Ahmad Faiq bin Ustaz Azizan

Ahmad Faiq bin Ustaz Azizan "Amad, hang jadi lawyer nanti tolong org, bukan buat duit. Hang tolong org, Tuhan tolong hang" - Arw

Mak1. Tanggal 19/2/2025 Mak dijemput oleh Ilahi meninggalkan semua anak cucu, saudara -mara dan sahabat handai di dunia ...
19/02/2026

Mak
1. Tanggal 19/2/2025 Mak dijemput oleh Ilahi meninggalkan semua anak cucu, saudara -mara dan sahabat handai di dunia yang sementara ini.
2. Sejak saya mula boleh ingat di usia 6 tahun hinggalah tarikh Mak dijemput Ilahi,pengalaman dan perjalanan hidup Mak sepertimana diceritakan kepada saya adalah sangat menarik dan sangat mencabar, setelah dijodohkan dengan ayah, bersara awal sebagai jururawat dan berhijrah ke United Kingdom menemani ayah sehingga ayah menamatkan pengajian, melahirkan kakak dan Abang saya di sana, pulang ke Malaysia, suami menjadi pensyarah di UKM,melahirkan Abang,Kakak dan Abang saya, menetap di Teras Jernang Bangi, ke Mindanao,Filipina menemani ayah menjadi pensyarah jemputan melahirkan Kakak saya, pulang ke Bangi melahirkan saya dan adik perempuan saya, menjadi isteri YB pindah ke Sungai Limau, kemudian pindah kembali ke Bangi, menjadi isteri MB, pindah ke Alor Setar dan kembali ke Bangi sebelum meninggal dunia di Putrajaya.
3. Sepanjang menjadi isteri seorang pelajar,pensyarah,YB,MB serta pemimpin politik nasional sepenuh masa, hampir kesemua urusan harian anak-anak termasuk saya diuruskan oleh Mak dan Mak tak pernah mengeluh atau mengadu keletihan atau penat dalam membesarkan 8 orang anak dan saya sendiri ada belajar di 2 sekolah rendah dan 6 sekolah menengah, hampir semua urusan Mak tunaikan tanpa gagal dan Alhamdulillah, kami semua berjaya ke menara gading.
4. Pelbagai ujian dan tugas sebagai isteri pemimpin,YB dan MB yang perlu dipenuhi,dan dalam melayan kerenah suami dan anak-anak,Mak sentiasa senyum apabila dengan kami semua.
5. Ketika menjadi isteri YB dan MB rumah sentiasa dipenuhi dan dikunjungi, dilayan baik dan dihormati,ketika Ayah meninggal ribuan hadir menunjukkan penghormatan dan simpati, surat takziah diterima banyak sekali.
6. Tetapi apabila status bertukar menjadi balu bekas MB dan YB,daripada ribuan menghormati seperti mana ketika ayah ada dan ketika meninggal dunia,hanya segelintir kecil dan boleh dibilang dengan jari yang masih melayan Mak seperti mana ayah ada lagi. Itulah lumrah dunia politik nasib mana-mana sang isteri pemimpin yang kematian sang suami,90% individu yang hadir dalam hidup mereka menghormati kuasa dan pangkat sang suami bukan kerana ikhlas dan ukhwah tetapi lebih kepada kepentingan peribadi,tetapi saya sangat terharu,YTM Tunku Intan Safinaz,Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Tun Ahmad Fairuz,,Toh Puan Siti Khadijah,Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Dominic Lau Hoe Chai, Nuridah Ustaz Nuridah Salleh, Hajah Naznah dan ramai lagi pemimpin,serta rakan-rakan khususnya orang Alor Setar,Sungai Limau dan Teras Jernang sentiasa mengasihi dan menghormati Mak sepertimana Ayah masih ada lagi, dan ini saya saksikan sendiri.
7. Semasa sakit di Hospital ramai saudara-mara dan sahabat handai lama Mak dan ayah hadir menziarahi dan setelah pemergian Mak,ramai mendoakan dan memberi ucapan takziah dan menunjukkan simpati kepada kami dan kami sekali lagi ucapkan terima kasih berjuta kali, dua surat takziah yang diterima oleh kami sangat dihargai, satu daripada YTM Tunku Intan Safinaz dan satu daripada Tun Dr Mahathir terima kasih kepada kedua-dua kerana kasih dan ingat Mak kami,dan surat ini yang saya akan simpan di sini untuk anak cucu Mak tatapi.
8. Mak akan kami sentiasa rindui dan, semoga Allah jadikan syurga sebagai ganjaran kepada Mak kami, kepada yang masih ada Mak sentiasalah hargai dan jagalah dengan sepenuh hati, bagi yang Mak sudah tiada, ingatlah dengan hadis ini "Apabila meninggal manusia, terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya". Banyakkanlah doa untuk Mak dan Ayah yang tiada lagi.
Al-Fatihah untuk Mak
1 Ramadhan 1447 Hijrah / 19 Februari 2026

16/02/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

18/01/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Majlis Tahlil Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Terima kasih Toh Puan Na'imah atas penghormatan yang diberikan melalui jem...
21/11/2025

Majlis Tahlil Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Terima kasih Toh Puan Na'imah atas penghormatan yang diberikan melalui jemputan tahlil ini. Semoga doa‐doa yang dipanjatkan menjadi keberkahan dan almarhum ditempatkan di sisi terbaik Allah SWT.

Tun Daim yang saya kenali Bahagian 4…Gulai Kawah.1. Saya berasa sangat gembira dan tak sangka saya berpeluang untuk meny...
13/11/2025

Tun Daim yang saya kenali
Bahagian 4…

Gulai Kawah.

1. Saya berasa sangat gembira dan tak sangka saya berpeluang untuk menyertai dengan perjalanan balik hari ke Kedah bersama dengan Tun Daim. Saya mempunyai pengalaman menaiki jet persendirian dan melihat secara dekat cara dan pendekatan Tun Daim menyantuni Masyarakat.

2. Seminggu selepas perjalanan berharga tersebut, saya sekali lagi dihubungi oleh Puan PA Tun Daim samada saya mempunyai kelapangan untuk menemani Tun Daim pulang ke Kedah ada 28 September 2022. Saya terus menyatakan persetujuan untuk dan saya telah dimaklumkan untuk perjalanan kali ini, hanya Tun Daim dan saya akan terbang bersama-sama ke Kedah. Perjalanan pulang ini juga berdasarkan itinery yang saya terima adalah jemputan rasmi daripada anak syarikat milik Kerajaan negeri dan saya akan menjadi pengiring dan pembantu Tun Daim untuk sehari.

3. Pada 28 September 2022, saya keluar rumah awal dan meminta bantuan kerani pejabat saya menghantar saya ke Lapangan Terbang Subang kerana berdasarkan pengalaman saya, untuk menaiki jet persendirian, kereta boleh masuk hantar sehingga ke pintu pesawat. Keadaan traffic pagi tersebut sangat sesak,saya tiba lambat 20 minit, pesawat sepatutnya berlepas pada jam 8.00 pagi dan saya tiba pada jam 8.20 pagi , Tun Daim sudah menaiki pesawat dan menunggu saya. Saya memohon maaf atas kelewatan saya dan terus duduk di tempat saya.

4. Pesawat berlepas dan di tempat penumpang hanya ada saya dan Tun Daim, 10 minit pesawat di udara, Tun Daim membuat isyarat tangan memanggil saya membantu beliau ke bilik air, saya membantu memapah Tun Daim dan menunggu sehingga beliau keluar. Tun Daim duduk semula dan terus solat Dhuha,apabila selesai solat Dhuha, beliau mengambil Surah Yassin dan membaca Yassin sehinggalah pesawat hampir mendarat di Lapang Terbang Alor Setar.

5. Sejurus tiba, Tun Daim disambut oleh CEO anak syarikat milik Kerajaan negeri dan seorang ahli parlimen dari Kedah yang juga merupakan seorang timbalan Menteri pada masa itu. Tun Daim menaiki kenderaan berasingan dari saya bersama-sama VIP lain manakala saya menaiki kenderaan bersama-sama Pegawai Khas timbalan Menteri serta kakitangan dan polis bantuan daripada anak syarikat milik Kerajaan.

6. Perjalanan dimulakan dengan melawat usahawan industri pertanian di daerah Pendang yang di mana Tun Daim terdapat jamuan kecil dan Tun Daim meluangkan masa bergambar. Kami seterusnya melawat kilang jahitan yang diusahakan oleh usahawan wanita yang berjaya. Tun Daim saya lihat agak bangga ramai usahawan Kedah mempunyai perniagaan yang baik. Kami sepatutnya menziarah usahawan perniagaan makanan tetapi masa tidak mengizinkan.

7. Kami seterusnya bertolak ke arah Sungai Petani untuk menziarahi sahabat lama Tun Daim bekas pimpinan Negeri dan UMNO Kedah yang sedang uzur dan sakit tua. Tun Daim memaklumkan saya bahawa beliau dan sahabat beliau pergi ke Makkah bersama-sama semasa mereka masih muda dan kuat.

8. Kami seterusnya terus bertolak ke Alor Setar untuk Tun Daim menghadiri mesyuarat khas lembaga anak syarikat milik Kerajaan Negeri dan juga jamuan makan tengahari. Saya dimaklumkan oleh kakitangan memandangkan mesyuarat ini rasmi, saya diminta oleh untuk menunggu di luar bilik mesyuarat. Sebelum mesyuarat, Tun Daim meminta untuk menunaikan solat, selepas solat, Tun Daim dijemput ke bilik mesyuarat, saya memimpin Tun Daim ke bilik mesyuarat dan beliau meminta saya duduk di sebelah beliau di meja mesyuarat, saya menolak dan duduk di bahagian tepi bilik mesyuarat dan saya tidak disuruh keluar kerana Tun Daim yang suruh saya duduk dalam bilik mesyuarat.

9. Dalam mesyuarat tersebut, CEO hadir, ketua-ketua jabatan dalam anak syarikat serta seorang timbalan Menteri, saya dapat melihat betapa menepatinya masa Tun Daim di mana mesyuarat harus bermula pada jam 4.00 petang, tetapi ada seorang VIP lambat masuk, Tun Daim meminta mesyuarat terus dimulakan tepat jam 4.00 petang. Kepintaran Tun Daim juga saya dapat saksikan di mana beliau tidak banyak bercakap, tetapi apabila beliau bertanya, tiada jawapan dapat diberikan. Terdapat satu soalan kepada Tun Daim di mana jawapan beliau mengejutkan semua yang hadir, soalannya adalah bagaimana kami ingin menjadi seperti Tun Daim, jawapanya daripada Tun Daim adalah, dalam masa 24 jam, berkerja 7 jam, membaca 7 jam, riadah 7 jam dan tidur 3 jam.

10. Selesai mesyuarat, upacara penyampian cenderahati serta bergambar berlansung. Pegawai khas timbalan Menteri menyatakan kepada saya bahawa Tun Daim membenarkan timbalan Menteri tumpang balik ke Kuala Lumpur menaiki jet persendirian. Seperti biasa Tun Daim membawa pulang segala cenderahati dan hadiah yang diterima,termasuklah gulai kawah yang dibungkus oleh usahawan perniagaan makanan yang kami tidak sempat singgah. Kami bertolak dari Lapangan Terbang Subang berdua, kami bertolak daripada Lapangan Terbang Alor Setar berempat dan satu gulai kawah.

Al-Fatihah untuk arwah Tun Daim..

05/06/2025

Keadilan atau dendam??

KENYATAAN MEDIA
Perintah pembekuan tanpa asas oleh SPRM ke atas aset sah di luar negara
adalah satu pencabulan mengejut terhadap hak kepada harta, bermotif
dendam & politik
Saya merujuk kepada laporan akhbar bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
atas permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah
mengeluarkan perintah pembekuan ke atas harta di luar negara yang dimiliki
secara sah.
Saya tidak dimaklumkan mengenai tindakan ini. Saya hanya mendapat tahu
mengenainya melalui laporan media. Ini merupakan satu pencabulan mengejut
norma undang-undang yang paling asas. Ia langsung tidak boleh diterima
bahawa perkara sebegini berlaku di Malaysia. Penyitaan harta oleh kerajaan
tanpa sebarang notis kepada pemilik yang sah merupakan satu preseden yang
berbahaya.
SPRM telah memperoleh perintah ex parte ini secara rahsia, secara berdiam di
sebalik pintu tertutup, dan saya tidak diberi peluang untuk bersuara. Saya
sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan pembelaan saya di mahkamah. Tiada
orang yang munasabah akan mengatakan bahawa ini selaras dengan keadilan
atau prinsip keadilan asasi. Mereka telah memperolehi perintah tersebut secara
serang hendap. Malah tiada peruntukan dalam undang-undang yang
membenarkan permohonan ex parte seperti ini dibuat. Dan kini mereka
bersembunyi di sebalik selimut legaliti untuk menjustifikasikan sesuatu yang
secara jelas merupakan satu bentuk pencurian oleh institusi kerajaan.
Saya tidak hairan bahawa SPRM akan menggunakan kaedah yang begitu terang.
Taktik-taktik ini adalah akibat langsung daripada kempen pemburukkan panjang
dan berterusan yang dijalankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua
Pesuruhjaya SPRM terhadap Daim dan keluarga saya sejak akhir tahun 2022.
Perkara yang paling membimbangkan dan mengejutkan adalah bahawa ini
dilakukan walaupun tiada sebarang kesalahan jenayah dibuktikan terhadap
Daim. Undang-undang yang digunakan oleh SPRM, iaitu Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram (AMLA), memperuntukkan bahawa perintah seperti
ini hanya boleh diberikan jika terdapat “kesalahan serius” seperti yang
ditakrifkan dalam Jadual Kedua. Tiada kesalahan seperti itu pernah dibuktikan
terhadap saya. Tiada pertuduhan seperti itu pernah dikenakan terhadap Daim.
Tiada dapatan seperti itu pernah dibuat – tidak semasa hayatnya, dan sudah
pasti bukan selepas kematiannya.
Badan kerajaan tidak seharusnya bertindak mengikut kehendak sendiri. Adakah
khabar angin, syak wasangka dan dendam politik kini mencukupi untuk
merampas aset dan harta rakyat?
Peguam saya akan segera mencabar dan menenepikan perintah tersebut. Saya
akan mencabar perintah ini untuk mempertahankan apa yang tidak sepatutnya
dirampas daripada mana-mana antara kita: hak kita, suara kita, dan sebuah
negara yang ditadbir oleh undang-undang, bukan oleh ketakutan.
Jangan ada keraguan bahawa saya akan melawan tindakan yang bermotif
politik, cuai, berdendam dan tidak berlandaskan undang-undang ini melalui
segala peralatan perundangan yang tersedia kepada saya.
Satu garis telah dilangkaui. Dan jika kita tidak melawan, mungkin tiada lagi garis
yang tinggal sama sekali, maka tiada rakyat Malaysia yang akan selamat
daripada jangkauan kuasa yang tidak dikawal.
Saya tidak akan tunduk kepada pembuli. Kebenaran dan keadilan akan menang.
Kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, ingatlah Surah Ash Shura 42-42.
Na’imah Abdul Khalid
4 Jun 2025

Tun Daim yang saya kenali Bahagian 3…Ikan Puyu1. Memandangkan di pertemuan kali kedua saya bersama Tun Daim saya lansung...
03/06/2025

Tun Daim yang saya kenali
Bahagian 3…

Ikan Puyu

1. Memandangkan di pertemuan kali kedua saya bersama Tun Daim saya lansung tidak berpeluang atau diberikan peluang untuk bercakap dan mengutarakan pendapat serta pandangan, saya lansung tidak menduga bahawa saya akan diberikan rezeki dan kesempatan untuk menimba ilmu lagi daripada Tun Daim, benarlah pepatah Arab “silent is gold”. Mungkin akibat saya senyap,saya seperti mendapat tiket emas untuk pertemuan kali ketiga saya bersama Tun Daim

2. Pada lewat bulan Ogos 2022, saya telah dihubungi oleh Puan PA arwah Tun Daim, beliau memaklumkan samada saya mempunyai kelapangan pada 7.9.2022 untuk pulang ke Kedah bersama-sama arwah Tun Daim. Arwah Tun Daim ingin memenuhi undangan beberapa usahawan dan peniaga serta anak syarikat milik Kerajaan di Kedah dan satu institut pengajian awam di Perlis.

3. Saya terus bersetuju dan mula merancang untuk perjalanan saya untuk pulang ke Kedah untuk menanti arwah Tun Daim di sana. Manusia boleh merancang,Allah juga merancang,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang : Surah 3 Ayat 54 Al-Quran. Seminggu sebelum tarikh tersebut, saya telah dihubungi oleh Puan PA arwah Tun Daim untuk saya ke Lapangan Terbang Subang dan saya akan pulang ke Kedah menaiki jet persendirian bersama-sama arwah Tun Daim dan seorang Tuan PA arwah Tun Daim

4. Pada tarikh yang telah ditetapkan 7.9.2022, saya tiba di Lapangan Terbang Subang dan memandangkan saya tidak pernah menaiki jet, saya telah tersalah pintu dan beratur di terminal biasa,rupa-rupanya untuk menaiki jet persendirian di pintu masuk yang berlainan dan saya tidak perlu membuka jam dan tali pinggang serta tidak perlu mengosongkan poket saya.

5. Saya tiba di ruang legar menunggu lebih kurang jam 7.50 pagi dan mendapati Tuan PA telah tiba dan sementara kami menunggu ketibaan arwah Tun Daim, kami berkenalan dan berborak kecil. Tun Daim tiba Tun Daim berpakaian sederhana dan serta bertongkat, dan membawa beg seperti kecil yang saya perasan berisi telefon dan buku kecil dan kami bertiga menaiki jet bersama-sama seorang juruterbang dan pembantu juruterbang.

6. Dalam perjalanan terbang tersebut, Tun Daim duduk di kerusi yang paling berdekatan dengan bilik air, saya duduk di kerusi hadapan tetapi berhadapan dengan Tun Daim. Lebih kurang 15 minit di udara, Tun Daim masuk ke bilik air dan apabila keluar, beliau terus solat dua rakat yang saya rasa adalah Solat dhuha sambil duduk dan apabila selesai solat dhuha beliau mengeluarkan buku kecil yang rupanya adalah Surah Yassin dan membaca Surah Yassin sehinggalah kami tiba di Lapangan Terbang Alor Setar.

7. Apabila tiba di Alor Setar, tiada konvoi keselamatan atau hamparan karpet merah menjemput kami, terdapat 2 buah kenderaan satu kereta Hyundai Sonata lama dan satu Vellfire, Tun Daim menaiki Hyundai Sonata lama manakala saya bersama-sama beberapa usahawan dan ahli perniagaan. Kami melawat beberapa lokasi di sebelah pagi antaranya adalah ladang fidlot milik anak syarikat Kerajaan negeri, bertemu dengan petani-petani dalam satu jamuan kecil di Jerlun di mana ia adalah ucapan secara lansung yang pertama kali saya dengar daripada Tun Daim. Beliau bercakap lembut dan banyak memberikan nasihat dan memetik dua tiga petikan ayat daripada Al-Quran.

8. Pada tengahari,kami bergerak ke satu Institut Pengajian Awam di Perlis di mana pelajar-pelajar telah menjemput arwah Tun Daim untuk program ilmiah dan memperkenalkan teknologi ciptaan mereka. Seterusnya kami ke ladang buah-buahan di antara sempadan Kedah dan Perlis. Pada sebelah petangnya,kami ke kilang makanan bungkusan dan ke kilang baja milik usahawan muda.

9. Di setiap tempat yang kami ziarah dan singgah,kesemuanya memberikan kami hadiah atau “goodies bag” untuk dibawa pulang dan arwah Tun Daim ambik semua yang dihadiahkan untuk dibawa pulang termasuklah ikan puyu hidup yang dihadiahkan oleh pemilik ladang. Jadi dalam perjalanan kami, juruterbang dan pembantu juruterbang, Tun Daim, Tuan P.A lelaki Tun Daim, saya dan ikan puyu 7,8 ekor.

10. Tiga kali pertemuan saya dengan arwah Tun Daim banyak membuat saya faham mengapa arwah ayah saya, Ustaz Azizan sangat menghormati Tun Daim dan mengapa mereka sangat kerap berjumpa semasa hidup. Gaya dan pembawakan dan penampilan diri Tun Daim adalah sangatlah rendah diri dan sangat menghormati orang walaupun beliau adalah seorang Tun, penghargaan kurniaan tertinggi daripada istana bagi seorang rakyat di Malaysia. Kebanyakkan orang Melayu lain yang saya pernah jumpa dan kenal, apabila diuji ujian Allah S.W.T dengan mendapat pangkat, mendapat jawatan, mempunyai pendidikan tinggi atau kekayaan, bercakap Bahasa Melayu pon jadi tidak reti, tetapi tidak dengan Tun Daim. Tun Daim adalah orang Kedah yang benar-benar mengikut pepatah “Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi”.

11. Al-Fatihah untuk arwah Tun Daim.

Minta Maaf dan Terima Kasih.1. Pada 19.02.2025/18 Sya’ban 1446, pada jam 3.29 pagi, bertempat di Institut Endokrin, Hosp...
26/02/2025

Minta Maaf dan Terima Kasih.

1. Pada 19.02.2025/18 Sya’ban 1446, pada jam 3.29 pagi, bertempat di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya, bonda kami,Allahyarhamah Faikah binti Hamzah telah dijemput oleh Ilahi ke alam barzakh.

2. Kami sekeluarga waris bagi pihak Allahyarhamah ingin memohon maaf kepada semua yang pernah mengenali Allahyarhamah sekiranya ada tersalah laku atau tersilap kata-kata semasa hayatnya di dunia ini.Kami pohon maafkanlah Allahyarharmah.Sekiranya ada apa-apa urusan dunia Allahyarhamah masih belum selesai,pohon jumpa kami waris-waris untuk diselesaikan.

3. Kami sekeluarga waris minta maaf juga kepada ahli keluarga, saudara-mara jauh dan dekat, sahabat-handai, jiran-jiran, kenalan Allahyarhamah yang tidak berkesempatan untuk solat jenazah dan hadir ke tanah perkuburan.

4. Kami sekeluarga juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ayah Chaq, Mak Jang, Mak Cik, Maktam, Pak Su, Mak Su, anak2 saudara mak, sepupu2 kami serta semua ahli keluarga kami dari sebelah Pulau Pisang dan dari sebelah Sungai Limau, saudara-mara, sahabat handai, jiran-jiran, kenalan Allahyarhamah yang menganjurkan majlis bacaan Yassin, semua yang menziarahi Allahyarhamah semasa berada di rumah dan di Hospital Ampang serta Institut Endokrin Hospital Putrajaya.

5. Terima kasih juga kepada pemimpin-pemimpin dan tokoh yang mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah dan berkongsi berita pemergian Allahyarhamah, terima kasih juga kepada yang sudi hadir menziarahi Allahyarhamah, Tun Ahmad Fairuz dan isteri, Tan Sri Othman Aroff dan isteri, Dato Amiruddin Hamzah, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Ustazah Nuridah Salleh.

6. Penghargaan khusus dan terima kasih kepada semua warga KOMUNITI TERAS JERNANG dan Masjid Teras Jernang yang bersama-sama Allahyarhamah semasa hidup dan membantu menguruskan perjalanan terakhir Allahyarhamah.

7. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.

Faikah binti Hamzah
19.12.1949-19.02.2025

Assalamualaikum, kepada sesiapa yang mempunyai masa dan kelapangan dijemput hadir. * 20.2.2025 dan 21.2.2025 Majlis baca...
19/02/2025

Assalamualaikum, kepada sesiapa yang mempunyai masa dan kelapangan dijemput hadir.
* 20.2.2025 dan 21.2.2025 Majlis bacaan Yassin adalah selepas Solat Maghrib.

18/02/2025

Assalamualaikum,adalah dimaklumkan bahawa jenazah Faikah binti Hamzah akan dibawa ke Masjid Teras Jernang Masjid Teras Jernang pada jam 10.00 pagi untuk pengurusan mandi jenazah dan Solat Jenazah Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Teras Jernang (KOPAK) setelah selesai solat Jenazah.

20 Sya'ban 1446/19 Februari 2024 Assalamualaikum,kepada semua Saudara Mara,sahabat handai,jiran-jiran,rakan-rakan Mak ka...
18/02/2025

20 Sya'ban 1446/19 Februari 2024

Assalamualaikum,kepada semua Saudara Mara,sahabat handai,jiran-jiran,rakan-rakan Mak kami Faikah binti Hamzah,kami sebagai anak-anak dan waris ingin memaklumkan bahawa pada jam 3.45 a.m di tingkat 10,Wad 10B Bilik 29,Hospital Endokrin Putrajaya, Mak pada usia 75 tahun telah menghembuskan nafas terakhir.Kasih Ibu membawa ke Syurga, Semoga Allah S.W.T menerima segala amalan kebaikan Allahyarhamah dan mengampunkan dosa-dosa Allahyarhamah di dunia ini dan mengurniakan ganjaran Syurga di akhirat kelak,janji Allah S.W.T pasti,Insya'Allah Mak kita akan berjumpa lagi. Kami waris-waris ingin mengucapkan penghargaan ke atas kepada semua insan yang pernah hadir dan bersama-sama menghadapi s**a dan duka Allahyarhamah di dunia ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua insan yang hadir menziarah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah. Terima kasih juga kepada warga kerja Hospital Ampang yang membantu dalam rawatan kanser Allahyarham dan terima kasih juga kepada semua warga kerja Hospital Endokrin Putrajaya yang merawat Mak kami sehingga ke akhirnya.

Ayat: ali-Imran 3: ayat 185

Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

*Solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian

Assalamualaikum,kepada saudara -mara serta  sahabat handai yang mengenali Mak kami Faikah binti Hamzah,kami ingin memakl...
12/02/2025

Assalamualaikum,kepada saudara -mara serta sahabat handai yang mengenali Mak kami Faikah binti Hamzah,kami ingin memaklumkan bahawa Mak kami kini menghadapi ujian dari segi kesihatan dan telah dimasukkan ke Hospital Endokrin Putrajaya pada 12 Sya'ban 1446/ 11 Februari 2025.Hari ini, Doktor memanggil waris-waris dan menasihatkan agar Mak menjalani prosedur NIV (NIV stands for non-invasive ventilation, a treatment that helps people breathe when they are having trouble. It is used to treat respiratory failure and is an alternative to invasive ventilation) untuk merawat jangkitan paru-paru.Kami bagi pihak Mak kami,pohon doa saudara-mara sahabat-handai permudahkan urusan Mak kami....

Firman Allah S.W.T

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

(Surah al-Anbiya’: 83)

Address

Jalan Warisan Sentral, , Kip Sentral Kota Warisan
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Faiq bin Ustaz Azizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category