Zahid Ahmad & Associates

Call Directions Contact the practice

Zahid Ahmad & Associates Kesalahan
Narkotik - AMLA - SPRM - Jenayah Am - Imigresen - Kastam - Bank Negara - Jenayah Komersil

Alhamdulillah LEPAS BEBAS di hari Jumaat 🤲🏻Anakguam seorang penjawat awam dituduh di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Pa...
30/10/2026

Alhamdulillah LEPAS BEBAS di hari Jumaat 🤲🏻

Anakguam seorang penjawat awam dituduh di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Panjang perjalanan kes ni sehingga akhir kes Pembelaan. Penuh cabaran dan strategi.

Didoakan masa depan yang lebih baik untuk beliau.

Welcome to the Bar, Fatihah! Seorang lagi chambering student Encik Mohamad Zahid telah berjaya didaftarai sebagai peguam...
16/10/2026

Welcome to the Bar, Fatihah! Seorang lagi chambering student Encik Mohamad Zahid telah berjaya didaftarai sebagai peguambela & peguamcara hari ini. Alhamdulillah.

Moga terus berjaya pada masa akan datang!

Satu kehilangan yang besar pada negara. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah...
28/09/2026

Satu kehilangan yang besar pada negara. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Al-fatihah 🤲🏻

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

30/08/2026
Selamat maju jaya, Fatihah! Tahniah berjaya lengkapkan 9 bulan chambering di bawah seliaan Encik Mohamad Zahid Bin Ahmad...
28/08/2026

Selamat maju jaya, Fatihah!

Tahniah berjaya lengkapkan 9 bulan chambering di bawah seliaan Encik Mohamad Zahid Bin Ahmad. Lagi sebulan dua, secara rasmi boleh jadi peguam dah 👍🏻

Kami di ZAA akan terus doakan kejayaan kamu pada masa akan datang. Soar higher!

Alhamdulillah! Rayuan DPP atas keputusan lepas bebas anakguam ditarik balik 🤲🏻Bermakna anakguam secara rasmi dan muktama...
24/08/2026

Alhamdulillah! Rayuan DPP atas keputusan lepas bebas anakguam ditarik balik 🤲🏻

Bermakna anakguam secara rasmi dan muktamad dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Didoakan masa depan yang lebih baik untuk anakguam selepas ini.

Ucapan Penghargaan dan Terima KasihZahid Ahmad & Associates merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kas...
02/08/2026

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Zahid Ahmad & Associates merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti sepanjang menyandang amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang Ke-8.

Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan demi pembangunan Negeri Sembilan serta kesejahteraan rakyat. Komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang ditunjukkan telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemajuan negeri.

Kami mendoakan agar YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta terus diberikan kekuatan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran.

Ikhlas daripada,
Zahid Ahmad & Associates

Rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan.

Saya menerima keputusan ini dengan hati yang reda dan penuh keinsafan. Dalam setiap ketentuan Allah SWT pasti ada hikmah yang lebih besar daripada apa yang mampu kita lihat hari ini.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa, teguran dan kasih sayang sepanjang perjalanan ini.

Semasa berkempen, saya tidak hanya melihat angka dan undi. Saya melihat wajah-wajah yang penuh harapan, anak muda yang bercita-cita tinggi, ibu bapa yang berjuang demi keluarga, warga emas yang tidak putus-putus menitipkan doa, serta anak-anak kecil yang menyambut dengan senyuman yang begitu ikhlas. Itulah kenangan yang akan saya bawa pulang, jauh lebih berharga daripada apa jua keputusan.

Sesungguhnya, saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang memimpin Negeri Sembilan. Menjadi Menteri Besar bukan sekadar satu jawatan, tetapi satu amanah yang saya cuba pikul dengan seikhlas hati dan sebaik kemampuan yang Allah SWT kurniakan.

Saya tidak tahu bagaimana rakyat dan sejarah akan menilai saya. Namun saya berharap sepanjang memegang amanah ini, rakyat akan mengingati bahawa saya telah berusaha sedaya upaya untuk berlaku adil, bekerja dengan ikhlas, dan meletakkan kepentingan Negeri Sembilan mengatasi segala-galanya. Jika ada kebaikan yang dirasai, itu datang dengan izin Allah SWT dan hasil usaha bersama seluruh warga pentadbiran serta rakyat Negeri Sembilan. Jika ada kekurangan, saya memohon ampun dan maaf.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada kepimpinan yang telah diberikan amanah oleh rakyat. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kebijaksanaan dalam memimpin negeri yang kita cintai ini.

Perjuangan untuk berkhidmat kepada masyarakat tidak berakhir dengan satu pilihan raya. Selagi Allah SWT mengizinkan, insya-Allah saya akan terus menyumbang dengan apa sahaja kemampuan yang ada.

Doa saya hanya satu. Semoga Negeri Sembilan sentiasa dipelihara Allah SWT, dipenuhi keberkatan, keamanan dan kemajuan.

Terima kasih, Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Haji Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Se...
02/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Haji Ismail bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke-9. Pelantikan ini menyusuli pembentukan kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Negeri 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan, kekuatan serta petunjuk dalam memikul amanah yang besar ini demi menerajui Negeri Sembilan ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Semoga kepimpinan YAB akan terus membawa pembangunan yang inklusif, memperkukuh perpaduan serta menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera

Heartiest congratulations to YAB Dato’ Haji Ismail bin Lasim on your appointment as the 9th Chief Minister of Negeri Sembilan.

May Allah SWT grant you wisdom, strength, and guidance in carrying this great responsibility as you lead Negeri Sembilan towards greater progress, prosperity, and the well-being of all its people.

May your leadership bring inclusive development, strengthen unity, and continue to elevate Negeri Sembilan as a progressive, competitive, and harmonious state for present and future generations.

Ikhlas daripada,

ZAHID AHMAD & ASSOCIATES
Advocates & Solicitors

May the knowledge imparted benefit all students and contribute to their growth, learning, and future success.-Zahid Ahma...
10/07/2026

May the knowledge imparted benefit all students and contribute to their growth, learning, and future success.

-Zahid Ahmad & Associates

Address

No. 30-1, Jalan S2 D39, Magistrate Square City Centre
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6066011270

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zahid Ahmad & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Zahid Ahmad & Associates:

Shortcuts

Share

Category

Nearby law practices