cerita pasal apa ya ? atau ada persoalan kah yang nak ditanya ? boleh pm ya.

Send a message to learn more

23/11/2023

KOS UPAH PEGUAM

Saya yakin ramai yang nak tahu kos ini bila berjumpa dan berbincang dengan peguam untuk kes masing masing.

Untuk makluman kos peguam bukanlah senang-senang kami boleh beri on the spot bila tuan puan jumpa kami atau terus dm kami. Kos atau yuran peguam adalah berbeza mengikut situasi kes, jenis kes dan pengalaman Peguam itu sendiri.

Saya bagi contoh kes mudah seperti kes pengesahan nikah. Pada kasarnya semenangnya nampak senang apabila pihak-pihak cuma hadir ke mahkamah dan sahkan pernikahan tersebut.

Bagaimana p**a dengan situasi yang suami tak dijumpai 10 tahun, dokumen penting hilang, pasangan sudah meninggal, wali tipu, dokumen tidak lengkap, dokumen tidak sah, dan banyak lagi situasi yang peguam-peguam di luar sana hadapi.

Itu belum bab nafkah yang segala genap penjuru bilik anak yang nak dituntut.

Kesimp**annya, sebelum kami para peguam memberikan kos atau yuran kepada anak guam, kami akan mendengar dan menganalisis terlebih dahulu fakta kes. Dalam kata lain peguam dan anak guam sebaiknya berjumpa 4 mata supaya perbincangan adalah jelas.

Address

247-1A Lorong Haruan 5/6 Oakland Commerce Square
Seremban
70300

Telephone

+60103735856

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Nurul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share