19/05/2019
Penulisan dri sifuku,boskur En Suhaimi..Sentap tapi lengkap
Biar Miskin Asal Cerdik
************************
Kalau ada yang terasa dgn write up ni, aku minta maaf. Aku dipanggil utk menaip atas permintaan sahabat.
Topik aku hari ni adalah topik yg paling rakyat malaysia anti; TAKAFUL. Mostly kalau korg nampak atau jmpa agent takaful korg akan menyelinap sepantas kilat utk sembunyi atau cari setiap ruang yg wujud dalam molekul dunia utk tidak bertembung dgn golongan ni. Sebab?
1. Agent ni takda keje lain. Nak suruh aku beli takaful la ni la tu la, yang byr bulan2 aku yg untung dapat commission diorg
Ni aku nak smash especially mereka yg sebangsa dgn aku. Commission agent korang bising sgt kan sebab korg bayar puak ni dapat untung.
Ooo,yg korang beratur beli barang dekat tmpt2 yg tawarkan installment tak de p**ak ko pikir?
Beli TV 50 inci, seminggu hanya RM40..sebulan RM 160 bayar selama 5 tahun, tak p**ak korang bising.. dan tak p**ak ko amik kalkulator kira berapa profit diorg?
sebab apa korg tak kira? sebab TV tu kau nampak!!
Bayar atas apa yg ko nampak takper kalau mahal sikit. Ni bayar Takaful benda yg tak nampak,bayar je tiap2 bulan tapi aku x penah p**ak sakit. Mati? Lambat lagi ni sbb masih muda dan skang xda sakit. (naifnya manusia yg berfikir mcm ni) aku bayar tp x nampak apa2.
Aku amik analogi yang sama. Kalaulah Allah SWT tu bagi 27 kali ganda pahala solat berjemaah di masjid dlm bentuk ringgit; habis je bagi salam dalam poket korang ada RM27, aku ingat pecah masjid kat malaysia ni org solat jemaah.
Tapi sbb pahala tu Allah hijabkan dr mata korg, sbb tu korg dtg masjid yg setia berjemaah setiap waktu adalah imam,bilal,siak.
Korang ada kat mana?
Ini analogy.
2. Bayar takaful tiap2 bulan tapi aku tak pernah sakit tak pernah masuk hospital & nak cakap, mati pun x tau bila so macam buang masa bayar pada benda yg nampak
Takkah kau bersyukur yang kau tak sakit? Tuhan pelihara kesihatan kau. Ni tidak kau doa p**ak sakit supaya korg rasa berbaloi dapat claim takaful sbb korg bayar tiap2 bulan. (Naifnya bangsa aku)
Ironinya,setiap sen yg korang keluar mesti nak ada p**angan. Itu lah manusia.
Analogi lagi. Ko bayar rancangan tv rm100 sebulan. Kau bahagikan harga yg kau bayar dengan jumlah jam kau tgk tv dalam sebulan, berbaloi ke tidak dengan harga rm100 tu?
Pernah korg pikir?
Tak pernah kan, sebab apa? Sebab korang rasa hiburan itu penyeri hidup. Apa ada hal invest utk diri sendiri.
Mati?
Dalam 24 jam sehari berapa minit kau pernah terpikir kalaulah seminit lagi aku diambil nyawa oleh penciptaku,apa bekalan yg aku bawa dan apa yg aku tinggalkan dekat waris aku?
Nah,isu mati ni aku serahkan pada iman msg2.
Mati tak wajib tua.
Mati juga tak wajib sakit dan Tajuk yg paling sering kau lupakan,adalah mati.
Terang2 dlm kalam suci tulis dunia ni sementara hanyalah perhiasan dunia. Tak sedar lagi ke?
3. Aku nak beli tapi duit aku pun ngam2 nak survive bulan2.
Berapa b*k duit yg kau laburkan pada benda yg tak wajib?
Ha ini korg kena jumpa pakar2 kewangan yang bersepah kat bumi Allah ni. Biar diorg diagnose financial korang dan tnjukkan kebijaksanaan korg dlm berbelanja pada benda yg tak wajib@tak penting.
Ooo,duit kau ngam2 ye nak survive. Kalau kau hidup pun duit kau ngam2, apa jadi kalau kau padam?
Apa nasib anak bini kau?
Kalau kau still hidup ngam2, kau perasan tak, kalau kau dah padam diorg pun tenggelam?
Tak sedar lagi?
Sampai saat kau kembali pada tanah, anak bini korg nak kena byr kereta yg kau modified tu. Aircond 10 horsepower kat umah korg kena bayar pakai duit utk make sure dia berfungsi.
Credit card platinum kau tak bagi simpati kat kau dlm kubur. Hari raya tiap tahun tak pernah gagal hadir maknanya anak kau tiap tahun nak beraya mcm org lain dgn baju baru.
Yuran PIBG anak kau tak pernah terlupa utk dikutip setiap tahun. Perut anak kau kena isi utk diorg dibawa ke alam remaja dan dewasa, semoga dia menjadi anak yg soleh. Doa dia yg sejukkan kau dekat alam kubur. Tak jugak kau sedar?
4. Company Takaful tipu. Penat bayar tiap2 bulan tapi bila nak claim sebab jadi apa2, diorg tak nak bayar.
Berapa b*k syarikat takaful ni yg Bank Negara tarik lesennya sbb tak bayar claim?
Bank negara ni punyalah ketat nak jaga konsumer agar tak teraniaya tapi korg tak peduli? Jgn sebab viral yg korg baca dekat media sosial kau jatuhkan hukuman secara total.
Mungkin ada kesilapan tapi bukan disebabkan syarikat tu. Korang tanya agent yg menjual. Agent tu manusia. Bila manusia,ada yg hitam ada yg putih.
Maka p**angkan persoalan ini masa korg memilih agent mana yg korg pilih utk servis family korg. Agent ni penting. Sbb bila jadi apa2 kat korang,dia yg akan bantu uruskan claim dekat waris korg.
Aku tak berniat nak sekolahkan sapa2. Aku cuma nak sedarkan ttg kepentingan menjaga waris dan pengagihan harta selpas kau dijemput kembali ke tanah.
Jangan tanya aku apa nak buat kalau korg dah mula sedar ttg semua ni tapi carilah pejuang takaful yg korg selalu lari dari mereka.
Ingat,mereka pendakwah tanpa sedar. Jumpa org,kongsi pasal mati dan musibah,kongsi pasal mcm mana nak cairkan harta lepas mati.
Setidak2nya mereka berdakwah menyampaikan sunah. Mengingatkan mati pada manusia yg selalu lupa dia akan mati. Tak mulia ke kerja mereka?
Korang tak nak beli xper setidak2nya dengar dan kongsi apa yg diorg cerita dekat korang. Semoga sahabat kanan yg setia 24 jam menulis sesuatu utk bekalan korg di sana nanti.
Kau beli atau tidak, pejuang takaful tetap dapat commission. Bezanya,sama ada commission tu dekat dunia atau dekat akhirat.
Selalu aku tgk bangsaku hashtag;
Aku sarankan sebelum korang berjuang jauh di benua dunia,korang perjuangkan apa amanah yang diberikan