Peguam Syarie - Zaffran

Peguam Syarie - Zaffran Berkongsi info mengenai kekeluargaan Islam dan guaman syarie. Ada masalah? boleh tanya di sini. Call

Peguam Syarie Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur & Johor

Peguam Syarie * Syarie Counsel *
Wasiat * Hibah * Faraid *
Kes-kes Mahkamah Syariah

Aku Cikgu Matematik. Tapi ada satu benda bila aku buat calculations jawapan dia jauh lari dengan jawapan aku dapat. Bahk...
01/01/2025

Aku Cikgu Matematik. Tapi ada satu benda bila aku buat calculations jawapan dia jauh lari dengan jawapan aku dapat. Bahkan mustahil dapat jawapan begitu.

Apa dia? Duit dan keberkatan.

Januari 2006, tahun pertama aku bergelar guru. Masa tu gaji RM963.64. Setiap bulan, masuk je gaji, aku kirim kat kampung RM100.

RM50 untuk abah, RM30 ma dan RM20 untuk anak-anak yatim. Sepupu aku meninggal agak muda. Anak-anak ada 5 orang. So setiap bulan kirim.

Bertahun-tahun kirim RM100 setiap tahun. Tak kira la bulan tu aku sesak, susah ke. Dapat gaji je, terus transfer.

Sampai satu masa, aku kahwin. Dapat anak sorang. Masa tu rasa sempit sungguh kewangan. Hidup di kota raya p**a, serba serbi mahal. Memang banyak ikat perut. Anak p**a masih kecil, kos susu, pampers dan mengasuh pun besar weh.

Suatu hari, abah berkata, "Li tak payah dah la bagi duit kat abah dan ma. Abah ada ja duit, tak habis pun nak guna. Banyak buat sedekah sahaja".

Ayat itu benar-benar memberi kelegaan pada aku. Abah dan ma sendiri bagi greenlight, so bermula bulan itu aku stop bagi. Masa tu tahun 2012 kalau tak silap.

Aku buat kira-kira dalam kepala, 'Sebelum ni duit aku RM100 dah 'hilang' sebab kirim kat kampung. Lepas pada ni aku ada lebihan RM100 sebulan. Banyak benda boleh buat dengan RM100 ni'.

Anehnya, setiap bulan rasa tak cukup.
Anehnya, RM100 yang aku tak bagi kat ma dan abah itu aku tak dapat lihat dan rasa.
Anehnya aku tak ada pun lebihan RM100 seperti aku kira tu.

Bahkan hidup jadi makin sempit dan susah. Ada duit lebih sikit contohnya dapat bonus, ada je benda kena habiskan. Roadtax mati lah, enjin kereta rosak lah, begitu, begini.

Puas aku cari punca, kat mana salahnya pengurusan kewangan aku hingga saban bulan sempit sangat. Tapi tak jumpa.

Sehingga suatu hari, keluarga kami buat makan besar kat kedai nasi Arab. Bil lebih RM700. Masa tu anak-anak nak kumpul duit untuk bayar, tapi arwah abah cakap,

"Tak payah. Biar abah bayar. Bayar pun pakai duit anak-anak kirim la ni. Duit anak-anak kirim setiap bulan, abah tak buat benda lain. Abah buat dua perkara sahaja.

Pertama untuk makan minum abah. Kedua untuk infaq dan sedekah. Nampak je masjid sedang dibina, abah berhenti dan bagi infaq guna duit anak-anak.

Abah memang tak simpan duit anak-anak bagi. Abah dah tak ada kehendak nak beli tanah ke, tukar kereta ke. Abah habiskan terus duit anak-anak kirim untuk makan dan sedekah sahaja. Biar berkat duit anak-anak bagi".

Dengar arwah abah kata begitu, aku rasa bagai halilintar dalam dada. Tersentak. Hampir 4 tahun aku tak kirim duit untuk ma dan abah dengan alasan aku sendiri susah dan tak cukup duit.

Aku terlupa tentang keberkatan rezeki.
Aku hanyut dan terlalu yakin dengan kira-kira Matematik.
Aku lupa, keberkatan ini tidak boleh dikira dengan Matematik.

Sejak hari itu, setiap bulan aku akan kirim duit tanpa gagal. Susah macamana, terdesak macamana, walau pada akhir bulan nanti aku terlaksa meminjam, aku takkan gagal bagi duit pada :
1. Ma
2. Abah
3. Isteri

Walau cuma RM50 sebulan, aku tetap bagi. Kat isteri aku tak pernah miss bagi RM50 sebulan masa tu. Padahal akhir bulan, dia p**a banyak bantu aku masa aku kekeringan.

Anehnya Matematik Allah taala ni, rezeki aku makin murah. Masa tengah terdesak, ada je Allah lorong jalan untuk dapat duit lebih.

Jemputan jadi panel ceramah la, kawan ajak untuk job pindah rumah la, kawan ajak jv bisnes la. Macam-macam rezeki tak diduga masuk dan dapat income tambahan.

Bila kewangan makin lega, aku tambah nilai kiriman pada ma dan abah. Dari RM50 naik RM100. Kemudian naik RM200, kemudian RM300 dan seterusnya.

Setiap kali aku nak lancarkan apa-apa produk ebook khususnya, aku bagi RM1k-RM3k pada ma dan abah serta minta mereka doakan.

Pernahlah masa PKP dulu aku buat affiliate jual produk kawan, aku bagi kat ma RM1500. Minta ma doakan agar laku keras dan berjaya. Padahal satu sen pun aku tak dapat lagi komisyen, benda tak jual pun lagi.

Aku letak target komisyen tu boleh dapat antara RM5k-RM10k kot.

10 hari aku jual produk kawan aku, komisyen aku masa tu RM72k. Paling tinggi antara affiliate lain. Jauh meninggalkan affiliate tempat kedua yang dapat komisyen sekitar RM 10k.

Tak masuk akal betul sale masuk. Padahal tak guna ads, tak upah orang buat web ke apa. Secara organic sahaja promote.

Gitu je bila Allah nak bagi ni.

So kawan-kawan, aku tulis panjang lebar ni nak bagitahu dua benda sahaja.

1. Bagi la duit setiap bulan pada mak, ayah dan isteri. Tak banyak pun tak apa, RM20 sebulan pun tak apa. Paling penting istiqomah.

2. Matematik Allah ni berbeza dengan Matematik manusia. Matematik manusia, makin banyak beri, makin berkurangan. Matematik Allah taala ni, makin banyak beri, makin banyak masuk.

Memberi jangan harapkan ganjaran serta merta atas dunia. Itulah simpanan akhirat kita esok.

Namun kebiasaannya atas dunia lagi Allah dah bayar cash untuk setiap pemberian kita.

Begitulah.

Kredit:Mohd Fadli Salleh

INTERIM HADHANAH & HADHANAH Dalam mendapatkan hak jagaan anak di Mahkamah, terdapat 2 tindakan yang boleh dipohon oleh P...
14/10/2024

INTERIM HADHANAH & HADHANAH

Dalam mendapatkan hak jagaan anak di Mahkamah, terdapat 2 tindakan yang boleh dipohon oleh Plaintif;

1) Interim Hadhanah
Permohonan untuk mendapatkan perintah sementara hak jagaan anak. Prosedur kes ini tidak melibatkan perbicaraan dan cuma melibatkan pemfailan pliding (Permohonan/Afidavit/Ekshibit). Matlamat Interim ialah agar Mahkamah Syariah dapat mengeluarkan keputusan dan perintah dalam keadaan segera bagi situasi yang mendesak seperti ibu/bapa berniat melarikan anak ke luar negara dan atau berlaku perkara yang mendatangkan kemudharatan kepada kebajikan dan kesemalatan anak-anak.

Namun, Perintah Interim akan terbatal selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan keputusan kes Hadhanah (Kes Induk).

2) Hadhanah
Kes Induk dari Kes interim Hadhanah.
Kes Hadhanah boleh dipohon tanpa memfailkan Interim Hadhanah.

Namun, kes Interim Hadhanah TIDAK BOLEH difailkan tanpa memfailkan kes Induk iaitu Kes Hadhanah dan hendaklah memfailkan kes induk dalam tempoh 14 hari selepas memfailkan kes Interim Hadhanah.

Sekiranya kes hadhanah telah difailkan, kes interim hadhanah merupakan pilihan utk difailkan bergantung kepada keterdesakkan situasi pihak-pihak.

Anda buntu? Kami bantu.
*sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau hubungi pihak kami dengan klik link yang tertera.
http://www.wasap.my/60137351705/Salam+Peguam+Syarie+Zaffran




WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Tiga keadaan membolehkan suami/isteri menuntut harta sepencarian iaitu apabila:-1. Berlaku perceraian 2. Berlaku kematia...
08/10/2024

Tiga keadaan membolehkan suami/isteri menuntut harta sepencarian iaitu apabila:-

1. Berlaku perceraian

2. Berlaku kematian

3. Bila suami berpoligami.

Anda buntu? Kami bantu.
*sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau hubungi pihak kami dengan klik link yang tertera.
http://www.wasap.my/60137351705/Salam+Peguam+Syarie+Zaffran




WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Arahan Amalan No 5 2019Garis panduan untukMenuntut nafkah anak di Mahkamah SyariahBerdasarkan pendapatanDan kemampuan si...
19/08/2024

Arahan Amalan No 5 2019
Garis panduan untuk
Menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah
Berdasarkan pendapatan
Dan kemampuan si Ayah

Anda buntu? Kami bantu.
*sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau hubungi pihak kami dengan klik link yang tertera.
http://www.wasap.my/60137351705/Salam+Peguam+Syarie+Zaffran




Kadang kita rasa hidup kita ni dah cukup susah, tapi sebenarnya kita perlu lihat sekeliling kita baru kita akan faham ad...
22/10/2023

Kadang kita rasa hidup kita ni dah cukup susah, tapi sebenarnya kita perlu lihat sekeliling kita baru kita akan faham adakah hidup kita sekarang ni cukup susah atau kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kita perlu menilai penderitaan kita dengan lebih objektif dan mensyukuri apa yang ada. Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ آتَيْنَاكُم مِّن كُلِّ شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِنَّ رَبَّكُمْ لَيَحْشُرُنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wa laqad ātaynākum min kulli shay'in summa inna rabbakum layahshurannakum yawmal qiyāmati lā rayba fīh, innallāha lā yukhliful mi'ād

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (keperluan dan kenikmatan) dari segala sesuatu. Kemudian kepada Tuhan-lah kamu akan dikembalikan (untuk hisab dan ganjaran). Tidak ada sebarang keraguan tentang hari berbangkit itu. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya." (Ibrahim: 34-35)

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

"Pandanglah orang yang lebih rendah daripada kamu, dan jangan memandang orang yang lebih tinggi daripada kamu. Kerana dengan demikian kamu lebih layak untuk tidak meremehkan nikmat Allah padamu." (Riwayat Muslim)

Maka renungkanlah kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Bersyukurlah dengan apa yang ada, nescaya hidup terasa lebih bermakna.

Tanda hadir bawa kes pengesahan nikah poligami Thailand harini ✅
09/01/2023

Tanda hadir bawa kes pengesahan nikah poligami Thailand harini ✅






Anak Bukan Beban, “Dapat Kereta, Gaji Naik,Sebenarnya Tumpang Rezeki Mereka”Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jag...
14/09/2022

Anak Bukan Beban, “Dapat Kereta, Gaji Naik,Sebenarnya Tumpang Rezeki Mereka”
Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepeda keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.

Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita Yang Menumpang
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.
Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.

p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.

*Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan. Bimbang nanti bila ditarik Allah, kita yang menyesal.

Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi. Memanglah jadi h...
16/08/2022

Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.

Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul2 nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.

Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?

Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan.

Kesihan balu 3 orang anak tu.

Perkembangan terkini..

Menantu makcik ke yang telepon puan tu?

Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?

Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai2. Makcik ikut aje.

Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.

Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.

Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.

RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.

Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.

RM800 sewa rumah.
RM400 bayar kereta
RM900 makan 3 cucu
RM200 perubatan cucu
RM300 jalan-jalan sebulan
RM400 untuk sekolah cucu
Jumlah RM3000

Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu2 adalah tanggungan keluarga lelaki tu.

Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya s**a makcik sebab makcik nak ikut Islam.

Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki p**ak.

Treetttttttttt.

Makcik

Makcik

Makcik

Dah putus p**ak talian ni

🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄

kisahmasyarakat
Sumber : Abudi Alsagoff
Gambar Sekadar Hiasan

Catatan Peguam Syarie: begitulah kebanyakan kisah dan ragam di Mahkamah Syariah berkaitan harta pusaka dan harta sepencarian.

Anda buntu? Kami bantu.
*sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau hubungi pihak kami dengan klik link yang tertera.
http://www.wasap.my/60137351705/Salam+Peguam+Syarie+Zaffran




Permohonan potongan gaji si bapa untuk nafkah bulanan anak2..🧳-si ibu boleh memohon tuntutan nafkah anak semasa dalam te...
15/09/2021

Permohonan potongan gaji si bapa untuk nafkah bulanan anak2..🧳

-si ibu boleh memohon tuntutan nafkah anak semasa dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian-

FASA 3 PPN..sekian lama perbicaraan atas talian akhirnya di n9 secara fizikal dibenarkan..Kes pengesahan Nikah Poligami ...
09/09/2021

FASA 3 PPN..sekian lama perbicaraan atas talian akhirnya di n9 secara fizikal dibenarkan..
Kes pengesahan Nikah Poligami Thailand.🧳

Address

224-1B Lorong Haruan 5/6 Oakland Commerce Square
Seremban
70300

Website

https://zaffrannorizamassociates.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie - Zaffran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie - Zaffran:

Share

PEGUAM SYARIE

-Peguam Syarie Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Selangor & Kuala Lumpur -

*Peguam Syarie * Syarie Counsel * *Masalah keluarga * Rumah tangga * Faraid * *Kes-kes Mahkamah Syariah* Wasiat * Hibah *