Peguam Syarie - Perkhidmatan Guaman

Peguam Syarie - Perkhidmatan Guaman Peguam Syarie Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan.

08/01/2023

NIKAH DI THAILAND? APA KESANNYA?

Perkahwinan yang tidak didaftarkan atau di buat pengesahan, akan memberi banyak kesan terhadap perkahwinan tersebut.

Antaranya adalah pendaftaran kelahiran anak, permohonan perceraian (jika pihak-pihak ingin bercerai), nasab anak diragui, isteri tidak berhak menuntut hak selepas perceraian (mutaah, nafkah edah dll), harta pusaka tidak dapat diwarisi (jika berlaku kematian salah satu pasangan) dan banyak lagi kesan-kesan akibat dari tidak membuat pendaftaran perkahwinan.

Pihak-pihak perlu mendaftarkan perkahwinan mereka dalam tempoh enam bulan selepas dari tarikh perkahwinan pihak-pihak. Pihak-pihak perlu hadir ke Mahkamah Syariah daerah tempat pihak-pihak bermastautin untuk membuat pengesahan nikah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di 👇🏻
http://www.wassap.my/60177817194/GuamanSyarie

Wassap.my

APA YANG BOLEH SAYA TUNTUT SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN?Mengenai hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu p...
31/12/2022

APA YANG BOLEH SAYA TUNTUT SELEPAS BERLAKU PERCERAIAN?

Mengenai hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

1. Nafkah Edah
2. Mut'ah
3. Harta Sepencarian
4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
5. Nafkah Anak
6. Tunggakan Nafkah
7. Hak Tempat Tinggal

Nafkah Edah

Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

Muta’ah

Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

Harta Sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakann ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Tunggakan Nafkah

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.

Tunggakan Nafkah Anak

Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

Hak Jagaan Anak

Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Nafkah Anak

Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

Hak Tempat Tinggal

Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tingga semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.

APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN JIKA SUAMI / ISTERI SAYA KELUAR DARI RUMAH DAN ENGGAN HIDUP SEBAGAI SUAMI / ISTERI SAYA LAGI...
30/12/2022

APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN JIKA SUAMI / ISTERI SAYA KELUAR DARI RUMAH DAN ENGGAN HIDUP SEBAGAI SUAMI / ISTERI SAYA LAGI?

Pihak suami atau isteri berhak untuk membuat satu permohonan kepada Mahkamah untuk mengeluarkan perintah supaya suami atau isteri tersebut kembali hidup bersama semula.

“Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya atau suaminya mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, maka isteri atau suami itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isteri atau suaminya:

Dengan syarat bahawa perintah itu tidak mendatangkan darar syari’e kepada mana-mana pihak.”

ADAKAH BAPA BERHAK TERHADAP HAK JAGAAN ANAK-ANAK? Ya. Seorang bapa BERHAK untuk mendapatkan hak jagaan keatas anak-anakn...
29/12/2022

ADAKAH BAPA BERHAK TERHADAP HAK JAGAAN ANAK-ANAK?

Ya. Seorang bapa BERHAK untuk mendapatkan hak jagaan keatas anak-anaknya sekiranya berlaku beberapa keadaan tertentu, diantaranya:

- Jika perempuan (ibu kepada anak tersebut) itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

- jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

- jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

- jika perempuan itu murtad;

- jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

31/10/2022

BOLEHKAH BERNIKAH DENGAN PEREMPUAN YANG SEDANG HAMIL?

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya

• tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu,

• tidak dapat pusaka daripadanya,

• tidak menjadi mahram kepadanya

• dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

13/10/2022

SUAMI CURANG ISTERI BOLEH MINTA CERAI?

Menurut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam telah ditetapkan :-

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri atau suami menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

BOLEH KE SURI RUMAHTANGGA MENUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN?Ya boleh. Isteri yang tidak bekerja boleh dianggap telah member...
03/10/2022

BOLEH KE SURI RUMAHTANGGA MENUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN?

Ya boleh.

Isteri yang tidak bekerja boleh dianggap telah memberi sumbangan secara tidak langsung kerana isteri telah menyumbangkan tenaga bersama dalam membantu suami mencari atau mengumpul harta sepencarian. Isteri yang telah menjaga keluarga, membina rumahtangga, memelihara anak-anak dan menunaikan tanggungjawab perkahwinan mereka sehingga pasangan telah berjaya memiliki aset dan harta tersebut dalam tempoh perkahwinan mereka.

Walaupun isteri tidak memberikan sumbangan modal dan wang dalam pemilikan aset dan harta tersebut, pihak isteri dianggap telah memberi sumbangan secara tidak langsung terhadap pemilikan aset dan harta tersebut.
Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh menghubungi Peguam Syarie di talian yang tertera.

26/07/2022

Sabda Rasulullah SAW:

Dalam hadits yang lain, dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna), menjaga kemaluannya/kehormatannya (yakni menutup aurat menepati Syara’), dan mentaati Suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.”

(HR Ibnu Hibban dalam Sohihnya)

HUKUM AKAD NIKAH SALAH SEBUT NAMA PENGANTIN ATAU NAMA AYAH PENGANTINAdakah akad tersebut terbatal jika saya atau jurunik...
13/07/2022

HUKUM AKAD NIKAH SALAH SEBUT NAMA PENGANTIN ATAU NAMA AYAH PENGANTIN

Adakah akad tersebut terbatal jika saya atau jurunikah tersalah menyebut nama pengantin atau nama ayah?


Sebuah perkahwinan dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut. Bahkan ia dianggap sah di sisi syarak. Hal ini kerana menyebut nama pengantin bukan termasuk syarat-syarat sah perkahwinan. Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin perempuan adalah ta’yin iaitu penentuan seorang wanita sebagai isteri.

SOALAN Salam Datuk. Saya ingin bertanya berkenaan lafaz akad nikah. Dalam kad pengenalan abah saya menyatakan namanya...

05/07/2022

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI
(suami, isteri dan keluarga)

Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang ‘7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.

1. SERING BERGADUH.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih2 lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.

2. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.
Berikan kasih sayang kepada anak2 kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.
Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.

4. KEDEKUT DAN BERKIRA.
Janganlah terlalu berkira dalam perkara2 yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah swt. berikan adalah untuk dikongsikan.

5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata2 yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak2. Buangkan cara yang menakut2kan ahli keluarga, dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.

6. KURANG SABAR.
Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak2, kerana sabar itu menjemput rezeki.

7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak2. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.

Sumber : Nur Zyella Mahdi

Sebarang pertanyaan berkenaan Harta Pusaka Orang Islam, Kekeluargaan Orang Islam, Jenayah Syariah dan kes-kes Mahkamah S...
23/06/2022

Sebarang pertanyaan berkenaan Harta Pusaka Orang Islam, Kekeluargaan Orang Islam, Jenayah Syariah dan kes-kes Mahkamah Syariah boleh diajukan di link yang tertera.

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Address

Seremban

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie - Perkhidmatan Guaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share