06/04/2023
PERBINCANGAN DENGAN BAHAGIAN LATIHAN NEGERI BERSAMA KPPPSM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
2 Mac, Wisma Negeri Seremban, perbicangan 3 penjuru antara Bahagian Latihan Negeri yang diketuai oleh En. Asrof, Pengerusi Agrasou Cawangan Negeri Sembilan, Tc. Kamanusi bin Russali, wakil KPPPSM, En. Mahadir bin Yaacob dan Pn. Suhaida Suli.
Pertemuan ini membincangkan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh kesatuan melalui bahagian latihan. Ini melibatkan penjadualan dan masa setiap aktiviti yang dirancang agar tidak bertindih dengan jadual perancangan latihan sedia ada.
Antara cadangan aktiviti yang dibawakan oleh Agrasou iaitu:
1. Taklimat secara maya : Perkongsian Ilmu “Sambung Belajar: Dari Sijil Pertanian Terus Ke Ijazah Sains Pertanian UPM Secara Pengalaman Kerja” pada 13 Mac 2023
2. Seminar (Maya) Kearah Pentaulihan Pegawai Dalam “Agro-Based Technology (AF)” - Teknologis Ts. Dan Juruteknik Tc. pada 22 Mei 2023
3. Taklimat (Maya) Pembelajaran Sepanjang Hayat Secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Bersama UPM Dalam Bidang Pertanian Berdasarkan Pengalaman pada 10 Julai 2023
Perbingan juga menyentuh mengenai aktiviti 'team-building', dan alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak bersama antara Agrasou-KPPPSM, Bahagian Latihan bersetuju dengan cadangan tersebut. Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi menjayakan program ini.
Pelbagai lagi aktiviti yang bakal dirancang yang menjurus kepada kebajikan ahli, peningkatan nilai dan kompetensi seseorang pegawai. Adalah diharapkan agar dengan perancangan ini, ahli mendapat manfaat yang dirancang.